Penaja

Sunday, March 8, 2009

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali

Semalam 7 March saya menziarahi jiran yang meninggal dunia, masih muda di awal 40an berbanding saya awal 50an dah setengah abad. Dalam ramai-ramai jiran yang hadir saya bertemu abang satu KIK, Datuk Osman Desa, Setiausaha (?) kepada PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dia menyampaikan dua berita sedih iaitu abang se KIK beliau juga seorang komposer terkenal Zubir Ali dan seorang adik kepada saya di KIK, bekas ADUN Durian Tunggal Datuk Abdul Kadir Daud juga telah pergi selama-lamanya. Semua maklum dunia seni tanah air kehilangan insan berbakat besar yang cukup sinonim dengan karya bergenre puisi dan ketuhanan Komposer dan penulis lagu puisi sejak 1970-an, Zubir Ali, 60, meninggal dunia kira di Hospital Pakar Damansara selepas seminggu dimasukkan ke sana untuk menjalani pembedahan pintasan jantung.Selain menghidap masalah jantung, Allahyarham turut menderita diabetes namun pada saat akhir hidupnya, beliau yang dikenali sebagai seorang yang kelakar masih sempat berseloroh dengan keluarganya. Sorang lagi, bekas pelajar KIK, meninggal dunia iaitu Datuk Abdul Kadir Daud, spm76KIK - Ketua Umum Pelajar 1978 juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud, 51 meninggal dunia, di Hospital Pakar Putra, dipercayai akibat masalah buah pinggang dan paru-paru.
AlFatihah

No comments:

Post a Comment