Penaja

Saturday, February 28, 2009

Animasi - Teknologi terkini menghasilkan video

Pujian patut diberikan kepada usaha kreatif pengeluar filem tempatan dalam menembusi filem-filem dan video animasi yang telah sekian lama didominasi oleh Jepun dan negara-negara barat. Kartun animasi bukan perkara baru tetapi budaya dan kepercayaan tradisi membantutkan usaha kartunis dan pengeluar filem tempatan merealisasikan produksi yang seiring dengan kemajuan animasi seluruh dunia.

Dulu semasa zaman Waltz Disney dan lain-lain produksi Holywood menghasilkan kartun animasi 100% bergantung kepada manual dan mekanikal tetapi kini setelah computer wujud, penghasilan animasi dimudahkan dengan teknoklogi CGI dan Blue skrin yang boleh membuang latarbelakang dan memasukkan objek ke mana mana video latar belakang lain yang diperlukan..

Mengambil kesempatan dari teknologi CGI dan “blue screen” KRU filem berjaya menghasilkan filem Cicakman dan terbaru Cicakman 2. Walaupun tidak sehebat keluaran PIXAR Studio, Blue sky studio, DreamWorks Animation studio dan sebagainya, namun usaha ke arah itu patut dipuji. Tanpa permulaan yang baik sukar bagi pengeluar filem CGI tempatan untuk bergerak lebih maju. Aniamsi yang pernah berjaya seperti filem Putih tetapi ianya dibuat sepenuhnya dalam bentuk kartun bukan CGI. Begitu juga filem budak lapok.

Satu lagi pengeluar CGI tempatan yang sedang naik ialah Les' Copaque Production Sdn. Beralamat di Jalan Boling Padang G13/G, Section 13, Shah Alam, yang telah menghasilkan siri TV pendek Upin dan Ipin. Bermula dengan siri TV di TV9 itu dan Upin dan Ipin telah dikembangkan ke filem yang telah pun ditayangkan di pawagam tempatan sekarang ini. Kabarnya Film animasi 3D keluaran Les Copaque yang bertajuk "geng-pengembaraan bermula" ini telah mengutip RM4juta dalam seminggu tayangan dimana sasaran mereka ialah RM10juta

Mongkin anda tidak pernah mendengar tentang superhero youtube yang dinamakan Gomoman yang dikeluarkan oleh Gomoworld tomyam, KL. Pada saya walaupun belum dikenali ramai kerana hanya disiarkan dalam youtube, gomoman adalah sebuah superhero lawak tempatan yang kreatif. Selain dari youtube boleh juga ditonton melalui web TV http://worldtv.com/rjtv. Gomoman dihasilkan menggunakan loghat Klantan, berkisar sekitar katun lawak isu semasa.

Pada peringkat kerajaan saya pernah membaca dalam media bahawa kerajaan Kelantan akan memperkenalkan matapelajaran animasi di dalam kurikulum sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri. Setakat mana perkembangannya tidak di war-warkan sehingga ini. Namun usaha tersebut pada saya sangat baik dan harus disokong. Anak-anak dan remaja kita telah terlalu banyak disogok dengan kartun animasi dan CGI dari barat yang membawa pengaruh songsang bagi rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bagi individu Muslim. Jika kita berjaya menghasilkan animasi kita sendiri sekurangnya dapat menepis dakyah melalui media itu dari terus-menerus meracuni anak-anak dan remaja kita.

No comments:

Post a Comment