Penaja

Saturday, December 11, 2010

Uniform Galeri membeli belah untuk persekolahan



Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah diuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. Selain dai Uniform Galeri ini beliau telah mempunyai cawangan di Bangi Utama dan Puchong. Perasmian Uniform Galeri Glomac Bangi ini telah dirasmikan oleh Datok Abd Karim, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4/5 Bandar Baru Bangi dimana sdr Roslan merupakan ahli PPS4/5.

1 comment:

  1. Tahniah. Saya sekeluarga ke sana pada hari Jumaat, 3 Disember, dikala petang. Menjangkakan sebuah kedai baru, ingin menjengok kelainan. Ada satu saiz seluar sekolah yang tiada stok. Lalu kami di balas tanya, "Dah pergi cari tengok kat kedai yang kat Warta tu?"

    "Kedai sama ke ni?" kami bertanya kembali.

    "Ya. Ini cawangannya," jawapan diberi. "Kat sana ada banyak lagi stok."

    Aaah, kejahilan kami rupanya. Mungkin ada baiknya direntangkan satu pesanan besar²an di perkarangan parkir: "Sebelum anda masuk ke kedai ini, pergilah ke Warta dahulu, agar tidak mensia²kan masa anda."

    Di tingkat atas di mana uniform sekolah di jual, keadaan masih belum begitu kemas, maklumlah, masih lagi belum perasmian pembukaan. Pekerja muda-mudi berkeliaran berbual mesra sesama sendiri. Ada yang dengan aiskrim di tangan bersahaja menyusun pakaian, menyusun kertas, dan sebagainya.

    Andainya terjatuh atau tertitis aiskrim di atas pakaian yang hendak dijual? Tak mungkin, kerana mereka ini profesional belaka. Mereka tahu kerja mereka.

    Lagu² rap bahasa Inggeris berkumandang dengan kuat di corong pembesar suara, dengan bersemangat sekali untuk menarik perhatian beberapa pelanggan agar terus membeli-belah di situ. Kemudian apabila diperhatikan, lagu² tersebut mengandungi lirik/senikata lucah yg menjadi kebiasaan dalam perbualan budaya barat.

    Apabila ditanya/tegur tentang penyiaran lagu² bersenikata lucah di premis perniagaan sebegitu, balasannya ialah senyuman manis anak² gadis Melayu Islam yang bersahaja menjamu selera dengan aiskrim coklatnya.

    Ya, tanpa gedung pakaian sekolah seperti ini, mungkin anak² kami terpaksa bertelanjang bogel sahaja untuk ke sekolah ditahun mendatang ini. Jadi apalah daya kami.

    ReplyDelete