Kepada sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir Sabtu ini 14 March 2009 di KUIS Bangi. Seminar satu hari ini dibarisi oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing termasuk sahabat kita, professor kebanggaan kita, Prof Dr Mat Rofa Ismail. Dr Mat Rofa kawan sekampung, satu sekolah, satu kelas, di Sekolah Rendah Kampong Bandar, merupakan seorang seorang yang istiqomah dalam keilmuan. Beliau yang saya kenali seorang yang tekun sejak di sekolah rendah lagi juga merupakan seorang penulis buku-buku ilmiah yang pernah mendapat anugerah. Beliau seorang pakar matematik dan merupakan seorang pensyarah bidang matematik diUPM. Di SKB sekitar dari 1963 hingga 1968 kami berempat adalah sahabat karib dan Dr Mat Rofa Ismail paling menonjol dari segi kepintaran dalam darjah. Salain saya dua lagi ialah Wan Sofian dan Abdul Aziz Deraman. Sdr Wan Sofian paling akhir saya bertemu bertugas sebagai pensyarah Politeknik Kota Bharu dan sdr Aziz saya putus hubungan dengan beliau.
No comments:
Post a Comment