Penaja

Thursday, September 24, 2009

Corrie Lee jalani kehidupan muslim sejati

Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007, menjalani ibadah puasa dan berhari raya berseorangan, dia menangis kerana tiada siapa menemaninya pada hari umat Islam meraikan detik kemenangan ini. Selepas beraya di rumah emak angkatnya, Fauziah Nawi terasa gembira sedikit dan Itulah rumah pertama dan terakhir beliau beraya tahun lalu. Selepas itu, Corrie hanya habiskan raya pertama duduk di rumah. Namun tahun ini sangat berbeza, beliau berpuasa dan berhari raya bersama isterinya Fazima. Bangun sahur ada yang kejutkan dan Fazima selalu tanya saya hendak makan apa. Kehidupan mereka berdua sangat ringkas dan seadanya saja. Yang penting sudah ada orang yang mengambil berat dan menenangkan hati saya di kala kerunsingan. menimbas zaman kecilnya pun dia mempunyai ramai kawan Melayu dan telah biasa belajar berpuasa bagi menghormati rakan Muslim yang berpuasa. Biasanya Corrie berpuasa pada hari pertama dan terakhir tetapi ada juga berpuasa pertengahan Ramadan. Corrie berazam menjadi Muslimin sejati yang taat kepada suruhan Allah Yang Esa. Menjadi kemestian saya bersolat jemaah dengan isteri walaupun kami berada di lokasi penggambaran. Rasa lebih tenang dapat beribadah dengan isteri. Corrie aktif berlakon sebelum menjadi koreografer untuk AF2 dan AF4 lagi tetapi ketika itu kurang dikenali ramai. Selepas muncul dalam AF, barulah orang tahu siapa Corrie Lee. Selepas itu, banyak juga dapat tawaran berlakon drama dan filem.

No comments:

Post a Comment