Penaja

Thursday, October 21, 2010

Kelantan, Johor ada harapan ke Final

Agak mengaibkan pasukan NS juara musim lalu, bila satu pasukan berstatus kelab iaitu Johor FC berjaya menewaskan dengan 1-0 di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam tadi. Gol jaringan Johor FC pada saat-saat terakhir oleh Mohd Ezaidy Mohd Khadar melenyapkan terus kemeriahan Stadium Tuanku Abdul Rahman yang menaruh harapan tinggi terhadap juara bertahan Piala Malaysia 2009 itu.

Kelantan pula walaupun tidak berjaya menundukkan tuan rumah Kedah namun telah berjaya mengekang tuan rumah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, dengan seri 0-0. Walaupun Kedah bermula dengan garang pada separuh masa pertama namun gagal menyempurnakan peluang sepakan di luar kotak penalti dan diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. Separuh masa kedua Kelantan pula mengasak kubu tuan rumah Kedah namun beberapa percubaan gagal disempurnakan dengan baik. Namun perlu dingat bila Kedah berada dikubu Kelantan jika salah perkiraan Kedah juga bakal mengiringi Selangor dengan 3-0. Syabas kepada Johor FC dan kekalkan kemenangan semasa berlawan ditempat sendiri dipusingan kedua nanti, jangan memalukan orang kampong.

No comments:

Post a Comment