Kejadian negeri demi kejadian ngeri berlaku, kecoh hanya sehari dua, selepas itu bisnes "back to normal". Kenderaan berat tidak dipantau, dibiarkan laju selajunya dileboh raya. Kritikan demi kritikan dibuat terhadap pihak bertanggung jawab, namun macam anjing menyalak bukit.... dan semalam berlaku lagi. Bas Ekspress Delima ini pasti dipandu laju...terbabas, terbang ke jalan bertentangan merempuh kenderaan lain dan menyebabkan banyak kematian, kerosakan. Seperti biasa pihak berwajib akan berkata kita akan mengambil tindakan. Kalau anda memandu dimana-mana lebuh raya di Malaysia jarang sangat terserempak dengan rondaan yang dibuat oleh polis trafik...bermotor atau berkereta, yang ada ialah speed trap. Speed trap tidak berkesan mengurangkan kemalangan ngeri. Pemantaun berterusan oleh pihak polis trafik lebuh raya lebih ditakuti dari speed trap. Speed trap cuma boleh menambah pendapatan kerajaan saja.
Pengalaman ngeri mangsa yang terbabit dipetik dari beberapa akhbar.
“Selepas itu, saya berlari ke arah bas berkenaan dan terlihat pemandu kenderaan itu mengadu kesakitan akibat tangannya tersepit di stereng. Saya cuba membantu tapi tak berjaya,” kata Md Razel Sarmin, 38, pemandu Honda City yang terselamat dalam kejadian itu.
“Saya sempat melihat bas itu merempuh Toyota Hiace, sebelum van itu berpusing beberapa kali. Saya berjaya mengelak dari terkena bas itu, namun tetap tergesel dengan van berkenaan.
“Sejurus selepas itu, saya terus menghentikan kereta dan meminta semua tujuh ahli keluarga lain keluar. Selepas itu, baru saya perasaan terdapat banyak mayat bergelimpangan di atas permukaan jalan,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Abdul Hamid Hassan, 55, pesara tentera dari Taman Rambai Jaya, dekat sini, yang turut terselamat dalam kejadian itu berkata, sejurus sebelum kemalangan itu, dia sedang tidur.
Abdul Hamid yang duduk di bahagian depan bas berkata, dia hanya tersedar apabila bas berkenaan berhenti secara mengejut.
“Sebaik membuka mata, saya terperanjat apabila melihat sebuah bas sedang melintang di tengah jalan dan ketika itu juga pemandu bas kami cuba mengelak. Bagaimanapun, bas tetap terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.
“Saya dimaklumkan tiga rakan kami termasuk seorang wanita yang sedang mengandung cedera dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya sambil mengakui turut melihat dua mayat terbaring di atas jalan termasuk satu tanpa kepala.(BH111009)
No comments:
Post a Comment