
Riwayat awal menyebut ayahanda kepada Lebai Diman ini bemama KUSUMO ACEH atau digelar di Mandailing BATARA GURU dan pada asalnya ialah dari Rao (mungkin dari Padang Nunang ?). Ketika terjadi perseteruan antara pihak Rao dengan Mandailing pada penghujung abad ke-18 maka Kusumo Aceh ini telah dihantar ke Mandailing untuk membantu mengamankan keadaan di sana dan disebabkan kesaktian serta kehandalan beliau maka orang-orang Mandailing menggelar beliau Batara Guru. Beliau pun teruslah menetap di Muara Sipongi dan sudah tentulah anak cucu beliau pun bersemenda pula dengan keluarga Mandailing di sana hinggalah ke hari ini. Nama Batara Guru itu kini diabadikan pada sebatang jalan yang terdapat di Muara Sipongi sebagai kenang-kenangan atas jasa dan nama besar yang telah beliau tinggalkan itu. Anak-anak Batara Guru mi disenaraikan ada tiga orang iaitu Sutan Amir Kaharrudin Budiman @ Lebai Diman, Sutan Guru dan Sutan Nagasari. Lebai Diman bergerak meninggalkan Mandailing menuju ke Aceh, mungkin beliau sempat berguru pondok di sana sebelum belayar pula ke Patani di Selatan Siam Dan Patani beliau turun ke Kelantan dan melalui perkahwinannya di sana , beliau meninggalkan seorang putera bernama HAJI JALALUDDIN. Zuriat Haji Jalaluddin mi berkembang-biak di Kampung Chetok, Pasir Mas dan beberapa jajahan di Kelantan. Seterusnya, Lebai Diman menuju pula ke Pahang sambil berdagang kain dan berkahwin lagi buat kali ke-2 dengan Tok Aminah binti Tok Aki. Dan berkembanglah zuriatnya di Raub sampai sekarang.
Salam, saya dari susurgalur SAKAB di Kg Ajai, Raub. Adakah Batara Guru dan Batara Gurga orang yang sama? Lihat sejarah Mandailing.
ReplyDeletesaya merujuk kepada http://marisma.multiply.com/journal/item/75?&item_id=75&view:replies=threaded
ReplyDelete