KRU Studios baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi filem ke-4 terbitan mereka iaitu ‘Jin Notti’ sebagai penaja utama, sekaligus menjadikan ia filem pertama tajaan TM.‘Jin Notti’ meneruskan tradisi KRU Studios dalam menerbitkan filem-filem bercorak fantasi dibawah pengarahan sutradara Azhari Zain. Teknik penerbitan yang hebat tetap ditonjolkan menerusi penggunaan CGI (Computer Generated Imagery) dibawah suntingan Yusry Abdul Halim. Begitu juga barisan pelakon terpilih turut memberi lakonan yang mantap dan mengagumkan walaupun ini kali pertama membintangi filem yang bertaraf blockbuster. ‘Jin Notti’ dibintangi Mawi (sebagai Aziz), Fara Fauzana (Notti) dan Cat Farish (Jinbara).
Sinopsis
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur, yang berusia 117 tahun. Dia di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1. Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar
2. Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan
3. Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayahSetiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti bersama cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri?‘Jin Notti’ turut menampilkan Bob Lokman sebagai Jin Samsu, Adibah Noor sebagai Sofea Jin, Acappan sebagai Jingam, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai ketua kongsi gelap (gua.com)
No comments:
Post a Comment