Penaja

Sunday, February 8, 2009

Mengiringi YB ADUN Bangi

Sebentar tadi saya mengiringi ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu bakar datang merasmikan program Bangi Bandar Bersih (3B) di Bangi Permai yang dikenali juga Bangi Lama. Program yang bermula jam 8pagi diusahakan oleh sebuah universiti tempatan bersama pejabat DUN Bangi.
Saya seperti biasa selalu ada kamera bersama untuk mengambil foto bila perlu. Jadi anak-anak yang terdiri dari mahasiswa U ni bila nampak saya minta saya abadikan foto mereka. "Pakcik, pakcik boleh ambil foto kami?, saya anggup sajalah, "boleh. boleh apa salahnya".

Saya puji anak-anak muda ini sanggup menyertai program-program kemasyarakatan seperti ini. Selain memenuhi masa terluang selepas menghabiskan masa belajar yang memenatkan, program kebajikan seperti ini boleh menjana pahala yang banyak. Boleh berinteraksi dengan masyarakat dan para pemimpin negara.












No comments:

Post a Comment