Penaja

Sunday, February 1, 2009

Jalan Dangi bahau dinaik taraf

Akhirnya jalan utama ke kampung den akan di naik taraf. Menurut media hari ini penduduk di kawasan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Johol, Senaling dan Jeram Padang di sini bakal menikmati kemudahan jalan raya yang baik ekoran projek naik taraf Jalan Bahau-Jelai-Dangi. Menteri Besar NS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek bernilai RM21.9 juta di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu merangkumi jarak 23.5 kilometer bermula dari persimpangan Jalan Tampin-Pilah ke pekan Dangi, Jelai sehingga ke persimpangan Temeris.
“Kerja naik taraf jalan tersebut termasuk melebarkan jalan, membaiki sistem perparitan, membina tembok penahan dan membaiki selekoh berbahaya bagi mengatasi pertambahan jumlah kenderaan di jalan tersebut.
“Apabila siap kelak ia bakal memberi manfaat secara langsung kepada lima buah sekolah, lima buah kampung dan dua gugusan Felda,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah dan perasmian projek tersebut di sini semalam

No comments:

Post a Comment