Penaja

Saturday, May 26, 2018

Best small car, below 1500 cc

10 of the best small cars you can buy today
  • Nissan Note 1.2 DIG-S Acenta. ...
  • Renault Clio 1.5 dCi 90 Dynamique Nav. ...
  • Audi A1 1.4 TFSI 125 Sport. ...
  • Mini 1.5T Cooper Chili Media 5dr. ...
  • Ford Fiesta 1.0T 100 Ecoboost Zetec 5dr. ...
  • Volkswagen Polo 1.2 90 Match. ...
  • Hyundai i20 1.2 84 SE 5dr. ...
  • Skoda Fabia 1.2 TSI 90 SE.

10 Hari pertama Ramadhan 1439

Sedar tak sedar umat Islam sudah berpuasa Ramadhan hari ke 10 pertama. Begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Hari hari yang berpuasa akan menjadi saksi pengabdian kita kepada Allah Subhanahu waTaala. Pengisian Ramadhan yang kita buat samada bernilai kepada kita disisi Allah pun kita tidak tahu. Yang penting bagi kita usaha dan ikhtiar bersungguh sungguh dan selebihnya kita berserah pada keadilanNya. Sekitar lembah Klang kita dapati pengisian hebat warganya dengan memenuhi surau masjid solat tarawih, membaca AlQuraan bertadarus dengan ahli jamaah atau dengan keluarga, infaq, zakat dan memberi makan gelandangan adalah pengisian yang cukup baik. Di surau saya selain berbuka dan morey disediakan juga rak infaq yang memberi peluang ahli jamaah bersedeqah berkongsi rezqi dengan yang tidak bernasib baik...Alhamdulillah rak penuh dan berkurang menandakan ada yang infaq dan ada yang terima dan membawa pulang untuk keperluan keluarga.

Wednesday, May 23, 2018

Best Chinese Phone

Tidak disangkal lagi telefon pintar, smartphone binaan China telah menguasai pasaran smartphone di seluruh dunia. Jenama -jenama terkemuka dunia pun terpaksa tunduk dengan penguasaan jenama dari China. Korea yang merupakan pengeluar smartphone Samsung dan LG pun terpaksa berhempas pulas mempertahankan diri dari serangan smartphone China. Dengan harga yang sangat kompetitif dan spec yang tinggi sukar di atasi oleh jenama negara lain. Penambah baikan dari produk China sangan hebat. Sebut je nama smartphone China la yang terunggul kini. Siapa yang tidak kenal Oppo, Vivo, Zenphone, Asus, Xiomi, Huawei....dan berbagai jenama lagi

Huawei dan Xiomi paling menonjol dewasa ini dengan produk terbaru Huawei P20, Huawei Mate dn Huawei Honor...

Halwa telinga

Memenuhi kehendak halwa telinga adalah kehendak fitrah manusia semula jadi. Memenuhi telinga dengan ayat ayat mengingati Allah dan Rasul adalah lebih baik dan bermanfaat. Di Indonesia muncul satu kumpulan muzik yang mengalunkan salawat dan puji2an ke atas nabi yang sangat merdu dan meruntun jiwa. Kumpulan yang di namakan Sabyan telah terkenal diseluruh nusantara.Suara penyanyinya Nissa sangat merdu dan mengalunkan bait2 nasyid dengan hebat sekali.

Tuesday, May 22, 2018

Pandai Siket

Kalau di ulang ulang lagu minangkabau yang popular di Malaysia iaitu "Ayam den lapeh" ada perkataan yang berbunyi PANDAI SIKET". Dari saya mula dengar hinggalah sampai ke Minangkabau saya memahami ianya betul macam yang anggapan kebanyakan orang Malaysia, pandai sikit...Namun sangat jauh tersasar. Yang dimaksudkan pandai sikit dalam lagu ini ialah satu nama tempat, kampong di Minangkabau, Sumatera Barat yang pandai menenun kain. Disini terdapat kilang kilang jahitan tenun kain yang menjadi kelebihan dan kehebatan penduduk Pandai Sikit.

https://m.youtube.com/watch?v=CyZ0e5KXObc

Luruihlah jalan payakumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai
Ayam den lapeh

Mendaki jalan padangsikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai
Ayam den lapeh

Sunday, May 20, 2018

Ragam Proton EXORA

Macam macam ragam Exora, kalau nak list banyak
> masaalah aircond
> masaalah lampu
> masaalah ABS
> masaalah brake
> dan lain2

Satu masaalah yang ramai pengguna mengadu kipas radiator tak berhenti walaupun enji sudah dimatikan, kunci pun dah dicabut, pintu kereta pun dah di kunci, tuam kereta dah pun masuk dalam rumah...namun kipas masih beropersi.

Kereta saya, kereta lain saya tak pasti sama ke tidak, saya dapati punca nya ialah kipas radiator tak berfungsi, saya cek kipas dengan menyambung terus kepada batteri, ia berfungsi...saya cek fius dan relay juga berfungsi...ada satu lagi saya tak dapat cek iaitu switch kipas...sebab tak jumpa. Akhirnya saya bawa ke workshop, saya ceritakan pengalaman saya dan saspek switch tapi pomen kata kita cek dulu kemungkinan kipas lemah, buka switch. kalau kipas lemah memang dia berfungsi bila di sambung terus kepada batteri dan bila memlalui fius, relay dan switch dia mati...pomen ni berpengalaman, setelah cek keseluruhan dia confirm kipas lemah....dan ditukar kipas baru...Alhamdulillah kipas berfungsi, dan juga masaalah kipas tak berenti sudah pulih... 

Saturday, September 10, 2016

Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi

BANGI, 9 SEPT: Kerajaan Selangor hari ini menyerahkan sumbangan RM4 juta untuk pembinaan Masjid Al-Umm, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada Penasihat Pembinaan Masjid Al-Umm, Datuk Dr Haron Din diiringi Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, Dr Shafie Abu Bakar di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9.
Bercakap kepada SelangorKini, Shafie berkata, masjid tiga tingkat di atas tanah seluas dua ekar itu hampir selesai pembinaannya sejak dimulakan pada 10 Disember 2013.
“Dengan sumbangan diberikan, RM2.5 juta daripadanya akan digunakan untuk menyelesaikan baki bayaran kontraktor.
“RM1 juta untuk bayar semula kepada individu yang sebelum ini bermurah hati meminjamkannya kepada kami, manakala selebihnya akan digunakan untuk pembangunan masjid,” katanya.
Beliau berkata, masjid itu dibina dengan kos hampir RM20 juta dengan RM15 juta daripadanya hasil sumbangan orang ramai.
Ia dibina dengan konsep Asia Tengah dan tempatan sementara khubah masjid diilhamkan seperti khubah Masjidil Haram di Makkah.
“Kita mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat tempatan khususnya di Bangi kerana sudi menderma bagi menjayakan pembinaan masjid ini,” katanya

Monday, February 8, 2016

Keluarga cikgu

Adam Niazi
Antara adik beradik saya yang masih ada di Klang Valley ialah Dr Che Razi, yang lain-lain dah balik bermastautin di Kelantan. Atas sebab carrier, pekerjaan Dr Che Razi dan saya masih tinggal di Selangor dan saya menjadi warga Bangi sementara Dr Che Razi menjadi warga Bukit Antarbangsa Ulu Klang. Ditakdirkan keluarga saya ramai yang menjadi pendidik samada guru, penceramah atau pensyarah. Dr Che Razi pensyarah UIAM Gombak, sepupu bonda saya mantan pensyarah UKM Dr Zawawi Abdullah, anak kakak Dr Zuharyati dan suami Politeknik Muazzam, dan abang Dr Zuharyati penyarah Politeknik Kok Lanas, dan ramai lagi yang menjadi pendidik.

Sunday, January 10, 2016

Manis Perjuangan

Sebagai seorang pesara, masa ini seharusnya saya habiskan bersama anak dan cucu. Ramai rakan2 yang bersara sangat terhibur dengan bila dikelilingi anakdan cucu. Saya pun sama cuma saya tak cukup setakat dikelilingi anak dan cucu. Perlu juga ada rakan-rakan untuk sesi teh tarik pagi dan malam. Lebih dari itu, bia sia meningkat dan hampir keenghujung, kesihatan pun mulai menurun. Allah Maha Kuasa takdirnya kita tidak jangka. Dalam kita merasai kita hanya menunggu masa menemuiNya dalam keadaan kurang sehat...Allah memberi sinar baru dengan suntikan semnagt baru dan kesihatan bertambah baik. Alhamdulillah saya ditemukan Allah dengan produk dari MXB, sebuah syarikat yang bagus dan peroduk hebat. Impian saya untuk meneroka diluar dari pagar ank dan cucu terhasil dengan membuat satu bisnes yang santai dan efisyen. Saya bertambah sehat, duit bertambah banyak, rakan2 baru bertambah ramai...Tambah lagi setiap usaha saya berkongsi produk yang menggebirakan saya ini di kenang dan dihargai.....TQ Allah

Thursday, August 28, 2014

Jemputan expedisi berbasikal jelajah Sulawesi

Saya percaya ramai yang tidak tahu ada peserta negara dalam siri jelajah berbasikal seluruh Sulawesi yang dianjurkan oleh kerajaan Indonesial Media perdana cetak dan letronik pun tidak membuat sebarang liputan mengenai acara ini walaupun bertaraf antarabangsa. Mungkin juga bukan satu pertandingan seperti LTDL.