Penaja

Monday, January 26, 2009

Semalam di malaysia, ini empat negeri ku jejaki




Bersama Zainudin Hj Ahmad (Pengarah ILP MUar) meraikan majlis walimah anak beliau Mohd Zakuan Afiq






Semalam 25 Januari 2009 merupakan hari penat buat kami sekeluarga. Saya mendapat jemputan salah seorang ahli keluarga yang berada di Sagil Johor, mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki beliau. Saya bertolak dari Bandar Baru Bangi jam 10pagi dan tiba di tempat kenduri, Institut Latihan Perindustrian Muar jam 12.30 tengah hari, ngam-ngam juadah baru masak, masih panas-panas lagi. Selepas menjamu selera saya ke kaki gunung Ledang, sempat ambil gambar sahaja kerana perlu bergegas ke kampong Dangi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ada majlis pula di kampong sebelah petang. Dari Gunung Ledang ke Jementah, Segamat, melalui UiTM Segamat ke Gemas, melalui Gemencheh dan seterusnya tiba di kampong jam 3 petang. Ianya satu perjalanan yang meletihkan tetapi seronok dapat menjelajahi empat negeri, dari Selangor, negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

No comments:

Post a Comment