Penaja

Tuesday, April 21, 2009

Teknologi: Nokia E75

Dunia tanpa sempadan menyebabkan pengguna semakin berlumba-lumba mendapatkan maklumat di hujung jari. Kesibukan menyebabkan pengguna perlukan sesuatu yang mudah untuk berhubung selain telefon bimbit. Bagi memudahkan pengguna, Nokia E75 merupakan gajet terbaik untuk mereka yang sentiasa menggunakan e-mel.
Nokia 75 didatangkan terus dengan antara muka e-mel syarikat dan perkhidmatan Nokia Messaging menjadikan e-mel mudah alih mudah, tidak serabut dan menjadi pengalaman baru kepada pengguna.
E-mel adalah pengalaman universal, bukan hanya untuk komunikasi bisnes tetapi untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat. Dengan sebab itu Nokia menawarkan penyelesaian lengkap bagi emel dengan Nokia Eseries dan perkhidmatan Nokia membenarkan pelanggan membawa tugasan dan akaun e-mel peribadi dengan mereka ke mana saja. Dengan Nokia E75, pengguna boleh menyemak e-mel termasuk fail dan HTML serta mengasingkan e-mel mengikut tarikh, penghantar dan saiz. Selain e-mel, Nokia E75 juga mempunyai keupayaan kalendar, buku telefon dan pengurusan tugas. Nokia E75 diinspirasikan dari Nokia 9300 iaitu communicator mini pertama. Pengguna Nokia 9300 gemarkan fungsi mesej dengan papan kekunci dengan papan kekunci tradisional. Inspirasi Nokia 9300 diaplikasikan pada Nokia E75 dengan mengekalkan semua bahan tetapi dipertingkatkan semua ciri dan menjadikannya lebih padat. Perkhidmatan mesej Nokia bina dalam memudahkan pengguna mengurus pelbagai akaun e-mel. Pengguna boleh menambah dan mengakses akaun Ovi Mail, Gmail, YahooMail atau Window Live Mail semuanya pada satu masa dengan mudah daripada aplikasi Nokia Messaging. Selain itu pengguna masih boleh mengakses e-mel tugas pada gajet yang sama menjadikan Nokia E75 yang membawa akaun e-mel pelbagai di mana mereka berada. Tambahan kepada perkhidmatan Nokia Messaging, ia didatangkan dengan Nokia Map lengkap dan bantuan GPS dengan lesen selama tiga bulan bagi navigasi turn-by turn dan pengalaman permainan dengan N-Gage. Ovi Files yang terdapat dalam Nokia E75 membolehkan fail penting disimpan dalam komputer boleh diurus dan dikongsi secara mudah alih walaupun komputer tidak dibuka. Nokia E75 sudah boleh dibeli di Nokia Stores di Lembah Kelang dan seluruh negara dengan harga runcit RM1,950.

No comments:

Post a Comment