1. HONDA EX-5
Seperti Yamaha Lagenda tadi, tidak dapat dipastikan asal
maksud abjad EX, tetapi nombor 5 di hujung boleh ditafsirkan sebagai varian
Honda Cub kelima selepas unit awal C100, disusuli C50, C70, C90 dan C100EX yang
juga dikenali sebagai EX5 untuk pasaran Malaysia.Walaupun tanpa maksud
signifikan, penggunaan abjad EX yang sinonim dengan awalan perkataan 'extreme'
dan sebutan 'ee-ex-five' sangat mudah disebut, dan juga sedap didengar, sekali
gus menjadikan nama EX-5 kekal relevan hingga hari ini.
2. MODENAS KRISS
Diilhamkan daripada senjata seni bela diri
nusantara. Selain mudah disebut, penggunaan nama Kriss bagi moped praktikal
keluaran Modenas dengan jelas dapat menggambarkan status syarikat itu sebagai
pengeluar motosikal nasional. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat
patriotisme pemiliknya
3. SUZUKI PANTHER
Alamilah kehebatan Panther, pecutannya umpama seekor haiwan
liar yang tangkas untuk membolehkannya mencabar setiap saingan."
Ayat di atas yang dipetik daripada risalah
promosi Suzuki Panther itu tepat sekali menggambarkan kehebatan jentera
2-lejang 150cc tersebut yang dikatakan mudah menghambat pesaing terdekatnya
ketika itu, Yamaha RX-Z. Ironinya jentera Yamaha itu pula yang jadi idola
remaja dulu dan sekarang
4. YAMAHA LAGENDA
Tidak diketahui dari manakah asal ilham nama moped 100-115cc
4-lejang Yamaha ini? Apa yang pasti, penggunaan nama Lagenda sedikit sebanyak
melonjakkan imej moped 4-lejang Yamaha bersesaran rendah itu setanding moped
pesaing yang bersesaran lebih tinggi seperti Honda Wave 125
5. YAMAHA 135LC
Diilhamkan daripada singkatan 'Liquid Coolant', yakni
teknologi asing dalam segmen moped ketika motosikal itu dilancarkan dengan
sesaran enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Yamaha Malaysia lebih minat
berterus terang mengenai kehebatan dan keunikan jentera mereka berbanding
cawangan Yamaha di negara serantau seperti Indonesia dan Vietnam yang
masing-masing menggunakan nama-nama pelik seperti Yamaha Jupiter MX dan Yamaha
Sniper.
(ketahui lanjut berkenaan motorsikal di link: https://pandulaju.com.my/
No comments:
Post a Comment