Penaja
Saturday, December 11, 2010
Uniform Galeri membeli belah untuk persekolahan
Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah diuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. Selain dai Uniform Galeri ini beliau telah mempunyai cawangan di Bangi Utama dan Puchong. Perasmian Uniform Galeri Glomac Bangi ini telah dirasmikan oleh Datok Abd Karim, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4/5 Bandar Baru Bangi dimana sdr Roslan merupakan ahli PPS4/5.
Wednesday, December 8, 2010
Maal Hijrah 1432
Wednesday, November 24, 2010
Technology update: Android operating system
Android is a mobile operating system initially developed by Android Inc., a firm purchased by Google in 2005. Android is based upon a modified version of the Linux kernel. Google and other members of the Open Handset Alliance collaborated to develop and release Android to the world. The Android Open Source Project (AOSP) is tasked with the maintenance and further development of Android. Unit sales for Android OS smartphones ranked first among all smartphone OS handsets sold in the U.S. in the second and third quarters of 2010, with a third quarter market share of 43.6%.
Android has a large community of developers writing application programs ("apps") that extend the functionality of the devices. There are currently over 100,000 apps available for Android. Android Market is the online app store run by Google, though apps can be downloaded from third party sites (except on AT&T, which disallows this). Developers write in the Java language, controlling the device via Google-developed Java libraries.
The unveiling of the Android distribution on 5 November 2007 was announced with the founding of the Open Handset Alliance, a consortium of 78 hardware, software, and telecom companies devoted to advancing open standards for mobile devices. Google released most of the Android code under the Apache License, a free software and open source license.
Tuesday, November 9, 2010
AlSultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama,” kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Nov ini, katanya. (Bernama)
Sunday, November 7, 2010
Technology: HSDPA
High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) is a mobile telephony protocol, also referred to as 3.5G (or usually call it "the next step for 3G") technology, which provides a smooth evolutionary path for UMTS-based 3G networks allowing for higher data transfer speeds, up to 14.4 Mbit/s per cell in the downlink and 2 Mbit/s per cell in the uplink.
An evolution of the W-CDMA standard, HSDPA achieves the increase in the data transfer speeds by defining a new W-CDMA channel: a high-speed downlink shared channel (HS-DSCH) that operates in a different way from existing W-CDMA channels and is used for downlink communications to the mobile.
Sunday, October 31, 2010
Sejarah tercipta...
Semasa pulang ke Kelantan Jumaat lalu saya berselisih dengan rombongan penyokong WiraMerah berduyun mengarah ke KL. Semangat berkobar-kobar dengan bendera-bendera Kelantan..., dalam hati saya ni kalau menang rioh satu Malaysia ni. Ini baru yang berada di Kelantan ke Bukit Jalil, apalagi warga Kelantan yang berada disegenap cerok semenanjung. Orang Kelantan ni lain macam semangat kenegerian mereka, termasuk saya...30tahun tinggal di Selangor, tapi semangat kenegerian tu kuat tambah lagi isteri orang N9, dua kali lawan akhir dua kali bertegang leher.... Tapi dia tetap bangga bila Kelantan menang 2-1, bahkan dia yang berlebih-lebih "happy".
Dengarnya kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa hari ini (31October) sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors ini menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Seronok la orang penjawat jawatan kerajaan negeri Kelantan boleh sambung tinggal di KL sehari lagi. Saya pun nak ucap tahniah banyak-banyak kepada pasukan bola WiraMerah yang telah bekerja keras memenangkan Kelantan menentang N9. Tahniah jiga kepada presiden KAFA TS Anuar Musa yang tak jemu-jemu menyuntik semangat. Tahniah juga kepada penyokong Wira Merah, kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang memberi sokongan hebat kepada bolaseak Kelantan.
Kemenangan semalam telah menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala ini musim lepas 2009, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57. Mohd Badri Mohd Radzi telah menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad yang telah mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan jika berjaya ke saingan peringkat akhir.
Monday, October 25, 2010
Penerima Anugerah Pesta Filem Malaysia 2010
Filem Terbaik: Magika
Pengarah Terbaik: Syamsul Datuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)
Pelakon Terbaik: Bront Palaras (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)
Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz Raja Ahmad (Niyang Rapik)
Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi (Haq)
Cerita Asal Terbaik: Ahdiat Akashah (Lagenda Budak Setan)
Penyunting Terbaik: Hisham Jupri/Syamsul Datuk Yusof Haslam (Evolusi KL Drift 2)
Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim
Filem Dokumentari Terbaik: Suatu Ketika: Laskar Seni
Filem Animasi Terbaik: Buas
Filem Pendek Terbaik: Projek Genex
Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johari Ibrahim
Anugerah Khas Pelakon Wanita: Datuk Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Pelakon Veteran Lelaki: Tamam Idris
Anugerah Filem Box-Office: Adnan Sempit
Seniman Dalam Kenangan: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood
Friday, October 22, 2010
Fitnah lebih dasyat dari membunuh...
Akibatnya artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel Peterpan ini, iaitu Cut Tari mengalami gangguan kesihatan dan dimasukkan ke hospital. Kini Cut Tari telah berada dalam keadaan stabil selepas ditahan sejak 17 Oktober lalu. Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan segera. Khabarnya Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu. Cut Tari juga dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu namun dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan zina dengan Ariel.
Thursday, October 21, 2010
Kelantan, Johor ada harapan ke Final
Agak mengaibkan pasukan NS juara musim lalu, bila satu pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC berjaya menewaskan dengan 1-0 di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam tadi. Gol jaringan Johor FC pada saat-saat terakhir oleh Mohd Ezaidy Mohd Khadar melenyapkan terus kemeriahan Stadium Tuanku Abdul Rahman yang menaruh harapan tinggi terhadap juara bertahan Piala Malaysia 2009 itu.
Kelantan pula walaupun tidak berjaya menundukkan tuan rumah Kedah namun telah berjaya mengekang tuan rumah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, dengan seri 0-0. Walaupun Kedah bermula dengan garang pada separuh masa pertama namun gagal menyempurnakan peluang sepakan di luar kotak penalti dan diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. Separuh masa kedua Kelantan pula mengasak kubu tuan rumah Kedah namun beberapa percubaan gagal disempurnakan dengan baik. Namun perlu dingat bila Kedah berada dikubu Kelantan jika salah perkiraan Kedah juga bakal mengiringi Selangor dengan 3-0. Syabas kepada Johor FC dan kekalkan kemenangan semasa berlawan ditempat sendiri dipusingan kedua nanti, jangan memalukan orang kampong.
Wednesday, October 13, 2010
Sibutramine?????.....mengakibatkan stroke
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah mengeluarkan arahan menarik balik produk kesihatan yang mengandungi sibutramine dari pasaran kerana ia didapati mampu meningkatkan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.
Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi PBKD, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata, keputusan menarik balik serta menggantung pendaftaran produk yang mengandungi bahan itu ialah berdasarkan kajian Sibutramine Cardiovaskular OUTcomes (SCOUT) bagi produk Reductil yang dijalankan oleh Abbot Laboratories.
DISINI SAYA SERTAKAN SENARAI PRODUK YANG TELAH DIWARTAKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL YANG DIHARAMKAN PENJUALANNYA DI MALAYSIA UNTUK RUJUKAN KITA SEMUA,RUJUKAN -
www.bpfk.gov.my
kategori-
pembatalan produk tradisional
PRODUK TRADISIONAL BERDAFTAR YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL
BIL NAMA PRODUK NO. PENDAFTARAN KEPUTUSAN ANALISA
1. PRONOTON MAL20033871T SILDENAFIL
2. VENERGY CAPSULE MAL04125617T ACETILDENAFIL
3. SPARTAN MAL06121203TC ACETILDENAFIL
4. JINGLIDA MAL07031203T AMINOTADALAFIL
5. TOMABEST MAL08031347T AMINOTADALAFIL
6. SUPAI 99 TONGKAT ALI PLUS MAL20034856TE SILDENAFIL
7. VNG400 MAL20081810TE AMINOTADALAFIL
8. VEGROW MAL08111900TC ACETILDENAFIL
9. GOJI PLUS CAPSULE MAL08051654TC THIOSILDENAFIL
10. PROMAX CAPSULE MAL08082464TC THIODIMETHYLSILDENAFIL
11. KINTOP MAL20032350T SIBUTRAMINE
12. AMBERINE MAL06021239T SIBUTRAMINE
13. PHYTOSHAPE MAL05101774T SIBUTRAMINE
14. BODY BEAUS MAL06030982TCS SIBUTRAMINE
15. BMI-9 XYLIMMING CAPSULE MAL06071278TC SIBUTRAMINE
16. SENNA PLUS CAPSULE MAL06100615TC SIBUTRAMINE
17. 357 NASAL SPRAY MAL06061468T DEXAMETHASONE
18. ENG LEONG CORDYCEPS
CHUANBEI PLUS COUGH PILL MAL19992654TC DIPHENHYDRAMINE
PRODUK TIDAK BERDAFTAR YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL
BIL NAMA PRODUK KEPUTUSAN ANALISA
1. KAPSUL LELAKI KUAT SILDENAFIL
2. BIO MACA PLUS SILDENAFIL
3. YI ZHI YANG SILDENAFIL
4. DIEM CAPSULE TADALAFIL
5. COSA GRANDE PLATINUM TADALAFIL
6. LAMI SIBUTRAMINE
7. MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWA DEXAMETHASONE
8. MAJUN DUA ISTIMEWA DEXAMETHASONE
9. GINSENG JIN FUI WAN DEXAMETHASONE
10. MAAJUN TENAGA HERBA-UBI JAGA DEXAMETHASONE
11. JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT) DEXAMETHASONE
12. RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULE DEXAMETHASONE
13. PIL RESDONG DEXAMETHASONE
14. REN SEM TU CHON CHIN KUO PILL DEXAMETHASONE
15. MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWA DEXAMETHASONE
16. REEPO DEXAMETHASONE
17. PENAWAR SENDI TULANG DEXAMETHASONE
18. PIL ZHEN ZHU BAI FONG WAN CHLORPHENIRAMINE
19. QIAN TONG DAN CHLORPHENIRAMINE
20. RAJA UBAT RESDUNG DEXCHLORPHENIRAMINE
21. CORAL PLUS UA 350MG CHLORPHENIRAMINE
PRODUK BERASASKAN MAKANAN YANG DISAHKAN DICAMPUR RACUN TERKAWAL
BIL NAMA PRODUK KEPUTUSAN ANALISA
1. CAFÉ’ ABANG YES TADALAFIL
2. CANDIGOLD HYDROXYHOMOSILDENAFIL
3. CANDY 193 SILDENAFIL
4. EXTEND UP ENERGY DRINK SILDENAFIL
5. EXTREMEN HYDROXYTHIOHOMOSILDENAFIL
6. EXTREWOMEN TADALAFIL
7. GOJI GUARANA SILDENAFIL
8. GOJI GUARANA EXTRA SILDENAFIL
9. GOJI MORE AMINOTADALAFIL
10. GOJI YUMBERRY THIOSILDENAFIL
11. GUARACAFE SILDENAFIL
12. HBW ICE LEMON TEA THIOSILDENAFIL
13. HOTTON VITALITY CANDY AMINOTADALAFIL
14. IE2 O SILDENAFIL
15. KING CAPPUCINO SILDENAFIL
16. KNIGHT COFFEE ACETILDENAFIL
17. KOLEKCAFE POWER PLUS SILDENAFIL
18. KOPI ANGGOK HOMOSILDENAFIL
19. KOPI ASMARA SILDENAFIL
20. KOPI BAGUS AAA SILDENAFIL
21. KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUS SILDENAFIL
22. KOPI PAHLAWAN THIOSILDENAFIL
23. KOPI SUPER ANGGOK SILDENAFIL
24. KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS SILDENAFIL
25. MACA MAX HYDROXYHOMOSILDENAFIL
26. MACAGIN GINSENG CANDY SILDENAFIL
27. MENTALK CANDY AMINOTADALAFIL
28. NEXUS MXP THIOSILDENAFIL
29. NIGHTCAFE SILDENAFIL
30. RED ENERGIZER CANDY FOR MEN AMINOTADALAFIL
31. ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN SILDENAFIL
32. SASANERGY DRINK THIOSILDENAFIL
33. TRICAJUS THIOSILDENAFIL
34. TRI-MAX THIODIMETHYLSILDENAFIL
35. TRUE SR SILDENAFIL
36. VIGOR CANDY SILDENAFIL
37. VITCA-F HYDROXYTHIOHOMOSILDENAFIL
38. VITCA-M THIOSILDENAFIL
39. WINNIE BEAUTY V1 SILDENAFIL
40. XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX ACETILDENAFIL
41. OBEXLIM SIBUTRAMINE
42. BODY LIFT BIODEX SIBUTRAMINE
43. SLIMAX COFFEE SIBUTRAMINE
44. BEAUTE FIT BODY CONTOUR SIBUTRAMINE
45. BODY TRIMZ SIBUTRAMINE
46. AIR IKAN HARUAN DEXAMETHASONE
(petikan www.majalah.com)
Monday, October 11, 2010
Kelajuan membunuh...dah selalu terantuk...masih mengadah
Kejadian negeri demi kejadian ngeri berlaku, kecoh hanya sehari dua, selepas itu bisnes "back to normal". Kenderaan berat tidak dipantau, dibiarkan laju selajunya dileboh raya. Kritikan demi kritikan dibuat terhadap pihak bertanggung jawab, namun macam anjing menyalak bukit.... dan semalam berlaku lagi. Bas Ekspress Delima ini pasti dipandu laju...terbabas, terbang ke jalan bertentangan merempuh kenderaan lain dan menyebabkan banyak kematian, kerosakan. Seperti biasa pihak berwajib akan berkata kita akan mengambil tindakan. Kalau anda memandu dimana-mana lebuh raya di Malaysia jarang sangat terserempak dengan rondaan yang dibuat oleh polis trafik...bermotor atau berkereta, yang ada ialah speed trap. Speed trap tidak berkesan mengurangkan kemalangan ngeri. Pemantaun berterusan oleh pihak polis trafik lebuh raya lebih ditakuti dari speed trap. Speed trap cuma boleh menambah pendapatan kerajaan saja.
Pengalaman ngeri mangsa yang terbabit dipetik dari beberapa akhbar.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.
“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.
“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.(BH111009)
Saturday, September 18, 2010
Pawagam...
25 November 2010: Rapunzel (animasi 3D, )
16 Disember 2010: Tron Legacy (3D).
6 Januari 2011(Disney) - Filem bercorak drama dan thriller berjudul The Debt
Dibintangi oleh: Helen Mirren, Sam Worthington
Sinopsis: Usaha seorang ejen Mossad, Rachel Singer, untuk menahan penjenayah perang Nazi, Dr Birkenau, seorang pakar bedah dalam misi rahsia Israel yang akhirnya membawa kepada kematian lelaki itu di Berlin Timur. Tiga puluh tahun kemudian, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai doktor yang terbunuh itu. Rachel kini harus kembali ke Eropah Timur untuk membongkar kebenaran.
10 Februari 2011, Dont Be Afraid of the Dark (Guillermo Del Toro dan Mark Johnson)
Dibintangi oleh: Katie Holmes, Guy Pearce dan Bailee Madison.
Sinopsis: Cerita bermula apabila seorang kanak-kanak yang pendiam, Sally, tiba di Rhode Island untuk menetap bersama bapanya, Alex, dan teman wanita baru lelaki itu, Kim. Kedua-duanya tinggal di sebuah rumah agam kurun ke-19 yang kini sedang dibaiki semula. Ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan, Sally menemui tingkat bawah yang tersembunyi, yang tidak terganggu sejak kehilangan seorang pekerja binaan kira-kira 100 tahun sebelum itu. Secara tidak sengaja dia melepaskan sejenis makhluk purba yang cuba memujuknya mengikut mereka masuk jauh ke dalam rumah misteri yang tiada penghujung. Sally mesti meyakinkan Alex dan Kim mengenai kewujudan makhluk terbabit, sebelum kejahatan menelan mereka semua.
Pada 19 Mei 2011: filem pengembaraan komedi Pirates of the Caribbean, On Stranger Tides
Dibintangi oleh: Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rob Marshall, filem ini diterbitkan produser tersohor, Jerry Bruckheimer. (3D)
Sinopsis: Kapten Jack Sparrow bertemu dengan wanita yang pernah dikenalinya, Angelica, dia tidak pasti sama ada wanita itu menyintainya, ataupun menggunakan dirinya untuk mencari air pancut sakti. Dalam pengembaraan kali ini, Jack berdepan musuh bernama Blackbeard, lakonan Ian McShane.
22 Disember2011 : National Treasure 3, Diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer arahan Jon Turtletaub,
Sinopsis: Pengembaraan Benjamin Gates merungkai misteri muka surat 47 Buku Rahsia Presiden Amerika Syarikat.
Kelantan hebat: AlFaatihah untuk Allahyarham M Rajoli
Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam tadi selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Allahyarham sebelum ini menerima rawatan sejak 2008 selepas disahkan menghidap penyakit Lymphoma ataupun Penyakit barah kelenjar otak. Akibat penyakit dan rawatan yang dijalani, beliau lumpuh hampir seluruh anggota.
M Rajoli merupakan seorang pelakon veteran dari era lewat 70-an dan cukup dikenali dengan lakonannya yang begitu versatil dan bersahaja. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pelukis. Selain membawa watak komedi dalam lakonannya, beliau juga pernah membawakan watak seorang yang warak dan kuat pegangan agama dalam banyak filem dan drama. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat. Beliau meninggalkan dua orang balu Hajah Wan Chik Daud dan Hashimah Mohd. Din dan lapan orang anak
Saturday, September 11, 2010
Selamat Menyambut Eidulfitr
Kembali kepada sikap pemandu kita ni entah bila akan berubah sikap walaupun OPS Sikap dah masuk ke dua puluh dua. Mungkin memerlukan kajian mendalam dari pihak bekuasa seperti JPJ, JKR, Majlis Keselamatan Jalanraya, dengan mendapat maklum-balas dari orang ramai, pakar-pakar saikoloji dan sebagainya untuk mendapat formula yang berkesan menangani masaalah disiplin pemandu Malaysia yang amat memalukan. Ianya bukan sahaja dilakukan oleh mat rempit bahkan kereta-kerata besar dan mewah, BMW, Merc, Alphard.... memalukan...
Selamat Hari Raya
Friday, August 20, 2010
Jangan menghukum sebelum sabit kesalahan...
Beliau berkata, polis Ampang Jaya sebelum ini beberapa kali cuba menjejaki Raja Azmi sejak waran tangkap dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun, dia datang ke IPD Ampang Jaya petang semalam untuk membuat laporan polis terhadap laporan muka depan beberapa media tempatan berhubung kes perceraian Roslin dan terus ditahan, katanya. Jailani datang ke IPD itu untuk cuba membebaskan isterinya, namun usaha itu gagal disebabkan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) sudah ditutup kerana tamat waktu pejabat.
Wednesday, August 18, 2010
Akibat pergaulan terrrrlalu bebas
Terlanjur setelah berdua-duaan bersendirian samada dichalet, hotel, ruma sendiri, rumah sewa, asrama , ...atau dimana-mana saja, akibatnya lahirlah zuriat yang tidak diingini....lalu dibuang dimana saja, atas rumput, tong sampah, plastik, surat khabar, tepi rumah...oh amat menyedihkan. Semuanya akibat pergaulan bebas, yang kelihatan dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa. Siapa saja bebas berjalan berpasangan, ditaman-taman, membeli belah, atau dimana saja, juga tanpa mengira usia. Akibatnya janji dibuat, bertemu ditempat tertentu, berasmara dana yang akhirnya berlakulah sesuatu yang tidak patut berlaku kepada pasangan yang belum kahwin. Maka tidak hairan jika setiap hari ada saja pembuangan bayi. Semalam di Kuala Terengganu, negeri darul iman (malah dimana saja), seorang bayi lelaki ditemui, masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Kebetulan bayi yang ditinggalkan ditepi rumah seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.
Atas dasar kemanusiaan, kesian, perihatin, bayi malang tersebut dikutip oleh salah seorang anak pegawi polis tersebut, terus diselimutkan dengan tuala kerana jika terlambat kemungkinan bayi malang itu akan meninggal dunia disebabkan kesejukan. Bayi lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang. Mungkin dia sedar dirinya terbuang tidak dinginkan oleh kedua-ibubapa....nanti diakhirat aku akan mendakwa mereka dihadapan Allah Rabbul Jalil atas perbuatan mereka...
Monday, August 16, 2010
Ramadhan yang penuh berkat dicemari dengan nafsu buas
Berita Perdana hari ini memaparkan kisa seorang wanita malang di Terengganu bila suaminya sanggup mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur disimbah asid semalam. Dalam kejadian pagi itu, suaminya dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan memohon penceraian dengan suspek. Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa. Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Pengantin Baru
Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, di rumah pengantin perempuan di Taman Utama, Bercham, di sini, semalam. gelaran isteri kembali kepadanya pada jam 12.30 tengah hari selepas pasangannya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, menyempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz.
Enam anaknya iaitu empat hasil perkahwinannya dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9; Muhamad Shariff Hidayatullah; 12 dan Siti Nur Maisarah, 13 serta dua anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel Arif, 16, dan Deanna Sofea, 17, hadir pada majlis itu.
Maizawati berkata, perbezaan umur bukan penghalang bagi dirinya dan Mohd Yassin membina rumah tangga yang diharap kekal abadi.
“Saya sendiri tidak menyangka ini (perkahwinan) akan berlaku. Segala persiapan hanya dilakukan minggu lalu dan bersyukur berkat ketentuan-Nya, semua berjalan lancar dan kami kini bergelar suami isteri,” katanya sebaik selesai majlis itu.
Mengulas mengenai suaminya, Maizawati berkata, beliau terpikat dengan Mohd Yassin yang memiliki sifat penyayang dan suka kanak-kanak.
“Kehadirannya memberi semangat untuk saya dan anak-anak meneruskan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yassin berkata, beliau terpaut hati terhadap kelembutan dimiliki Maizawati sepanjang perkenalan sejak Julai tahun lalu dan tidak menyangka ia berakhir ke jenjang pelamin, walaupun terpaksa menempuhi banyak cabaran dan dugaan.
"Selepas ini, saya mempunyai tanggungjawab lebih berat sebagai seorang suami dan bapa, tetapi saya akan melaksanakannya sebaik mungkin, tambahan pula hubungan dengan anak-anak (tiri) sangat rapat," katanya.
Bapa Maizawati, Zainal Jani, 55, berkata beliau merestui perkahwinan anak perempuannya itu dan berharap semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. (BH100810)
Sunday, August 1, 2010
Monday, July 19, 2010
Lann A to Z dan album baru Rahsia Hati
Thursday, July 15, 2010
Walimah oh walimah
Wednesday, July 14, 2010
Ramadhan bakal menjelang
Tuesday, June 15, 2010
i-City jam 1 pagi masih sesak..
Monday, May 24, 2010
Pantun Mari Sembahyang yang sungguh manja sekali ……….
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!
P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Pastu gi lah solat….
Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!... ..
Yg. Baik tuh dari ALLAH, yg. Buruk tuh Dari kite sume arrr.....
Friday, May 21, 2010
Kalau tak suka pulangkan...
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya..
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama.. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak?"
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.......... "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam.. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. " Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah..
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan..
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu.. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan
Tuesday, May 18, 2010
Cabaran mengacau dodol
Thursday, May 13, 2010
Usia pencen
Sunday, May 2, 2010
Lann A 2 Z bangga bekas pelajar sekolah agama (Hamidiah Kajang)
Antara ucapan beliau yang saya dapat sedut, pada mulanya beliau hanya merancang untuk mengadakan sambutan ulangtahun bersama-sama rakan-rakan terdekat namun setelah mendapat respon yang baik dari rakan-rakan Facebook beliau menukar rancangan kepada majlis yang lebih memberi impak kepadanyadalam mengharungi hidup sebagai artis. Majlis bertukar kepada Majlis Pra dengar album terbaru beliau yang diberi nama Dairi hati yang memuatkan 12 lagu-lagu luahan hatinya sepanjang 3 tahun berkelana atas sebab-sebab peribadi.
Antara ungkapan menarik yang Lann sebut bahawa dia tidak malu mengaku bekas pelajar sekolah agama, sekolah Hamidiah Kajang, malah berbangga berasal dari situ kerana katanya, bekas pelajar agama ni walau kemana dia hanyut dia tahu untuk buat U turn kepangkal jalan dengan izinNya. So saya pun nak buat pengakuan juga la...bekas pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu, bekas pelajar Kolej Islam Kelang, bekas pelajar Sekolah Menengah Syamsul Maarif Pulai Chondong, Kelantan...jangan marah Dr Fauzi..Dr Fauzi tak apalah dari mula sampai kini berada didunia pendidikan agama..saya melencong dari sekolah agama ke engineering, teknikal...tapi InsyAllah tahu buat U turn seperti kata Lann A2Z.