Penaja

Friday, August 20, 2010

Jangan menghukum sebelum sabit kesalahan...

Berita yang dikeluarkan media hari ini mengelirukan. Dikala Raja Azmin dikaitkan dengan kes penceraian Roslin Hashim, penangkapan dibuat oleh pihak polis..., tentunya orqng ramai yang membaca sekali lalu menyangkakan Raja Azmi ditangkap disebabkan kaitannya dengan kes Roslin. Adalah tidak adil kepada Raja Azmi dihukum sebelum sabit kesalahan. Raja Azmi diberitakan ditangkap semalam berhubung satu waran tangkap yang dikeluarkan mengenai satu kes sivil pada tahun 1998 iaitu ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan polis terhadap beberapa akhbar yang menyiarkan laporan mengenainya semalam. Penerbit filem berusia 51 tahun itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya itu, sehari selepas cerita mengenainya disiarkan akhbar kerana dikaitkan sebagai punca perceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata Raja Azmi ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) pagi ini.

Beliau berkata, polis Ampang Jaya sebelum ini beberapa kali cuba menjejaki Raja Azmi sejak waran tangkap dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun, dia datang ke IPD Ampang Jaya petang semalam untuk membuat laporan polis terhadap laporan muka depan beberapa media tempatan berhubung kes perceraian Roslin dan terus ditahan, katanya. Jailani datang ke IPD itu untuk cuba membebaskan isterinya, namun usaha itu gagal disebabkan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) sudah ditutup kerana tamat waktu pejabat.

No comments:

Post a Comment