Keluarga saya keluarga pendidik, majoriti nya sebagai guru, ustaz, trainer dan sebagainya.. Saya bangga dan bersyukur kepada Allah kerana dianugerah karier sebagai pendidik kerana salah satu yang disebut rasulullah, akan sentiasa beroleh pahala walaupun individu itu telah meninggal dunia, salah satunya ialah guru yang mencurahkan ilmu yang boleh dimanafaat oleh muridnya.
Saya sendiri: Trainer kepada syarikat Koporat terbesar di Malaysia
adik, cikgu Che Abdullah Hj Jusoh(UKM): Guru sekolah Menengah di Kelantan
adik, Dr. Che Razi Hj Jusoh(UIA, Phd UM): Pensyarah UIAM, Gombak
anak kakak, Zurkartini Hj Yusoff (MPIK): Guru Sekolah Rendah Pulai Chondong, Kelantan
suami Zurkartiti, Mohd Amin(UM): Guru Penolong Kanan sekolah di Tanah Merah, Kelantan
anak kakak, Hj Zaidi Hj Yusoff(UTM): Pensyarah Politeknik Kota Bharu, Kelantan
anak kakak, Ustazah Zurida Hj Yusoff(Azhar, Mesir): Guru sekolah di Balik Pulau, Pulau Pinang
suami Zurida, Ustaz Hanafi Osman(Azhar, Mesir): Guru sekolah di Baling, Kedah
anak kakak, Zuharyati Hj Yusoff(UKM): Pensyarah Politeknik Melaka, Bandar Melaka
suami Zuharyati, Rusydi(UKM, Syria): Pensyarah Politeknik Melaka, Bandar Melaka
anak abang, Rahayu Che Ghani(MPT): Guru sekolah Menengah di Klang, Selangor
suami Rahayu(MPT): Guru Sekolah Menengah di Klang, Selangor
anak abang, Haslinda Ismail(MPT): Guru sekolah di Semenyih, Selangor
sepupu emak, Prof Madya Dr Mohd Zawawi Abdullah(Azhar): bekas pensyarah UKM
sepupu emak, Rohaizan Samad(UiTM): pensyarah Politeknik Kuantan, Pahang
sepupu emak, Rohainora Samad(Azhar): guru sekolah menengah di Ulu Klang, Selangor
sepupu emak, Hamzah Samad(MPIK): guru sekolah di Pasir Mas, Kelantan
anak sepupu, Che Rashid Che Musa(UKM): guru sekolah di Kelantan (begitu juga isterinya)
dua pupu, Fauziah Ahmad(UKM): guru sekolah menengah Bandar Baru Bangi, Selangor
dua pupu, Dr Syukri Ibrahim(UIA, Phd UK): Pensyarah UPM, Selangor
dua pupu, Dr. Mohd Zairi Husin(UM): Pensyarah universiti Sabah
Lain-lain?, tiada dalam rekod peribadi...
Penaja
Saturday, June 6, 2009
Kelantan Hebat: Cat bakal menjadi isteri...
Media perdana melaporkan CAT atau Catriona Ross, bakal bernikah pada 26 Jun ini. Sebagai orang Kelantan saya berbangga dengan pencapaian Cat dari segi lakonan, hidup dan bersahaja. Menceritakan pasal bakal suaminya Cat berkata, dia tertarik dengan ciri-ciri yang dimiliki Shaharuddin yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk terus bangun daripada trauma akibat kemalangan ngeri yang dialaminya pada April 2007. Kalau anda masih ingat Cat pernah mengalami kelamalngan ngeri di lebuh raya PLUS berdekatan Seremban pada tahun itu. Kemalangan itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan fizikal yang serious. Namun hasil kegigihan beliau berubat dan sokongan keluarga termauk bakal suaminya ini, kini Cat kembali seperti dulu. Cat khabarnya akan bernikah pada 26 Jun ini di kampongnya Teluk Baru, Kota Bharu. Menurut beliau majlis persandingan nanti akan bertemakan klasik dengan kombinasi ‘east meet west’ dan warna tema hijau dan maroon kerana bapa beliau berketurunan Scottish.
Friday, May 22, 2009
Dimana A Team sekarang?
Bila di imbau zaman dulu teringat satu siri TV popular yang saya tak boleh miss, The A Team. Cerita hero bekas askar Amerika yang bertugas di Vietnam disyakki melakukan jenayah yang mereka tak buat sentiasa diburu oleh Polis Tentera. Namun disebalik sebagai pelarian mereka berpadu tenaga membentuk A Team bagiembantu mereka yang teraniaya. Senjata mereka mudah sahaja, seperti juga McGiver, menggunakan bahan-bahan terbuang atau benda-benda disekeliling sahaja.Mr. T (Sgt. Bosco "B.A." Baracus): Pelakon ini dilahirkan pada May 21, 1952, dengan trademark mohawk, rantai emas dan ungkapan lazim ialah "I pity the fool" dan takut menaiki kapal terbang. Mr. T sekarang tidak berlakun lagi bilamana siri-siri TV selain dari A Team yang beliau berlakon tidak mendapat sambutan. seperti siri "T. and T." Siri tersebut hanya bertahan 2 musim sahaja. Masaalah kesihatan kemudiannya membelenggu Mr T untuk terus aktif berlakun bila beliau di diagnosed mengidap cell lymphoma.
George Peppard (Col. John "Hannibal" Smith) Beliau aktif berlakon selain siri TV A Team. Antara filem beliau seperti "Breakfast at Tiffany's" with Audrey Hepburn, The Blue Max, The Bravos dan lain-lain. Pengenalan istimewa Goerge Peppard dalam siri ini laiah "cigar-chomping leader " dimana beliau sering meletakkan cerut dibibir bila operasi akan bermula. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1994 beliau sempat berlakon dalam siri TV Matlock.
Dwight Schultz (Capt. H.M. "Howling Mad" Murdock): Karektor gila-gila bahasa dalam A Team selalu dibuli oleh Mr T . Beliau masih berlakon terutama dalam siri movie Star dan memberkan suara dalam siri Spider-Man: Web of Shadows, FusionFall, Terminator Salvation: The Video Game dan lain-lain.
Dirk Benedict (Lt. Templeton "Faceman" Peck): Terakhir kita tidak lupa kepada hero menggoda A Team Dirk Benedict. Benedick juga berlakon sebagai Lt. Starbuck dalam Battlestar Galactica. Dalam A Team beliau berlakon sebagai Lt. Templeton "Faceman" Peck.
George Peppard (Col. John "Hannibal" Smith) Beliau aktif berlakon selain siri TV A Team. Antara filem beliau seperti "Breakfast at Tiffany's" with Audrey Hepburn, The Blue Max, The Bravos dan lain-lain. Pengenalan istimewa Goerge Peppard dalam siri ini laiah "cigar-chomping leader " dimana beliau sering meletakkan cerut dibibir bila operasi akan bermula. Sebelum meninggal dunia pada tahun 1994 beliau sempat berlakon dalam siri TV Matlock.
Dwight Schultz (Capt. H.M. "Howling Mad" Murdock): Karektor gila-gila bahasa dalam A Team selalu dibuli oleh Mr T . Beliau masih berlakon terutama dalam siri movie Star dan memberkan suara dalam siri Spider-Man: Web of Shadows, FusionFall, Terminator Salvation: The Video Game dan lain-lain.
Dirk Benedict (Lt. Templeton "Faceman" Peck): Terakhir kita tidak lupa kepada hero menggoda A Team Dirk Benedict. Benedick juga berlakon sebagai Lt. Starbuck dalam Battlestar Galactica. Dalam A Team beliau berlakon sebagai Lt. Templeton "Faceman" Peck.
Kini selepas meninggalkan A Team beliau aktif teater dah pernah berlakon dalam teater Hamlet di Abbey Theater. Selain itu Dick juga berlakon siri TV lain seperti The Commish dan Walker, Texas Ranger.
Thursday, May 21, 2009
Sultan Kelantan Darul Naim
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra is the Sultan of Kelantan, Malaysia since March 30, 1980. His father is the previous sultan, Sultan Yahya Petra and his mother is Tengku Zainab. His wife is Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.Together, the Sultan and Raja Perempuan have 4 children:
HRH Crown Prince Tengku Muhammad Faris Petra
HRH Tengku Muhammad Faiz Petra
HRH Tengku Muhammad Fakhry Petra
HRH Tengku Amalin A'Ishah Putri
Sultan Ismail Petra was born on November 11, 1949 in Kota Bharu, Kelantan. He was a son of Sultan Yahya Petra and Almarhum Raja Perempuan Zainab II Sultan Ismail's early education was at Sultan Ismail College, Kota Bharu .
Wednesday, April 22, 2009
Tahniah pasukan Piala FA Kelantan, RM30K menanti..
PEMAIN Kelantan dijanjikan habuan RM30,000 oleh kerajaan negeri sekira- nya berjaya membawa pulang Piala FA dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, hadiah yang ditawarkan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada semua pemain sekiranya menjuarai Piala FA. Menurutnya, kerajaan negeri sangat berbangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain Kelantan pada musim ini apabila berjaya mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. Menurut Abdul fatah, walaupun hadiah yang ditawarkan tidak seberapa seperti kerajaan negeri lain tetapi yang penting kerajaan Kelanyan tetap menghargai kejayaan pasukan nya.
Tuesday, April 21, 2009
Mencari BAPA - Mahamad Hassan
Nor Saparah Mahamad, 25, meminta orang ramai membantu mengesan bapanya, Mahamad Hassan, 49, bagi menjadi wali pernikahannya yang dijangka Disember depan. Nor Saparah dari Precint 11, di sini, berkata mereka sekeluarga terputus hubungan dengan bapanya yang meninggalkan rumah sejak 1991 lalu ketika mereka tinggal di Felda Jengka 22, Bandar Pusat Jengka, Pahang ketika Nor Saparah berusia lapan tahun. Ibun Nor Saparah Asmah Abu Bakar, 47. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mahamad Hassan diminta menghubungi tunangnya, Ahmad Zarimushariza Mohd Zain, di talian 017-2409249/013-4389249 atau datang ke alamat D-T4U5, Blok D, Pangsapuri Putra Damai Presint 11, Putrajaya. Mahamad meninggalkan keluarganya selepas mempunyai tiga anak iaitu Asrul Izwan, 27; Nor Saparah, 25 dan Nasrul Al-Amin, 18
Teknologi: Nokia E75
Dunia tanpa sempadan menyebabkan pengguna semakin berlumba-lumba mendapatkan maklumat di hujung jari. Kesibukan menyebabkan pengguna perlukan sesuatu yang mudah untuk berhubung selain telefon bimbit. Bagi memudahkan pengguna, Nokia E75 merupakan gajet terbaik untuk mereka yang sentiasa menggunakan e-mel.Nokia 75 didatangkan terus dengan antara muka e-mel syarikat dan perkhidmatan Nokia Messaging menjadikan e-mel mudah alih mudah, tidak serabut dan menjadi pengalaman baru kepada pengguna.
E-mel adalah pengalaman universal, bukan hanya untuk komunikasi bisnes tetapi untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat. Dengan sebab itu Nokia menawarkan penyelesaian lengkap bagi emel dengan Nokia Eseries dan perkhidmatan Nokia membenarkan pelanggan membawa tugasan dan akaun e-mel peribadi dengan mereka ke mana saja. Dengan Nokia E75, pengguna boleh menyemak e-mel termasuk fail dan HTML serta mengasingkan e-mel mengikut tarikh, penghantar dan saiz. Selain e-mel, Nokia E75 juga mempunyai keupayaan kalendar, buku telefon dan pengurusan tugas. Nokia E75 diinspirasikan dari Nokia 9300 iaitu communicator mini pertama. Pengguna Nokia 9300 gemarkan fungsi mesej dengan papan kekunci dengan papan kekunci tradisional. Inspirasi Nokia 9300 diaplikasikan pada Nokia E75 dengan mengekalkan semua bahan tetapi dipertingkatkan semua ciri dan menjadikannya lebih padat. Perkhidmatan mesej Nokia bina dalam memudahkan pengguna mengurus pelbagai akaun e-mel. Pengguna boleh menambah dan mengakses akaun Ovi Mail, Gmail, YahooMail atau Window Live Mail semuanya pada satu masa dengan mudah daripada aplikasi Nokia Messaging. Selain itu pengguna masih boleh mengakses e-mel tugas pada gajet yang sama menjadikan Nokia E75 yang membawa akaun e-mel pelbagai di mana mereka berada. Tambahan kepada perkhidmatan Nokia Messaging, ia didatangkan dengan Nokia Map lengkap dan bantuan GPS dengan lesen selama tiga bulan bagi navigasi turn-by turn dan pengalaman permainan dengan N-Gage. Ovi Files yang terdapat dalam Nokia E75 membolehkan fail penting disimpan dalam komputer boleh diurus dan dikongsi secara mudah alih walaupun komputer tidak dibuka. Nokia E75 sudah boleh dibeli di Nokia Stores di Lembah Kelang dan seluruh negara dengan harga runcit RM1,950.
Monday, April 20, 2009
Galeri Lagenda: Kelantan Hebat-Dali Omar
Siapa tidak kenal Dali Omar dalam tahun 70an, seorang pemain kebangsaan lagenda Kelantan.NAMA :Dali Omar
TARIKH LAHIR: 19.05.1946
POSISI: Penyerang
Kahwin: (6 anak)
ALAMAT SEKARANG:Lowanna, New South Wales
PENDIDIKAN:Sek. Men. King George V, Seremban
SEMASA KECILNYA(1946~1952)
Dali Omar dilahirkan di Bertam Baru Kuala Krai kira-kira 270km dari bandar Kota Bharu pada 19hb. Mei 1946. Dia mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Rashid dan Hazimah. Bapanya bernama Yaakob manakala ibunya bernama Fatimah. Ketika usia Dali baru mencecah hampir dua tahun, ibunya Fatimah meninggal dunia. Sejak itu nenek saudaranya, Kalsom dan datuk saudaranya Syed Omar membelanya. Oleh kerana nenek saudaranya sudah tiada susu lagi, Dali disusukan oleh emak saudaranya yang Dali namakan sebagai Sah iaitu kakak kepada ibu kandung Dali. Dalam masa yang sama Sah juga menyusukan Kamalruzzaman (Kamal). Kemudian emak saudaranya melahirkan Rohani (Kak Ani) atau adik kepada Kamal. Jadi tidak hairanlah ketiga-tiganya mempunyai ikatan perhubungan yang amat kuat.
ALAM REMAJA (1953~1961)
Tahun 1953, Dali disekolahkan oleh bapa angkatnya Omar di Sekolah Kebangsaan Kubang Garong, Kota Bharu. Bila umurnya 10 tahun, Syed Omar ditukarkan ke penjara Seremban dan Dali serta ibu angkatnya turut berpindah ke sana. Disana Dali menyambung pelajaran di Sekolah Kebangsaan Padang Jail. Ketika itu Dali mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan Bolasepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Tamat darjah enam, Dali menyambung pelajaran di Sekolah King George The V Seremban dari tingkatan satu hingga tiga. Dalam masa yang sama Dali mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM, Piala Rahman dan Piala Burnley (Piala Razak). Tahun 1962 Dali menduduki peperiksaan LCE tapi beliau gagal menyambung pelajaran ke tingkatan empat. Sejak itu minatnya terhadap pelajaran mula menurun dan minatnya terhadap bolasepak semakin mendalam lalu dia mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Bharu di rumah emak saudaranya, Sah.
ALAM PERKAHWINAN(1962~1963)
Penghujung 1962, atas tawaran Pengurus pasukan Kelantan ketika itu iaitu Dato' Dr. Aziz, Dali mula menyarung jersi senior Kelantan dalam usia semuda 16 tahun. Diawal pembabitannya bersama skuad utama, Dali sudahpun menunjukkan potensinya dalam bolasepak apabila mempamerkan kehebatannya sehingga berjaya memikat pengurusan remaja Malaysia lantas memanggil beliau menyertai Kejohanan Remaja Asia di Saigon, Vietnam pada tahun 1963. Di sana Malaysia muncul juara sementara Dali dianugerahkan penjaring terbanyak kejohanan yang disertai oleh 14 negara Asia termasuk gergasi bolasepak sekarang seperti Korea Selatan, Jepun, China dan Thailand. Penghujung musim 1963, Dali ditawarkan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan memegang jawatan sebagai Military Police (MP) bagaimanapun banyak masanya dihabiskan di padang bola. Seiring kelincahannya di padang, kisah cinta Dali tidak kurang hebatnya apabila dia bertemu pasangan pertamanya Hasnah di Kuala Lumpur dan terus mendirikan rumahtangga pada 31 September 1963.
ALAM KELUARGA(1964~1967)
Mengenai keluarganya, tahun 1964 anak sulungnya Dalini dilahirkan. Namun jodohnya dengan isteri pertamanya tidak panjang apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 1965. Dali Omar kekal bersama Angkatan Tentera Malaysia sehingga 1966 dan di tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Walaupun tewas kepada Selangor 0-1 namun Dali muncul sebagai penjaring terbanyak tahun tersebut. Dan kejayaanya itu berjaya memikat pengurusan pasukan kebangsaan lalu beliau ditawarkan untuk bermain dengan pasukan negara dalam kejohanan Piala Merdeka (Pestabola Merdeka). Tahun 1967 Dali kembali ke Kelantan dalam kejohanan Piala Malaysia dan sekali lagi diberi peluang menyertai Malaysia dalam kejohanan Piala Merdeka.
ISTERI KEDUA (1968~1971)
Tahun 1968 Dali Omar menyertai latihan rekrut di Port Dickson dan di tahun ini juga dia mendirikan rumahtangga buat kali kedua; Roziah. Pertemuan bermula juga di Kuala Lumpur biarpun kedua-duanya berasal dari Kelantan. Tahun berikutnya anak pertama dari isteri keduanya dilahirkan, Daliza. Tahun 1970 merupakan detik penting dalam hidupnya apabila berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0-2 kepada Perak. Dalam saingan separuh akhir Dali menjaringkan dua gol ketika Kelantan seri 2-2 di Singapura dan beliau menjaringkan empat gol ketika Kelantan membelasah Singapura 8-0 di Kota Bharu. Tahun 1970 juga Intan Baizura dilahirkan. Tahun 1971 Dali sekali lagi menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan 21 daripada 28 gol keseluruhan Kelantan musim itu. Lebih dari itu, anak lelaki dari isteri keduanya juga muncul, Dino. Reputasi baiknya dalam Liga berjaya memikat beberapa kelab Eropah untuk memikatnya.
PEMAIN SEMI PRO (1972~1974)
1972 Dali dengan resminya menjadi pemain Malaysia pertama berkasi ke luar negara dan beliau memilih kelab Azzuri Australia. Semasa di Perth beliau telah menjdi pemain semi pro kelab itu dan menerima mendapat kemudahan rumah, kereta serta elaun setiap perlawanan di samping gaji sebanyak A$556 seminggu, jumlah yang cukup lumayan baginya ketika itu.
JURULATIH (1974)
Tahun 1974 Dali mendapat tawaran dari kelab Olimpik Kingsway sebagai jurulatih dengan gaji A$40,000 setiap tiga bulan.
Petikan> http://www.stormpages.com
Sunday, April 19, 2009
Kelantan akhirnya ke FINAL
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menyaksikan Kelantan mencatat sejarah tersendiri selepas menempah tempat ke perlawanan akhir melawan Selangor. Skuad Wira Merah itu menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan untuk mejadikan agregat 2-2. Kelantan mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Pada aksi pertama di Kota Bharu minggu lalu, Kelantan tewas 0-1. Begitupun, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Asyraf Al-Japri yang menyudahkan hantaran Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit kelima.
Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Mohammad pada minit ke-48 sebelum Indra Putra Mahayuddin meledak gol kemenangan pada minit ke-52 sekali gus mengesahkan tempat mereka ke akhir pada 25 April ini.
...Anak saya penyokong totok 3 negeri:
Kelantan negeri ayah,
Negeri Sembilan negeri Umi dan
Selangor negeri saya"
Namun, Kelantan bangkit pada babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Mohammad pada minit ke-48 sebelum Indra Putra Mahayuddin meledak gol kemenangan pada minit ke-52 sekali gus mengesahkan tempat mereka ke akhir pada 25 April ini.
...Anak saya penyokong totok 3 negeri:
Kelantan negeri ayah,
Negeri Sembilan negeri Umi dan
Selangor negeri saya"
Ingat..penghibur juga tetap tertakluk kepada hukum syarak
Foto ini bukan superimpose, real foto yang dipetik dari Berita KOSMO. Semua akui Malam Anugerah Bintang Popular (ABP) di Genting Highlands minggu lalu memang grand, apalagi event itu di adakan dilokasi tersohor dengan Bukit Judi. Lebih menambahkan dosa bila menonton persembahan seorang penyanyi yang rasanya macam sengaja menunjukkan keseksiannya. Pada malam itu, beliau memakai gaun pendek merah jambu nampak manis, menawan tapi bila dijulang oleh para penari beberapa kali maka terselaklah dan ternampaklah seluar dalamnya. Sebenarnya beliau boleh beraksi begitu dengan lebih sopan misalnya memakai legging atau sarung kaki berwarna atau lebih praktikal memakai seluar tetapi masih kelihatan funky. Kata wartawan KOSMO taklah kami semua sakit jantung lihat adegan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)