Penaja

Monday, May 28, 2018

Menghampiri nisfu Ramadhan

Ramadhan semakin laju perjalanannya, sudah menghampiri separuh perjalanan. Hari ini singgah di stesen ke 12....entah dapat ramai penumpang atau tidak. Keberkatan Ramadhan sangat rugi dibiarkan berlalu dengan sedikit pengisian, kerana hanya dibulan ini markah diberi berganda. Hanya mereka yang menyedari, memahami, melakukan sungguh sungguh kebajikan dan amalan wajib dan sunat akan mendapat keberkatan dan pahala yang banyak.

Menghampiri setengah perjalanan juga bermakna menghampiri lailatulQadar, malam hadiah berganda dari Allah. berganda sekurang-kurangnya 1ribu kali ganda bahkan lebih dari itu. Salam sehingga terbit fajar. Terpenting dengan tamatnya bulan Ramadhan sijil yang sangat beharga ialah TATTAQUN

No comments:

Post a Comment