Tata Nano, kereta kecil semurah AS$2,000 (RM7,251) untuk model asas itu diperkenalkan kepada umum kelmarin dijangkakan akan merevolusi kaedah perjalanan berjuta-juta rakyat India. Rata-rata media India bersetuju kereta dengan reka bentuk sporty memiliki kapasiti enjin 624 cc itu melepasi ujian sebagai kereta yang setaraf dengan jenama kenderaan kompak Eropah seperti Smart dan Volkswagen Beetle. Kebanyakan majalah kereta India menyifatkan Tata Nano sebagai comel, disukai dan menarik terutamanya kepada golongan wanita manakala ramai pemberita automotif terpegun dengan keluasan ruang dalamannya. Ruang dalaman kereta dengan ukuran panjang 3.1 meter, cukup untuk penumpang menempuh kesesakan lalu lintas dengan selesa. Sebuah Majalah Auto menyebut, "Ia bukan kereta mainan atau beca beroda empat seperti dakwaan golongan skeptik. Tata Nano ialah sebuah kereta yang boleh dipercayai dan melakukan tugasnya dengan baik,". "Kereta itu kukuh dan berbaloi untuk setiap sen yang anda keluarkan dan kami percaya ia akan digilai ramai seperti Beetle,". Bagaimanapun, menurut beberapa penganalisis, para pembeli terpaksa menunggu agak lama sebelum dapat memandunya kerana permintaan untuk Tata Nano jauh melepasi jumlah pengeluaran 50,000 kereta setahun bagi tahun pertama. Jadi kalau permintaan dalam negara India pun memakan tahun untuk mendapatkannya, kita kat Malaysia ni sampai berjanggut lagi beruban baru dapat... Apalagi bilasampai diMalaysia campur sana campur sini dah jadi RM20,000 dah sama dengan Kancil...
No comments:
Post a Comment