Penaja

Wednesday, April 22, 2009

Tahniah pasukan Piala FA Kelantan, RM30K menanti..

PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA. Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. Menurut Abdul fatah, walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kerajaan Kelanyan tetap menghargai kejayaan pasukan nya.

Tuesday, April 21, 2009

Mencari BAPA - Mahamad Hassan

Nor Saparah Mahamad, 25, meminta orang ramai membantu mengesan bapanya, Mahamad Hassan, 49, bagi menjadi wali pernikahannya yang dijangka Disember depan. Nor Saparah dari Precint 11, di sini, berkata mereka sekeluarga terputus hubungan dengan bapanya yang meninggalkan rumah sejak 1991 lalu ketika mereka tinggal di Felda Jengka 22, Bandar Pusat Jengka, Pahang ketika Nor Saparah berusia lapan tahun. Ibun Nor Saparah Asmah Abu Bakar, 47. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mahamad Hassan diminta menghubungi tunangnya, Ahmad Zarimushariza Mohd Zain, di talian 017-2409249/013-4389249 atau datang ke alamat D-T4U5, Blok D, Pangsapuri Putra Damai Presint 11, Putrajaya. Mahamad meninggalkan keluarganya selepas mempunyai tiga anak iaitu Asrul Izwan, 27; Nor Saparah, 25 dan Nasrul Al-Amin, 18

Teknologi: Nokia E75

Dunia tanpa sempadan menyebabkan pengguna semakin berlumba-lumba mendapatkan maklumat di hujung jari. Kesibukan menyebabkan pengguna perlukan sesuatu yang mudah untuk berhubung selain telefon bimbit. Bagi memudahkan pengguna, Nokia E75 merupakan gajet terbaik untuk mereka yang sentiasa menggunakan e-mel.
Nokia 75 didatangkan terus dengan antara muka e-mel syarikat dan perkhidmatan Nokia Messaging menjadikan e-mel mudah alih mudah, tidak serabut dan menjadi pengalaman baru kepada pengguna.
E-mel adalah pengalaman universal, bukan hanya untuk komunikasi bisnes tetapi untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat. Dengan sebab itu Nokia menawarkan penyelesaian lengkap bagi emel dengan Nokia Eseries dan perkhidmatan Nokia membenarkan pelanggan membawa tugasan dan akaun e-mel peribadi dengan mereka ke mana saja. Dengan Nokia E75, pengguna boleh menyemak e-mel termasuk fail dan HTML serta mengasingkan e-mel mengikut tarikh, penghantar dan saiz. Selain e-mel, Nokia E75 juga mempunyai keupayaan kalendar, buku telefon dan pengurusan tugas. Nokia E75 diinspirasikan dari Nokia 9300 iaitu communicator mini pertama. Pengguna Nokia 9300 gemarkan fungsi mesej dengan papan kekunci dengan papan kekunci tradisional. Inspirasi Nokia 9300 diaplikasikan pada Nokia E75 dengan mengekalkan semua bahan tetapi dipertingkatkan semua ciri dan menjadikannya lebih padat. Perkhidmatan mesej Nokia bina dalam memudahkan pengguna mengurus pelbagai akaun e-mel. Pengguna boleh menambah dan mengakses akaun Ovi Mail, Gmail, YahooMail atau Window Live Mail semuanya pada satu masa dengan mudah daripada aplikasi Nokia Messaging. Selain itu pengguna masih boleh mengakses e-mel tugas pada gajet yang sama menjadikan Nokia E75 yang membawa akaun e-mel pelbagai di mana mereka berada. Tambahan kepada perkhidmatan Nokia Messaging, ia didatangkan dengan Nokia Map lengkap dan bantuan GPS dengan lesen selama tiga bulan bagi navigasi turn-by turn dan pengalaman permainan dengan N-Gage. Ovi Files yang terdapat dalam Nokia E75 membolehkan fail penting disimpan dalam komputer boleh diurus dan dikongsi secara mudah alih walaupun komputer tidak dibuka. Nokia E75 sudah boleh dibeli di Nokia Stores di Lembah Kelang dan seluruh negara dengan harga runcit RM1,950.

Monday, April 20, 2009

Galeri Lagenda: Kelantan Hebat-Dali Omar

Siapa tidak kenal Dali Omar dalam tahun 70an, seorang pemain kebangsaan lagenda Kelantan.
NAMA :Dali Omar
TARIKH LAHIR: 19.05.1946
POSISI: Penyerang
Kahwin: (6 anak)
ALAMAT SEKARANG:Lowanna, New South Wales
PENDIDIKAN:Sek. Men. King George V, Seremban

SEMASA KECILNYA(1946~1952)
Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.

ALAM REMAJA (1953~1961)
Tahun 1953, Dali disekolahkan oleh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. Disana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.

ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)
Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.

ALAM KELUARGA(1964~1967)
Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut. Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.

ISTERI KEDUA (1968~1971)
Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.

PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)
1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama berkasi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.

JURULATIH (1974)
Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.

Petikan> http://www.stormpages.com

Sunday, April 19, 2009

Kelantan akhirnya ke FINAL

Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan Kelantan mencatat sejarah tersendiri selepas menempah tempat ke perlawanan akhir melawan Selangor. Skuad Wira Merah itu menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan untuk mejadikan agregat 2-2. Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Pada aksi pertama di Kota Bharu minggu lalu, Kelantan tewas 0-1. Begitupun, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Asyraf Al-Japri yang menyudahkan hantaran Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit kelima.
Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Mohammad pada minit ke-48 sebelum Indra Putra Mahayuddin meledak gol kemenangan pada minit ke-52 sekali gus mengesahkan tempat mereka ke akhir pada 25 April ini.

...Anak saya penyokong totok 3 negeri:
Kelantan negeri ayah,
Negeri Sembilan negeri Umi dan
Selangor negeri saya"

Ingat..penghibur juga tetap tertakluk kepada hukum syarak

Foto ini bukan superimpose, real foto yang dipetik dari Berita KOSMO. Semua akui Malam Anugerah Bintang Popular (ABP) di Genting Highlands minggu lalu memang grand, apalagi event itu di adakan dilokasi tersohor dengan Bukit Judi. Lebih menambahkan dosa bila menonton persembahan seorang penyanyi yang rasanya macam sengaja menunjukkan keseksiannya. Pada malam itu, beliau memakai gaun pendek merah jambu nampak manis, menawan tapi bila dijulang oleh para penari beberapa kali maka terselaklah dan ternampaklah seluar dalamnya. Sebenarnya beliau boleh beraksi begitu dengan lebih sopan misalnya memakai legging atau sarung kaki berwarna atau lebih praktikal memakai seluar tetapi masih kelihatan funky. Kata wartawan KOSMO taklah kami semua sakit jantung lihat adegan tersebut.

Sunday, April 12, 2009

Amy search di Kota Bharu (Laporan Siasah)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.
Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.
Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.
Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.
Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.
Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.
Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.
“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi

Galeri Lagenda: Hiburan-Sudirman Hj Arshad

Odah, wartawan Utusan Malaysia tak asing lagi dalam dunia hiburan tanahair menyigkap kembali kenangan terhadap penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman. Berikut rtikel beliau yang saya petik dari Utusan Malaysia. (Sedekah AlFatihah buat Sudir)
SUDAH 23 tahun berlalu namun kehebatan konsert terbuka Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur terus diperkatakan. Menyusuri kembali Jalan Chow Kit yang pernah menyaksikan persembahan penyanyi tersohor itu ternyata mengembalikan nostalgia.
“Sudir memang gementar dan dia sendiri tak menafikan perkara itu,” ujar bekas wartawan hiburan, Saodah Ismail, 49.
Kenangan tahun 1986 itu cukup mendalam dalam ingatan Saodah yang ketika itu menghabiskan masa sehari suntuk bersama penghibur berjiwa rakyat itu sebelum bermula konsert yang bersejarah itu.
Ceritanya, Sudirman sengaja memilih bilik hotel yang berdekatan dengan pentas persembahannya manakala tingkap biliknya betul-betul menghadap pentas.
SAODAH
“Makanan punyalah banyak yang dia tempah tapi satu pun tak habis dia makan. Sementara menanti petang, tingkap bilik itulah yang paling kerap dijenguknya,” kata Saodah.
Sambungnya lagi, frasa kata ‘Eh.. ada ke yang nak datang tengok I buat show ni?’ memang sentiasa bermain di mulut penyanyi yang hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter itu.
Tambah Saodah, keresahan jelas terpancar daripada bahasa tubuh Sudirman apabila dia banyak bercakap dan buat lawak.
“Macam-macam yang dia bualkan. Lebih dekat masa persembahan hendak bermula, lagi tak senang duduk saya lihat dirinya,” katanya.
Menjelang pukul 5 petang, krew persembahan dan penyanyi No. 1 Asia itu bergerak meninggalkan bilik hotel dengan menaiki bas namun hampir saja tidak dapat bergerak disebabkan orang terlalu ramai.
Bagi Saodah, dia sendiri naik ‘seram’ melihat betapa ramainya manusia yang membanjiri Jalan Chow Kit iaitu sesuatu yang langsung tak terjangkau dek imaginasinya.
LAUTAN manusia membanjiri Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 15 April 1986 untuk menyaksikan konsert Sudirman.
“Cerita ada orang yang pengsan, jalan ditutup seawal 11 pagi, dan kawalan ketat pihak polis memang betul.
“Semua jalan dan bangunan yang boleh melihat pentas Sudirman akan diserbu penonton. Tidak keterlaluan saya katakan, mereka datang seolah-olah mereka langsung tak pernah melihat Sudirman,” jelasnya.
Mengimbau pengalaman Bob Mustafa Kamal, 59, pula, bekas jurugambar itu memberitahu, pada asalnya dia menganggap konsert Sudirman di Chow Kit sama seperti konsert-konsertnya yang lain.
“Tapi sebaik saja sampai di Chow Kit sekitar pukul 5 petang, saya terkejut. Memang orang ramai betul,” katanya yang kini menetap di Melaka.
Mujurlah ada jejantas. Dan di situlah dia merakamkan gambar sepanjang konsert berkenaan kerana untuk bergerak memang tiada ruang langsung.
Walaupun beberapa perancangan telah dilakukan ketika mendapat tugasan tersebut, kerumitan tetap timbul.
KAWASAN yang pernah menempatkan pentas Sudirman.
“Saya tak jumpa pekerja dispatch yang sepatutnya ambil filem untuk dihantar ke pejabat kerana orang terlalu ramai.
“Rupa-rupanya, kami berdiri tidak berjauhan,” katanya ketawa mengingati pengalaman hebat itu. – SHANIKA ABDUL LATIB
Konsert Sudirman di Chow Kit
- Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama dalam Malaysia Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Hampir 100,000 warga kota menonton kehebatannya.
- Lagu pertama yang dinyanyikan ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysia.
- Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman.
- Konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih Sudirman kepada para peminat yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekali gus memberitahu kita bahawa Sudirman bukan materialistik

Friday, April 10, 2009

New friend

My blog Biasaman Sharing the beautiful World was honoured, visited by grandpa Mr Baird from US. Acording to Mr Baird profile he was a Grandpa, a photographer like me also use Nikon Cameras and Lenses like me (I have Nikon, Canon, Fuji and Sony T7). Mr Baird believe Photography has been great therapy for him throughout hi whole life. he said, "It has allowed me to get away on my own and see the wonders of creation and has also made me wonder how to create something in photography that will live longer than myself. Thank you so much for your kind words of encouragement". GOD BLESS YOU

Thanks friend

Senarai Kabinet Datuk Seri Najib

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:
Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M.Saravanan

Misha pun meminati gajet letronik

Penyanyi dan pelakon terkenal kelahiran Kelantan, Misha Omar, 27, berkata gajet elektronik memiliki signifikan tersendiri dalam melengkapkan perjalanan dunia serba moden. Misha beranggapan kemudahan teknologi tinggi cukup berguna dalam kehidupan, apatah lagi dalam keadaan manusia yang selalu dibayangi komitmen kerja yang banyak.
"Gajet canggih dan manusia dalam kehidupan sekarang bagai tidak boleh dipisahkan. Rata-rata menggunakan peralatan berteknologi canggih hampir setiap hari, tanpa menghiraukan tahap kerjaya mereka.
"Baik individu kelas pertengahan mahupun pekerja profesional, masing-masing menggunakan khidmat barangan elektronik demi memudahkan urusan kerja.
"Kalau sebelum ini gajet ditafsirkan sebagai kemahuan manusia untuk hidup lebih selesa, kini berlaku transisi ketara apabila gajet menjadi satu keperluan dalam situasi berkaitan. Gajet koleksi peribadi Misha ada yang dibeli sendiri dan ada sebahagiannya adalah pemberian keluarga. Antara gajet milik Misha seperti telefon bimbit model Sony Ericsson K810i. (Saya pun pakai model ini kerana ianya sesuai untuk fotografer untuk mengambil foto spontan). Selain itu Misha juga mempunyai telefon bimbit jenama Nokia E71 pemberian keluarga dan iPod. iPod menjadi gajet terpenting Misha dimana kebiasaannya Misha akan bawa akan mendengar iPod dalam kereta untuk mengingati lirik dan juga menghafal melodi lagu-lagu yang ingin dinyanyikan. Sebelum kehadiran iPod, Misha menggunakan pemain CD yang besar. "Saya kena angkut pemain CD ini ke merata tempat. Dengan fizikalnya yang besar dan agak berat, saya juga harus bawa beberapa keping CD.

Wednesday, April 8, 2009

Penonton Kelantan kena sabar dan berdisiplin

Dalam laporan media perdana hari ini dipaparkan betapa ganasnya penyokong Kelantan yang tidak sabar dan menerima kekalahan ditangan lawan dengan profesional. Adat perlawanan ada menang ada kalah. Bila menang kita bersyukur bilah kalah kita berusaha lagi. Namun peristiw semalam di Stdium Sultan Muhammad IV telah tercemar dengan kejadian yang memalukan ini. Negeri Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium. Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama. Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati. Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

Monday, April 6, 2009

santai lagi...Melaka 2009

Lepak lepas penat berjalan, tapi masih boleh posing lagi, lebih-lebih lagi sedang terbayangkan lepas ini serang restoran Asam Pedas kat Bandar Hilir. Dalam minda tu dah plan, nasi penuh..ikan masak pedas..ulam dan sambal belacan...ikan bakar lagi...wow bersemangat gitu..
Masing-masing berebut nak bergambar dengan abanglong diaorang tu. Abanglong pun mula perasan muda walaupun jika buka topi uban dah memutih.
Sebenarnya kami ni dilantik duta POKM jadi yang dalam foto ni adalah champion POKM TMFL yang terdiri dari Mimi, Mira, Bee (Azeeta), Man, nik, Seli (tiada dalam foto), Afzan (juga tiada dalam foto) dan saya sendiri. Dipendekkan cerita program ziarah sedara mara ni merupakan salah satu aktiviti POKM








Ni pun saya zoom dari jauh, tak pasti apa yang deme dok merenung, mungkin terkejut tengok zirafah tinggi sangat, leher je suku km




Santai lagi,..Melaka3

Masih di Little Safari














Santai lagi...Melaka2

Bergaya di Little Safari Zoo Melaka. Di sini terdapat rusa, kijang ostrich dan zirafah. Perjalanan disni agak meletihkan, menuruni tangga panjang dan tinggi, setinggi pokok kelapa. Foto ni saya zoom dari jauh sebab jambatan ini tinggi mungkin mengelakkan zirafah kacau pengunjung.

Ni candid shot, dia orang tak perasan foto di ambil, saya zoom dari jauh. sya guna zoom 300mm Canon lens. Saya seronok ambil foto diaorang ni..cukup spoting.

Ni foto sebelum masuk zoo, masih tengah tawar menawar dengan penjual tiket kalau-kalau dapat discount, ramai bawa geng ni. Tapi penjual tiket minta maaf sebab tiket dah dicetak awal. Kalau dia bagi jugak, dia kena potong gaji. Man macam bengang je mungkin bawak bajek cukup-cukup je.. Lepas ni nak pergi restoran Asam Pedas pulak, lepas tu malam nanti nak ke Umbai makan ikan bakar...bocor poket ni..bonus belum dapat lagi..


Ha... belum mulakan perjanan pun dah penat... yang tak rasa penat saya sebab dikelilingi oleh jelitawan Call Centre ni. Terasa macam muda semula..nasib baik bawa girlfriend jika tidak susah saya ni..rambang mata..jangan siapa-siapa kacau, dah ada bodigad tu...



Tu dia posing canggih punya.. teringat macam muda-muda dulu, zaman 90an...posing maut bawah pokok ketapang macam hindustan tu..



Santai lagi...Melaka1

Apa-apapun mesti tambah tenaga dulu, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi singgah dulu diRNR Seremban minum pagi bersama. Nik menjeling je, diet konon hanya minum air suam. Yanti...waduh waduh macam bertanding siapa pinggan penuh dengan suami.

Yanti dengan suami. Min kat sebelah tu tak lalu makan ke dari tadi tak luak pun..maklumlah akan bertemu saudara mara kat Melaka nanti

Yang ni girlfriend saya hampir 30 tahun, masih setia bersamamu heh heh jangan jeles...petua setia senang saja, ikhlas terhadap pasangan, doa banyak-banyak sebab setia wujud dihati, hati kita tak boleh kontrol ianya anugerah dari Yang Maha Esa. Bila terasa sesuatu yang negatif terhadap pasangan cepat-cepat ingat masa nak tackle dulu bukan main susah payah, rasa nak terjun parit la kalau tak dapat bersama...so bila sudah dijodohkan bersama hargailah..

Ni jelitawan Call Centre, yang dua yang berbaju oren dan hijau tu diaorang punya bodigad. Jangan sila kacau, nanti bantal naik ke muka. dengar cerita yang sebenarnya memang bohong depa belajar kungfu dengan Jet Lee sebab Jacky Chan rejek.



Sha masih tak boleh berpisah dengan Call Centre, dia kata tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat karaoeke.