Penaja

Sunday, May 2, 2010

Lann A 2 Z bangga bekas pelajar sekolah agama (Hamidiah Kajang)








Kalau disebut lagu itek gembo-gembo, ramai orang akan mengaitkan dengan penyanyinya iaitu Lann A to Z atau Norazlan Abd Aziz. Lama beliau menghilangkan diri dari dunia selebriti tiba-tiba muncul di Facebook dan menjadi rakan karib saya, atau lebih jelas dia menganggap saya sebagai abang. Kami bukan saja berkawan didalam dunia virtual community, dunia siber tetapi didunia nyata. Pada 21 April lalu saya juga dijemput menghadiri majlis sidang media dan pra- dengar album Solo beliau di Restoran Itik Gembo-Gembo, Jalan Atap, Kuala Lumpur. Di majlis itu juga, Lann diraikan sempena dengan sambutan ulangtahunnya yang ke 41.

Antara ucapan beliau yang saya dapat sedut, pada mulanya beliau hanya merancang untuk mengadakan sambutan ulangtahun bersama-sama rakan-rakan terdekat namun setelah mendapat respon yang baik dari rakan-rakan Facebook beliau menukar rancangan kepada majlis yang lebih memberi impak kepadanyadalam mengharungi hidup sebagai artis. Majlis bertukar kepada Majlis Pra dengar album terbaru beliau yang diberi nama Dairi hati yang memuatkan 12 lagu-lagu luahan hatinya sepanjang 3 tahun berkelana atas sebab-sebab peribadi.

Antara ungkapan menarik yang Lann sebut bahawa dia tidak malu mengaku bekas pelajar sekolah agama, sekolah Hamidiah Kajang, malah berbangga berasal dari situ kerana katanya, bekas pelajar agama ni walau kemana dia hanyut dia tahu untuk buat U turn kepangkal jalan dengan izinNya. So saya pun nak buat pengakuan juga la...bekas pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu, bekas pelajar Kolej Islam Kelang, bekas pelajar Sekolah Menengah Syamsul Maarif Pulai Chondong, Kelantan...jangan marah Dr Fauzi..Dr Fauzi tak apalah dari mula sampai kini berada didunia pendidikan agama..saya melencong dari sekolah agama ke engineering, teknikal...tapi InsyAllah tahu buat U turn seperti kata Lann A2Z.

No comments:

Post a Comment