Penaja

Saturday, September 18, 2010

Pawagam...

21 Oktober 2010: You Again
25 November 2010: Rapunzel (animasi 3D, )
16 Disember 2010: Tron Legacy (3D).

6 Januari 2011(Disney) - Filem bercorak drama dan thriller berjudul The Debt
Dibintangi oleh: Helen Mirren, Sam Worthington
Sinopsis: Usaha seorang ejen Mossad, Rachel Singer, untuk menahan penjenayah perang Nazi, Dr Birkenau, seorang pakar bedah dalam misi rahsia Israel yang akhirnya membawa kepada kematian lelaki itu di Berlin Timur. Tiga puluh tahun kemudian, seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai doktor yang terbunuh itu. Rachel kini harus kembali ke Eropah Timur untuk membongkar kebenaran.

10 Februari 2011, Dont Be Afraid of the Dark (Guillermo Del Toro dan Mark Johnson)
Dibintangi oleh: Katie Holmes, Guy Pearce dan Bailee Madison.
Sinopsis: Cerita bermula apabila seorang kanak-kanak yang pendiam, Sally, tiba di Rhode Island untuk menetap bersama bapanya, Alex, dan teman wanita baru lelaki itu, Kim. Kedua-duanya tinggal di sebuah rumah agam kurun ke-19 yang kini sedang dibaiki semula. Ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan, Sally menemui tingkat bawah yang tersembunyi, yang tidak terganggu sejak kehilangan seorang pekerja binaan kira-kira 100 tahun sebelum itu. Secara tidak sengaja dia melepaskan sejenis makhluk purba yang cuba memujuknya mengikut mereka masuk jauh ke dalam rumah misteri yang tiada penghujung. Sally mesti meyakinkan Alex dan Kim mengenai kewujudan makhluk terbabit, sebelum kejahatan menelan mereka semua.

Pada 19 Mei 2011: filem pengembaraan komedi Pirates of the Caribbean, On Stranger Tides
Dibintangi oleh: Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Rob Marshall, filem ini diterbitkan produser tersohor, Jerry Bruckheimer. (3D)
Sinopsis: Kapten Jack Sparrow bertemu dengan wanita yang pernah dikenalinya, Angelica, dia tidak pasti sama ada wanita itu menyintainya, ataupun menggunakan dirinya untuk mencari air pancut sakti. Dalam pengembaraan kali ini, Jack berdepan musuh bernama Blackbeard, lakonan Ian McShane.

22 Disember2011 : National Treasure 3, Diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer arahan Jon Turtletaub,
Sinopsis: Pengembaraan Benjamin Gates merungkai misteri muka surat 47 Buku Rahsia Presiden Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment