Penaja

Friday, October 22, 2010

Fitnah lebih dasyat dari membunuh...

Kecoh di Indonesia perihal artis-artis terkenal di sana terlibat dalam pornografi....berzina dan merakam perzinaan dan menyebarkan dalam alam maya. Sungguh dasyat fitnah akhir zaman ini. Salah seorang yang dikaitkan dengan melakukan porno ialah selebriti Cut Tari yang dikaitkan dengan Ariel dari kumpulan yang sedang meniti polulariti bukan saja di Indonesia malah di Malaysia, Brunai dan Singapura, Peterpan. Sedang mereka popular, timbul isu pornografi ini, langsung dikatakan ada usaha menjatuhkan Ariel, Cut Tari dan seorang lagi selebriti Luna Maya. Dikatakan video berdurasi lebih kurang 7minit ini tidak sejelas mana dan tidak boleh dijadikan bukti bahawa mereka benar-benar berzina, kemungkinan ada pihak-pihak lain yang berkepentingan melakunkan babak ini dengan mengambil pelakon yang seiras mereka. Sebenarnya sesiapapun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Akibatnya artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel Peterpan ini, iaitu Cut Tari mengalami gangguan kesihatan dan dimasukkan ke hospital. Kini Cut Tari telah berada dalam keadaan stabil selepas ditahan sejak 17 Oktober lalu. Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suaminya untuk mendapatkan rawatan segera. Khabarnya Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu. Cut Tari juga dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu namun dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan zina dengan Ariel.

No comments:

Post a Comment