Penaja

Sunday, December 6, 2009

Google map and GPS

Sejak bermulanya cuti persekolahan ini majlis perkahwinan semakin hebat di adakan. Kalau sebelum cuti sekolah hnya sekali-sekala ada undangan jemputan kahwin, kini setiap hari Sabtu dan Ahad, tidak lagi makan tengahari dirumah, tetapi dimajlis-majlis perkahwinan. Yang paling tak seronok ialah bukan satu undangan, malah sampai enam undangan pada hari yang sama. Itu yang berlaku 19 Disember 2009 nanti, saya menerima undangan 6 majlis serentak. Yang memeningkan lagi ialah semua majlis di adakan oleh saudara-saudara rapat dan kawan-kawan karib. Bukan dekat-dekat supaya bolej kejar waktu, tetapi jauh nuun satu di Johor, satu di Melaka dan empt di Lembah Kelang. Yang dilembah Kelang juga bukan dekat-dekat, satu di Shah Alam, satu di Kepong, satu di Kajang dan satu lagi di Ampang.
Setakat ini masih belum buat keutamaan lagi, cuma nak cerita betapa mudahnya sekarng ini mencari lokasi. Dua cara yang paling senang iaitu GPS dan Google Map. Mula-mula saya gunakan google map untuk mencari kawasan majlis contohnya skesyen 18 Shah Alam.Yang kedua semasa memulakan perjalanan saya set lokasi majlis dan ikuuuut je arahan hingga sampai ke destinasi tanpa melilau ke bukan tempatnya. Senangkan?



Seronok menjalani ibadah korban

Kalau jamaah haji seronok dan bahagia bila dapat berada di tanah suci, mengelilingi kaabah dengan berzikir memuji yang Maha Hebat, Raja segala Raja di hari Akhirat, bagi kita yang belum berkesempatan di sana merasa puas, bahagia dan seronok bila dapat menjalani ibadah korban. Lebih -lebih lagi berkumpul adik-beradik, sanak saudara, bertakbir, bertahmid memujiNya. Memang betul kata orang menjalani ibadah korban di Kelantan ada ummp nya. Kami berkumpul adik beradik, anak-anak mereka melakukan sembelihan korban, melapah, membahagikan daging korban kepada orang-orang kampong dan selebihnya masak dan menjemput orang-orang kampong makan bersama.

Wanita Hebat: Erma Fatimah

Erma Fatima memenangi banyak anugerah menerusi dramanya 'Tersasar Di Jalanmu' dimana beliau telah menggondol enam anugerah termasuk Drama Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pengarah Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2009 (ASK 2009) yang baru berlalu. Drama kekuatannya terletak pada nilai kemanusiaan, kekeluargaan dan paparan kasih sayang yang ditonjolkan. Menurut Erma, beliau menghasilkan drama itu sempena dengan kempen masalah sosial remaja untuk yayasannya, malah, Erma turut mendedikasikan kemenangan itu kepada komuniti yang tinggal di Lorong Haji Taib. Menurut Erma lagi, drama 'Tersasar Di Jalanmu' yang berkisar kepada permasalahan sosial yang bermaharajalela di kawasan Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur itu diangkat atas dasar tanggungjawab sosialnya sebagai penggiat seni untuk memberikan mesej dan gambaran sebenar mengenai masalah itu buat anak bangsa terutamanya Melayu.

Lirik syahdu In-Team: Mencari cinta sejati dalam "Nurkasih"

Bagaikan permata
di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan
Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu
Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih
Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata(Mekar hidup ini disirami nur kasih)
Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

Saturday, December 5, 2009

Filem yang menginsafkan-2012

Also Known As: Farewell Atlantis Two-thousand Twelve
Production Status: Released
Genres: Action/Adventure, Science Fiction/Fantasy and Thriller
Running Time: 2 hrs. 38 min.
Release Date: November 13th, 2009 (wide)
MPAA Rating: PG-13 for intense disaster sequences and some language.
Distributors: Sony Pictures Releasing
Production Co.: Centropolis Entertainment, Mark Gordon Company
Studios: Columbia TriStar Motion Picture Group, Sony Pictures Entertainment
U.S. Box Office: $108,131,263
Filming Locations: Los Angeles, California, United States Los Angeles, California, USA
Vancouver, British Columbia, Canada
Produced in: United States

Tahap disiplin orang Kelantan diperantauan

Kalau selepas perlawanan akhir Piala Malaysia November lalu rata-rata rakyat Malaysia memperkatakan tahap disiplin rakyat Kelantan yang rendah bila ada segelintir dari mereka membakar peralatan stadium bila pasukan yang mereka sokong mengalami kekalahan di tangan pihak lawan. Masa itu kita akur dengan emosi masa itu, tertekan, terhina maka jalan keluarnya memberontak. Namun bila berlaku lagi masaalah disiplin dalam senario yang lain, contohnya semasa pulang berhari raya ke Kelantan AidilAdha yang lalu, pemandu ke arah Kelantan memandu terlalu laju hingga menyebabkan kemalangan maut di Cegar Perah. Itu hal yang pertama. Bila berlaku kemalangan jalan menjadi jem, dan kami terpaksa mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta keranaa kenderaan tidak boleh bergerak langsung. Dalam suasana kenderaan tak dapat bergerak, hal yang kedua ialah mereka gunakan jalan arah bertentangan hingga menjadi dua barisan kenderaan yang tidak bergerak. Ini menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan iaitu ke arah Kuala Lipis tidak boleh lalu. Ini menyusahkan pihak bomba, ambulan untuk bergerak menghantar mangsa ke hospital dan urusan lainnya. Kalau tidak kerana adapihak polis menyuraikan trafik yang tersumbat, maka rasanya sampai malam pun belum tentu boleh keluar dari kawasan ini. Itulah dia tahap disilin rakyat Kelantan, bukan semuanya tetapi sebahagianya. Itu belum dikira membuang pampes anak dimasjid, hinggakan ada yang membuang pampers anak di tempat mengambil wuduk di masjid Gua Musang...Alahai...malunya aku sebagai anak Kelantan..





PC Fair akhir tahun


Kepada peminat dan yang terlibat dalam industri komputer, PIKOM PC Fair kembali menemui anda. Bagi anda yang berada di lembah Klang PC Fair KLCC sudah bermula semalam.

Antara jadual PC Fair

4-6 December 2009 (11:00am - 9:00pm)
KL Convention Centre, Kuala Lumpur (Click here for FREE Shuttle Service)
Penang International Sports Arena (PISA), Penang
Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka - NEW VENUE (Click here for FREE Shuttle Service)

11-13 December 2009 (11:00am - 9:00pm)
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru
LG Car Park Exhibition Hall, 1Borneo, Kota Kinabalu - NEW VENUE
Dewan Suarah, Bintulu


8-10 January 2010 (11:00am - 9:00pm)
Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak - NEW DATE

Streamyx sudah kembali normal

Setelah berhempas pulas mendapatkan kembali capaian internet melalui streamyx akhirnya hari ini streamyx saya kembali berfungsi. Terima kasih kepada pegawai perkhidmatan pelanggan streamyx kerana turut pening kepala bersama saya untuk up kan semula internet. Setelah modem+router+wi-fi jenama DLink yang sebelum ini terbakar disambar petir, saya belikan yang baru dari jenama yang lain iaitu Aztech DSL605EW. Hampir 4 hari saya cuba sambungkan semula mnggunakan modem ini tetapi gagal. Dengan bantuan pegawai perkhdimatan pelanggan streaymyx, meriksa status id, password dan DSL line semuanya ok, tetapi saya masih gagal mecapai internet. Yang peliknya bila saya cuba sambungkan melalui manual dialup broadband sepantas kilat internet dapat disambungkan. Maknanya talian streamyx ok, yang bermasaalah ialah modem sambungan automatik. Saya cuba berulangkali dan akhirnya saya cuba tukar bebrapa item dalam auto selection dan berjaya. Semasa saya memakai auto connection menggunakan modem jenama Dlink dulu ianya sangat mudah, cuma klik sambung sahaja. Ianya tidak berlaku bagi Aztech, mungkin default setupnya tak bersesuaian dengan perkhidmatan Streamyx TM

Masjid Pulau Melaka, Bandar Hilir

Kalau Kelantan ada Pulu Melaka, dimana terletaknya kediaman MB Kelantan TGNA, di Melaka pun ada Pulau Melaka. Disini tiada kediaman Ketua Menteri tetapi terdapat sebuah masjid yang indah. Pengalaman saya berada selama hampir sebulan di Melaka, jamaah masjid pada waktu biasa seperti juga di kebanyakan masjid ditempat-tempat lain di Malaysia ini, hanya beberapa orang jamaah sahaja. Tetapi pada hari Jumaat masjid ini dipenuhi oleh para jamaah yang datang dari pejabat-pejabat, syarikat-syarikat sekitar tempat ini. Lokasi Pulau Melaka ini hanya beberapa km dari Dataran Pahlawan.

Thursday, December 3, 2009

Streamyx disambar petir lagi

Rasanya sah ka ke tiga modem. router, wireless di sambar petir. Ini berlaku semasa merayakan hari raya di kampong. Mungkin sesuatu perlu dilskukan samada dismantle semua peralatan sebelum meninggalkan rumah atau ada power surge yang mampu menahan panahan petir