Saturday, September 10, 2016

Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi

BANGI, 9 SEPT: Kerajaan Selangor hari ini menyerahkan sumbangan RM4 juta untuk pembinaan Masjid Al-Umm, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada Penasihat Pembinaan Masjid Al-Umm, Datuk Dr Haron Din diiringi Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, Dr Shafie Abu Bakar di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9.
Bercakap kepada SelangorKini, Shafie berkata, masjid tiga tingkat di atas tanah seluas dua ekar itu hampir selesai pembinaannya sejak dimulakan pada 10 Disember 2013.
“Dengan sumbangan diberikan, RM2.5 juta daripadanya akan digunakan untuk menyelesaikan baki bayaran kontraktor.
“RM1 juta untuk bayar semula kepada individu yang sebelum ini bermurah hati meminjamkannya kepada kami, manakala selebihnya akan digunakan untuk pembangunan masjid,” katanya.
Beliau berkata, masjid itu dibina dengan kos hampir RM20 juta dengan RM15 juta daripadanya hasil sumbangan orang ramai.
Ia dibina dengan konsep Asia Tengah dan tempatan sementara khubah masjid diilhamkan seperti khubah Masjidil Haram di Makkah.
“Kita mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat tempatan khususnya di Bangi kerana sudi menderma bagi menjayakan pembinaan masjid ini,” katanya

No comments:

Post a Comment