Penaja

Thursday, November 19, 2009

KAFA pulak mangsa

Khabarnya KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan bersetuju dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk tidak mahu mengemukakan rayuan terhadap denda RM50,000 yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 7 November lalu. Setiausahanya, saudara Harun Ali berkata, keputusan yang dibuat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa adalah wajar bagi mengelakkan dilabel sebagai pasukan yang sentiasa meraih simpati. Sebaliknya menurut beliau, tindakan FAM itu seakan-akan mahu membunuh masa depan bolasepak Kelantan.
Jelasnya, FAM perlu sedar, sebahagian sumber pendapatan musim ini datang daripada peminat bola sepak Kelantan kerana mereka sentiasa membanjiri stadium menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan mereka. "Kelab penyokong sentiasa berdiri di belakang Presiden KAFA dalam menghadapi apa jua situasi termasuk mencari dana melalui tabung derma 'RM1, Satu KAFA' bagi melunaskan denda yang dikenakan FAM," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut laporan beberapa akhbar Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa memutuskan untuk tidak merayu terhadap denda dikenakan FAM berhubung insiden pada perlawanan 7 November lalu walaupun jumlah tersebut sangat tinggi.
Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Siber Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin juga bersetuju dengan keputusan Presiden KAFA malah beliau bersama ahli kelab sentiasa menyokong keputusan yang dibuat. Menurut Sallehuddin beliau percaya keputusan untuk tidak mengemukakan rayuan kali ini berkait rapat dalam usaha Annuar untuk mengembalikan maruah bola sepak Kelantan terutama maruah para penyokong Kelantan. Saya pun ingin berkongsi rasa yang sama dengan KAFA, KPBK dan KPBSK kerana apa yang berlaku di Bukit Jalil secara jelas dan nyata bukan di bawah tanggungjawab KAFA kerana perlawanan tersebut dianjurkan oleh FAM. Tentunya FAM yang menerima keuntungan yang banyak daripada perlawanan tersebut. FAM perlu melihat diri sendiri dan mengakui apa yang berlaku di sana tempoh hari adalah disebabkan kelemahan kawalan keselamatan oleh FAM dan apasal pulak KAFA yang terpaksa menanggung akibatnya. Sikap seorang dua penonton yang ganas, kurang beradab, terlalu emosi dapat dikawal jika FAM bersikap lebih profesional. Semua orang nampak tindakan penonton (pada saya buka penyokong) yang liar seolah-olah tiada siapa yang mengawal dan mereka ini dibiarkan melakukan tersebut sesuka hati sahaja. Sepatutnya FAM mengetatkan dan mengawal penonton dan mengambil tindakan segera bila kejadian tidak diingini berlaku. Tak bolehkah FAM meminta bantuan pihak stadium, pasukan keselamatan supaya mengawal penonoton kerana memang sudah dijangka dalam suasana emosi seperti itu akan berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Ataupun FAM memang tiada sensitiviti...dan membiarkan ianya berlaku supaya ada peluang dapat axtra income dari denda yang bakal dikenakan... Kesian Kelantan baru je imej bolasepak nak naik dah kena pancung. Kepada penonton dan penyokong RED WARRIOR sampai bila kita kena cop Kelantan samseng ni, cubalah berobah, jadi lebih rational...baran-baran ni orang tak main dan di zaman IT ni..

Saturday, November 14, 2009

Fasha sudah ada teman baru ke?, orang klate

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, ramai yang perasan kelibat artis hot Fasha Sanda turut sama menyokong pasukan gomo Kelantan dengan beruniform merah. Sebagaimana dimaklumi umum hubungan Fasha dengan Qabil Ambak terputus bila Qabil membuat pengumuman rasmi bahawa Fasha bukanlah calon isterinya. Fasha sendiri pulak sebelum itu mengumumkan Rizal Asharam bukanlah bakal suaminya yang pernah dihebohkan dimedia. Bila Fasha tampil di Stadium Bukit Jalil bersama penyokong Klantan maka sekali lagi gosip tercetus bahawa Fasha sudah ada orang baru, ORANG KELANTAN.

Friday, November 6, 2009

Manohara, menolak kehidupan sebagai bangsawan

Manohara menolak hidup sebagai bangsawan di Kelantan, dihormati dan disayangi, namun beliau lebih suka bermain bangsawan di negaranya Indonesia. Kini beliau bermain bangsawan, berlakon, satu kehidupan berpura-pura untuk menghiburkan manusia. Tengku Temenggung Kelantan mengambil beliau dari seorang model, mengangkat ke darjat bangsawan, namun kerana darah bermain bangsawan sangat kuat beliau meninggalkan kehidupan bangsawan terjun semula ke dalam kehidupan bermain bangsawan. Malang bagi Manohara bila dia berkeras menentang Tengku Temenggong hingga peringkat di saman. Namun Manohara gagal dalam mengemukakan pembelaan terhadap saman suaminya akibatnya bekas model ini diarahkan membayar tuntutan kepada Tengku Temenggong Kelantan berjumlah RM105 juta. Penghakiman ingkar itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Manohara, Cik Puan Temenggong Kelantan, gagal melantik peguamnya dalam tuntutan saman suaminya. Penolong kanan pendaftar mahkamah itu Shazali Hidayat Shariff menyatakan perintah ingkar itu di kamarnya hari ini. Penghakiman ingkar merupakan satu keputusan yang berpihak kepada plaintif apabila defendan gagal mengambil tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah. Peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Temenggong, berkata jumlah wang bukan persoalan utama tetapi anak guamnya dapat membersihkan nama terhadap tohmahan isteri dan mertuanya Daisy Fajarina. Tengku Temenggong menfailkan saman terhadap kedua-dua warga Indonesia, mendakwa defendan secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah mengenai penderaan seksual terhadap Manohara, semasa sidang akhbar antara April sehingga Jun lalu. Tengku Temenggong mendakwa pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.Perkataan itu dirancang untuk memperkecil-kecilkan dan mengaibkannya di kalangan ahli kerabat diraja Kelantan, kerajaan Malaysia dan rakyat jelata, dakwanya lagi. Tengku Temenggong Kelantan juga mengemukakan dua saman lain di Mahkamah Syariah Kota Bharu - yang didengar Ahad ini - satu agar Manohara diperintah pulang kepadanya dan satu lagi, menuntut kembali wang RM1 juta yang didakwanya dipinjam oleh Manohara. Sehingga sekarang, Manohara dan Daisy tidak menjawab tuntutan Tengku Muhammad Fakhry itu.

Thursday, November 5, 2009

Yahuuu Ahad Kelantan cuti

Bagi yang bertugas di Kelantan, tentunya menyambut pengumuman Datuk Menteri besar dengan penuh kesyukuran. Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan. Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian. Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya."Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian," ujarnya. Beliau berkata, dengan adanya cuti tersebut mudah-mudahan para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat. Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir. Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir nanti. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan MuhammadKe-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Monday, November 2, 2009

Datuk Nadzmi mengalami strok ringan di India

Personaliti Lagenda Kelantan Datuk Nadzmi Mohd Salleh diberitakan mengalami strok ringan dan dimasukkan ke hospital Appolo, Chennai, India semalam. Beliau yang merupakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Pengerusi Eksekutif Nadicorp Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton), mengadu sakit dada ketika mendaftar masuk ke hotel penginapannya, Hotel Coromandel, telah dikejarkan ke hospital. Datuk Nadzmi mulanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan keadaannya dilaporkan stabil. Ketua Pegawai Eksekutif My Event International Shahul Hameed Dawood, yang membawa Nadzmi ke hospital berkata, Datuk Nadzmi mengalami serangan angin ahmar ringan di sebelah kanan badan. Shahul Hameed berkata beliau dimaklumkan doktor bahawa Nadzmi mungkin perlu ditahan di hospital selama dua atau tiga hari untuk rawatan.

Kelantan dan Negori Sembilan ke akhir Piala Malaysia

Kelantan telah memastikan tempat ke akhir Piala malaysia dengan kemenangan aggregate 5-1 ke atas lawannya sebelum ini. Menyahut seruan Kelantan, NS teruja bertemu dengan Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Skuad Rusa NS ini telah berjaya ke final bila menang 3-1 ke atas Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT. Kemenangan itu menjadikan agregat 4-1 selepas Negeri Sembilan menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama. Pada aksi semalam penyerang kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha meletakkan skuad Rusa mendahului seawal minit ke-10 dan menambah satu lagi gol lapan minit kemudian.

Saturday, October 3, 2009

Sistem bunyi Dolby Digital, DTS filem sudah boleh dibuat di Malaysia

Selain dari penediaan skrip, lakonan, satu perkara penting lagi ialah audio. Tanpa audio jadilah sesebuah filem itu macam cerita Charlie Chaplin, atau atau audio yang tak bermutu jadilah cerita 3 stooges. Untuk menghasilkan audio bermutu penerbit filem mestilah ke luar negara kerana sistem audio yang ada tidak lagi sesuai dengan sistem yang termaju yang boleh menghasilkan audio sehingga 7 channel samada sistem Dolby atau DTS. Lebih -lebih lagi ia juga dilengkapi dengan standard bunyi bertaraf THX. Namun atas insiatif pihak kerajaan, kini penerbit filem tempatan boleh menarik nafas lega kerana bukan sahaja mempunyai studio digital antara yang terbaik di dunia, bahkan kos yang dikenakan adalah jauh lebih murah daripada studio luar negara. DARI dulu hingga kini, industri perfileman Malaysia kerap kali diperlekehkan bukan sahaja kerana jalan ceritanya, skrip yang lemah bahkan kualiti audio yang kurang mengesankan.
Kerana itu, ramai penerbit filem kita terpaksa menjadikan kota Bangkok dan Hong Kong sebagai destinasi untuk mengadun audio filem mereka.
STUDIO Digital Mix Stage di Hulu Kelang bakal menjadi destinasi pengadunan audio untuk filem tempatan dan luar negara kerana menawarkan kelengkapan tercanggih. Februari lalu, landskap filem negara berwajah baru apabila terbinanya Studio Digital Mix Stage di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang.
STUDIO Digital Mix Stage ini adalah antara 12 buah studio Standard Premier tercanggih di dunia. KOS yang ditawarkan oleh Studio Digital Mix Stage ini hanyalah RM115,000 berbanding studio luar negara sehingga RM200,000. Studio digital RM53 juta ini akan memberi peluang kepada penerbit filem negara mendapatkan studio audio bertaraf dunia tanpa perlu terbang ke luar negara. Bangunan tiga setengah tingkat itu menyediakan Studio Mix Stage, Studio Premix, Studio ADR 1 & 2, Studio Audio & Music Sweetening, Optical Sound Camera dan Studio Foley.
Berkeluasan 3,950 meter persegi, Malaysia antara 12 negara yang mempunyai studio diiktiraf sebagai Standard Premium. "Jika melihat pada kelengkapan mesin-mesinnya, pihak Finas telah mengimport mesin jenama tercanggih dari Amerika Syarikat iaitu Euphonix. Dolby Digital Premier, ia merupakan sebuah format dalam trek audio filem yang menghasilkan adunan Audio Suround System dari 5.1 hingga 6.1.
Masa ini Studio Digital Mix Stage mampu mengadun 20 buah filem dengan setiap satunya menelan kos sebanyak RM115,000 dan pada masa akan datang, studio tersebut akan dipertingkatkan berkeupayaan mengadun audio kepada sebanyak 30 buah filem.

Friday, October 2, 2009

MAKLUMAN

JEMPUTAN KE
PERJUMPAAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1430
(SILA CATIT DIDALAM BUKU TEMUJANJI ANDA)
TARIKH : 17 OKTOBER 2008 BERSAMAAN 28SHAWAL 1430 (HARI SABTU)TEMPAT : DEWAN MBSA SEKSYEN 13,SHAH ALAM (DEPAN STADIUM SHAH ALAM)
MASA : 2.00 PETANG HINGGA 7.00 MALAM

JEMPUTAN KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR PUO SERTA AHLI KELUARGA.
PAKAIAN: LELAKI –BAJU MELAYU
WANITA- BAJU KURUNG

ATUR ACARA :
2.00 - 2.30 PTG KETIBAAN BEKAS PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR
3.00 - 6.30 PTG MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA XPUO bermula
6.30 PTG BERSURAI

SILA MAKLUMANKAN JEMPUTAN INI KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR PUO UNTUK HADIR DI ACARA DIATAS DARI JAM 2.00 PETANG
MAJLIS DI TAJA OLEH
PERSATUAN ALUMINI POLITEKNIK UNGKU OMAR.
DAN
KOPERASI ALUMNI POLITEKNIK UNGKU OMAR MALAYSIA BERHAD

SILA HANTAR JAWAPAN KEHADIRAN SERTA JUMLAH AHLI KELUARGA YANG AKAN TURUT HADIR SECARA EMAIL
DI ALAMAT EMAIL :zulkifli.hussain@ gmail.com
atau mana mana Ahli Lembaga Koperasi Alumni PUO/AJK Persatuan Alumni PUO
SEBELUM 12 OKTOBER 2009
Sekian WassalamZul Hussain CH 71

Saturday, September 26, 2009

TM dan KRU bergabung dalam Jin Notti

KRU Studios baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi filem ke-4 terbitan mereka iaitu ‘Jin Notti’ sebagai penaja utama, sekaligus menjadikan ia filem pertama tajaan TM.‘Jin Notti’ meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem-filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. ‘Jin Notti’ dibintangi Mawi (sebagai Aziz), Fara Fauzana (Notti) dan Cat Farish (Jinbara).

Sinopsis
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur, yang berusia 117 tahun. Dia di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1. Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar
2. Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan
3. Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayahSetiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti bersama cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri?‘Jin Notti’ turut menampilkan Bob Lokman sebagai Jin Samsu, Adibah Noor sebagai Sofea Jin, Acappan sebagai Jingam, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai ketua kongsi gelap (gua.com)

Friday, September 25, 2009

Fredo Flybits akhirnya dikurniakan hidayah

Bagaimanapun, sejak mereka berpecah pada 1984, vokalis dan pemain bassnya, Fredo atau nama sebenarnya Villenguez Alfredo Valentino, 59, masih aktif memperjuangkan kariernya selaku vokalis solo walaupun kebanyakan rakan seperjuangan tidak aktif lagi. Sepanjang tempoh itu, dia menempuh pelbagai pengalaman suka duka kehidupan.Antaranya memeluk Islam selepas 45 tahun menganut Kristian Katolik dan anak sulungnya meninggal dunia pada 1999.Selain itu, kenangan jatuh cinta terhadap isteri, Suzlynna Datuk Mustapha Ma'arof (Suzy) melalui tulisan kreatifnya yang meminta penyanyi itu menyanyikan lagu permintaan menggunakan duit kertas gambar pokok pisang akan diingatinya sehingga akhir hayat."Flybaits memang ada ramai peminat tetapi buat masa ini, Suzy banyak memberikan sokongan. Kami membuat persembahan bersama dan menjadikan saya semakin matang di mana perasaan seperti itu tidak pernah saya rasai sebelum ini terutama pada zaman bujang," katanya.Penyanyi kelahiran Singapura berdarah Filipina itu masih bersama kumpulan The Flinstones yang diwujudkan selepas kebanyakan ahli kumpulan Flybaits membawa haluan masing-masing."Saya masih menyanyi tetapi tidak serancak dulu. Bagaimanapun, saya ada merakam beberapa lagu ciptaan sendiri di studio rakaman di rumah. Saya lebih selesa cara ini kerana dapat menentukan apa yang saya mahukan."Rakaman lagu itu masih mengekalkan konsep sama seperti The Flybaits kerana anggota kami sekarang mampu memainkan pelbagai alat muzik. "Untuk mengelak peminat bosan, kami akan menyanyikan lagu dalam bahasa Siam, Tamil, Hokkien, Itali, Inggeris, Perancis dan Tagalog. Isteri banyak membantu kerana dia berasal daripada keluarga seni," katanya.Selain boleh bermain gitar bass, Fredo cekap memetik gitar dan memukul dram. Barangkali bakat seni itu diwarisi daripada bapa saudaranya, bekas pengarah dan konduktor muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Alfonso Soliano.
Fredo kini membuat persembahan di kelab Goldhill, Bandar Manjalara. Selepas bergerak sendirian, dia berjaya menghasilkan empat album solo.
Mengenai pertukaran agamanya, Fredo bersyukur kerana Allah memberi petunjuk kepadanya untuk memeluk agama Islam pada 1996. "Sayu rasa hati setiap kali mengingatkan pengalaman memeluk agama Allah itu. Selama beberapa tahun, Suzy mengajar saya berpuasa. Dia juga bertanggungjawab membawa saya memeluk Islam di Kota Bharu dan kami berkahwin pada 23 Julai 1996 selepas 10 tahun bercinta. "Saya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketika itu, saya tidak tahu beliau boleh bertutur bahasa Arab, Inggeris, Tamil dan Urdu. Beliau bertanya dalam bahasa Inggeris, adakah saya mahu tinggal bersamanya? "Beliau bersungguh-sungguh hendak mengajar mengenai Islam tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaannya kerana bertugas di Kuala Lumpur," katanya.Hasil perkahwinan Fredo dan Suzy, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Danny Mohd Amani, enam tahun setengah. "Saya jatuh cinta dengan Suzy selepas dia membuat permintaan lagu, Rinduku Meneruskan Percintaan di atas wang kertas pokok pisang sewaktu saya membuat persembahan di Ampang Park (Spring Park) pada 1986."Hidup saya begitu indah sekarang. Rutin hari raya pertama, ziarah bapa mentua (Mustapha) di Subang Jaya dan nenek Suzy, Rahimah Alias di Shah Alam. Kemudian kami akan menziarahi pusara arwah anak sulung kami, Adam di Pulau Pinang yang meninggal dunia pada 1999," katanya (Petikan Harian Metro)