Penaja

Monday, April 20, 2009

Galeri Lagenda: Kelantan Hebat-Dali Omar

Siapa tidak kenal Dali Omar dalam tahun 70an, seorang pemain kebangsaan lagenda Kelantan.
NAMA :Dali Omar
TARIKH LAHIR: 19.05.1946
POSISI: Penyerang
Kahwin: (6 anak)
ALAMAT SEKARANG:Lowanna, New South Wales
PENDIDIKAN:Sek. Men. King George V, Seremban

SEMASA KECILNYA(1946~1952)
Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.

ALAM REMAJA (1953~1961)
Tahun 1953, Dali disekolahkan oleh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. Disana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.

ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)
Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.

ALAM KELUARGA(1964~1967)
Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut. Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.

ISTERI KEDUA (1968~1971)
Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.

PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)
1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama berkasi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.

JURULATIH (1974)
Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.

Petikan> http://www.stormpages.com

7 comments:

  1. saya cucu kepada dali omar...anak kepada daliza...
    saya mahu beritahu...
    yang kami sekeluarga rindukan baba,,...dah lame baba xdatg umah..
    lepas balik australia,..
    baba pown sekarang sudah berubah...
    cucu baba dekat sini selalu support baba...
    we love u baba....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami ahli keluarga dali omar yang tinggal di kampung hutan jambu palekbang tumpat,kelantan,ingin mengesan dan mencari dali omar sekarang atas sebab2 trtentu,andai ada maklumat sila emel ke: meayz.stylish92@yahoo.com... dali omar tidak dapat dihubungi selepas loss cntct bbrpa bulan yang lalu... zakaria awang suami kepada mak cik zah ngurut kg y dnytakan diatas telah meninggal sebulan yang lalu... sesiapa yang ada berita harap dapat hulurkan bantuan...tQ

      Delete
    2. dali omar kini berada di rumah kakak nya di binjai ..

      Delete
    3. As salam..saya shazanna production manager utk orangetree production sdn bhd.kami sedang dlm proses menerbitkan telemovie bertajuk si kijang merah.saya perlukan no telefon en dali omar utk memanggil beliau sebagai jemputan istimewa dlm telemovie ini.harap dpt bantuan anda semua.tk

      Delete
  2. kenapa dali x jad jurulatih kelantan or malaysia...

    ReplyDelete
  3. Saya ada berjumpa dali bersemuka sekali pada tahun 2005,kalau tanpa nama nak tahu,uncle dali sangat aktif chatting dalam mirc channek dalnet #kelate.nickname dia 'kaolaku'.kebetulan dia balik malaysia masa tu dan kami buat reunion di kota bharu.saudara boleh cuba tanya kat channel irc kelate utk maklumat lanjut,email dali etc.try tanya nick 'buduman' dia mungkin tahu,ataupun tepongboko atau hendrixx.semua org lama lepak kat channel tu mungkin ada contact lg ngan uncle dali.saya dah pencen.

    ReplyDelete
  4. adakah dali omar mempunyai isteri lain selain 2 wanita di atas?

    ReplyDelete