Semasa pulang ke Kelantan Jumaat lalu saya berselisih dengan rombongan penyokong WiraMerah berduyun mengarah ke KL. Semangat berkobar-kobar dengan bendera-bendera Kelantan..., dalam hati saya ni kalau menang rioh satu Malaysia ni. Ini baru yang berada di Kelantan ke Bukit Jalil, apalagi warga Kelantan yang berada disegenap cerok semenanjung. Orang Kelantan ni lain macam semangat kenegerian mereka, termasuk saya...30tahun tinggal di Selangor, tapi semangat kenegerian tu kuat tambah lagi isteri orang N9, dua kali lawan akhir dua kali bertegang leher.... Tapi dia tetap bangga bila Kelantan menang 2-1, bahkan dia yang berlebih-lebih "happy".
Dengarnya kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan cuti peristiwa hari ini (31October) sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors ini menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Seronok la orang penjawat jawatan kerajaan negeri Kelantan boleh sambung tinggal di KL sehari lagi. Saya pun nak ucap tahniah banyak-banyak kepada pasukan bola WiraMerah yang telah bekerja keras memenangkan Kelantan menentang N9. Tahniah jiga kepada presiden KAFA TS Anuar Musa yang tak jemu-jemu menyuntik semangat. Tahniah juga kepada penyokong Wira Merah, kepada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang memberi sokongan hebat kepada bolaseak Kelantan.
Kemenangan semalam telah menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala ini musim lepas 2009, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57. Mohd Badri Mohd Radzi telah menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad yang telah mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan jika berjaya ke saingan peringkat akhir.
No comments:
Post a Comment