Penaja

Tuesday, December 8, 2009

Kisah sebenar tragedi KB Mall

Nurul Ain masih ketakutan dan trauma dengan kejadian ngeri KB Mall yang mengorbankan dua penuntut wanita Kolej Masterskill. Umurnya baru menjangkau 17 tahun dan sedang menduduki SPM. Nurul Ain menceritakan sebelum kejadian berlaku, dia bersama adiknya, Nurul Akma, 14, dan seorang lelaki kenalannya yang bernama Sabri, keluar dari rumah mereka di Kampung Chekeli, kira-kira jam 3 petang menaiki kereta jenis Ford Laser TX3 bewarna kuning. Di sepanjang perjalanan ke KB Mall, kereta tersebut, yang dipandu Sabri tidak mengalami sebarang masalah. Sabri mengambil Nurul Ain dua beradik di rumah dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada ayahnya Said Ismail, 51. Kejadian ngeri itu bermula kira-kira jam 5 petang, dimana ketika mahu pulang ke rumah, mereka menaiki kereta tersebut yang diletakkan dalam petak parkir tingkat 3 KBMall. Memang perkara biasa di KB Mall bila kawasan pakir bawah tanah penuh pemandu diarahkan meletakkan di tinkat 3 Bagunan itu. Bila sudah berada dalam kereta dan Sabri cuba menghidupkan kereta tersebut tiba-tiba kereta berkenaan tidak boleh dihidupkan. Nurul Ain dan adiknya diminta oleh Sabri menolak kereta terbabit manakala dia duduk di kerusi pemandu untuk cuba menghidupkan enjin kereta. Bila di dapati Nurul Ain dua beradik tidak mampu menolak kereta tersebut Sabri turun dan meminta Nurul Ain mengambil tempatnya ditempat pemandu dan Sabri menolak kereta tersebut bersama Nurul Akma. Sebaik sahaja enjin berjaya dihidupkan, Nurul Ain tertekan pedal minyak menyebabkan kereta terus meluncur ke dinding lalu merempuh dinding berkanaan dan terjunam ke tingkat bawah. Kejadian itu menyebabkan dia kini dirawat di hospital RPZII dan mengalami kesukaran bercakap juga makan akibat cedera pada mulut terkena serpihan cermin kereta yang pecah. Adiknya Nurul Akma yang dikatakan melarikan diri, sebenarnya dihantar pulang oleh orang awam ke rumahnya sebelum polis mengambil keterangannya sebagai saksi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Menurut Nurul Akma, dia yang turut menolak kereta itu tergamam apabila melihat kakaknya yang berada dalam kereta itu turut terjunam ke bawah. Nurul Akma turut berkata sebelum kejadian, dia sudah menasihatkan Sabri supaya mencari orang lain yang pandai memandu supaya membantu menghidupkan kereta terbabit, namun dia enggan. Ketika ini Sabri masih dicari oleh pihak Polis untuk mendapat keterangan.

Di Mana Aiman Amania?


Anak yang hilang, Aiman Amanina berumur 16 tahun. Telah keluar dari rumah semenjak 11 Nov 2009. Dipercayai ada sekitar KL.

Wassalam.

Rahim
019-2881788

Lagi kemalangan menyayat hati

Kalau dua hari lepas kita digemparkan dengan kejadian kereta terjun ke dalam pasaaya KB Mall, semalam, satu lagi kejadian menyayat hati berlaku dimana tiga beradik mati lemas keran ingin menyelamatkan adik perempuan mereka yang hanyut, yang juga turut mati lemas. Kejadian ini berlaku di Kuantan, Pahang. Mereka yang cuba menyelamatkan adik mereka yang tergelincir ialah Mohd Shukri Md Samsuri, 15, Syafiqah, 15, dan Mohd Syafik, 12, mati lemas apabila terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkan adik mereka, Norsyakirah, 8 tahun. Menurut Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Abdul Rahman Mo''min, kejadian jam 1.30 petang semalam ketika ibu bapa mereka sedang memancing bersama dua lagi adik-beradik yang lain, sementara mereka berempat bermain di sekitar kawasan itu. Salah seorang daripada mereka dipercayai tergelincir dalam parit sedalam 10 kaki menyebabkan yang lain terjun ke dalam parit berkenaan untuk menyelamatkannya, semua mangsa tidak tahu berenang turut tenggelam. Kedua ibu bapa mereka yang kemudiannya menyedari kejadian itu bertindak segera cuba menyelamatkan namun gagal.

Eja, gembira kurniaan Ilahi

EJA atau Siti Shahrizah Saifuddin, dramatis dan pelakon filem merupakan seorang isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin sudah melebihi 10 tahun. Kesempatan menunaikan umrah sebanyak dua kali baru dia sedar bahawa hidupnya begitu kosong dan sunyi sekali tanpa zuriat. Eja menadah tangan dan meminta petunjuk Ilahi untuk memberikan jawapan, akhirnya Eja menemui jalan penyelesaiannya apabila hatinya terbuka dan bersedia untuk menimang cahaya mata. Kehidupannya sebagai seorang wanita juga kini menjadi lebih sempurna dan lengkap dengan kelahiran anaknya Nur Eishal. Kini Eja sudah tahu bagaimana perasaan dan pengalaman menjadi seorang ibu yang memang menuntut tahap kesabaran yang tinggi. Eja bertuah kerana ibunya tidak pernah lelah membantunya dan sering kali menasihati serta mengingatkannya ketika menjaga anak sulungnya itu. Nur Eishal yang membawa maksud cahaya bunga syurga itu dilahirkan pada 3 September lalu di Pusat Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Baginya, untuk mendidik dan menjaga anak bukanlah satu tugas yang mudah kerana anak merupakan amanah dari Allah SWT. Kini hidupnya semuanya untuk Nur Eishal dan bukan lagi tentang dirinya saja. Sememangnya hidup saya benar-benar berubah," jelasnya yang menyifatkan Nur Eishal tidak banyak kerenah melainkan untuk ditukar lampin, lapar dan mahu tidur sahaja. Ditanya tentang ilham nama Nur Eishal itu, Eja menjelaskan dia sendiri yang mahukan anaknya itu mempunyai nama Nur di awalannya.
Ini kerana dia mahu menampilkan perbezaan dan tidak mahu anaknya mempunyai nama Siti seperti mana dirinya kerana jelas Eja, adik-beradiknya semua mempunyai nama Siti.

Global Warming

Anda pernah dengan tentang Global Warming?, atau Pemanasan Global. Bunyinya begitu teknikal dan mungkin tidak menjejak sanubari kita sebagai orang awam. Bagi aktivis alam sekitar Global Warming atau Pemanasan Global begitu sensitif bagi mereka. Pemanasan global ialah berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Peranchis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Monday, December 7, 2009

KB Mall: Pernah mencipta sejarah

KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.
Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato’ Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesi penggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalam Persidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 Dun Kelantan.
Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10.
“Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahan kehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itu kerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut,” katanya.
Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.
Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato’ Seri Megat Tajuddin dan Dato’ Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah
Jelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.
Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri.
“Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh.
“Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan ‘wau bulan’(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia.
“Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya”katanya.
Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah.
“Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang ‘grand’ dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya,” katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain

Jamal Abdillah: Sepi seorang Perindu

Lirik syahdu dari lagu Jamal Abdillah: Sepi seorang perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

KB Mall: Latest News

KOTA BAHARU, Dec 7 (Bernama) -- The structure of the KB Mall shopping complex where a car plunged from the third-floor car park after crashing through a retaining wall, is safe said state Tourism, Local Council and Culture committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan.
He said representatives from the various departments who attended a special meeting today, namely Kota Baharu City Council-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Public Works Department (JKR), Police, Fire and Rescue Department and the KB Mall management disclosed that there were no defects or shortfalls in the approval of the building.
"The state government and the various departments that met today found nothing wrong in the structure of the building or its approval process. There were also no illegal extensions," he told reporters here today.
However, although the building has been declared safe and already opened for business today, the state government would take the necessary measures to ensure safety of the public who frequent the mall.
Takiyuddin said though the mall was opened for business today, the car park on the third floor would remain closed.
"We will also inspect all the shopping malls in the state to ensure their safety although we had been conducting such inspections regularly to determine its safety," he said.
Yesterday, a car plunged from the third-floor car park, and landed on the escalator of the KB Mall concourse, killing two and injuring two others, including the driver of the car.
During the 5pm incident, two students from Masterskills College (Kota Baharu branch) - Siti Nor Amira Samsuddin, 19 and Siti Nor Diana Azman, 18 – were crushed to death when the car driven by Nor Ain Said, 19, lost control and crashed through the car park wall and plunged onto the escalator.
Two others, Rashidah Ahmad Lutfi, 24, also a student of the same college and Nor Ain were injured and admitted to the Raja Perempuan Zainab II Hospital here.
Following the tragedy, the mall was closed for business yesterday and opened for business at about 2pm today.
Police investigations had revealed that the weak structure of the retaining wall was the reason for the car to plunge from the third-floor after crashing into it because the wall was built with bricks, without any reinforcement.

Pemuzik Hebat: A. R. Rahman

PEMUZIK terkenal A.R. Rahman telah memperluaskan empayar miliknya dengan memperkenalkan 'AR RAhman Store' melalui laman web miliknya. Kedai dalam talian itu buat masa ini menfokuskan tujuh jenis barangan dan akan menambah bilangan barangan untuk di jual dari masa ke semasa. Menariknya mengenai 'kedai' ini, urusan jual beli turut menerima mata wang seperti Dolar Kanada, Euro, Pound British dan Dolar AS.
Antara barangan yang dijual melalui laman web ini termasuk cenderahati, DVD, tiket konsert dan sebagainya. Selain mencipta lagu untuk filem Slumdog Millionaire yang memenangi anugerah Akademi, beliau turut menyumbangkan sentuhan magisnya kepada runyut bunyi dan skor dalam filem-filem seperti'Elizabeth: The Golden Age' (2007), 'Bombay Dreams' (2002), dan 'Original London Production: The Lord Of The Rings' (2008); turut ditawarkan dalam 'Album & kompilasi' mengikut 'Vande Mataram' (1997) dan Between Heaven And Earth' (2004).
Senarai muzik yang terbaru dihasilkan oleh beliau 'The Best...' termasuk kompilasi bersama Rand De Basanti, Khoon Chala, Barso Re, Tere Bina, Mayya, Ghanan Ghanan, Radha Kaise Na Jale, Dheeme Dheeme, So Gaye Hain, Gurus Peace, Yeh Rishta, Ae Nazneen Suno Na, Shakalaka Bady, Warriors in Peace dalam Versi Hindi.
Negarawan Indo-Amerika Rajan Zed, dalam satu kenyataan di Nevada Amerika Syarikat memuji bakat istimewa Rahman yang inovatif dan berjaya mencantumkan muzik dari Timur dan Barat dengan lebih rapat. Rahman dengan caranya tersendiri telah berjaya membuka mata dunia untuk menerima muzik filem India dengan lebih serius. Kepelbagaian gaya dan genre muzik ala AR Rahman telah menarik minat jutaan peminat

KB Mall, malang tak berbau

Kejadian menggerikan ini berlaku di KB Mall Kota Bharu semalam, sebuah kereta Ford laser lama menjunam jatuh datri level parking tingkat 3 mengenai beberapa orang pegunjung. Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin dari Felda Chiku Gua Musang yang meninggal ditempat kejadian. Beliau ketika itu berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman dari Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menggunakan eskalator ke level atas KB Mall dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan. Malang tak berbau, siapa sangka niat membeli-belah bertukar tragedi seperti ini. (Foto copy MStar)

Berita dari sumber lain:
Sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 berwarna kuning dipercayai dipandu dengan laju dibahagian atas tempat letak kereta Pasaraya KB Mall dan merempuh dinding penghadang lalu tembus ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya KB Mall sehingga mengakibatkan kematian 2 orang pengunjung dan 3 lagi dilaporkan parah.Mereka yang terbunuh dikatakan sedang berada diatas escalator sebelum ditimpa oleh kereta tersebut yang jatuh dari tempat letak kereta tingkat 3 bangunan KB Mall. mereka yang terbunuh dan tercedera dimaklumkan sebagai pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu yang berjunjung ke KB Mall.Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut gagal dikesan sehingga kini. pihak KB Mall telah menghentikan dengan serta-merta semua operasi perniagaan didalam KB Mall sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. tidak diketahui berapa hari operasi perniagaan akan dihentikan berikutan pihak KB Mall terpaksa melakukan kerja baik pulih yang banyak.
Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.Ke 3-3 remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis