Penaja
Saturday, September 26, 2009
TM dan KRU bergabung dalam Jin Notti
Sinopsis
Notti merupakan seorang gadis jin yang sangat baik, lembut dan jujur, yang berusia 117 tahun. Dia di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang nakal. Notti memasuki tiga tubuh manusia yang mempunyai sifat yang berbeza.
1. Ruby – seorang gadis remaja punk dari keluarga berpecah belah yang nakal dan liar
2. Y’vonne – seorang perempuan berbangsa Tiong Hua dan teman wanita kepada sebuah kongsi gelap yang membuat aktiviti menjual VCD cetak rompak, memeras ugut dan meminta wang perlindungan
3. Sharifah – seorang peguam sofistikated yang sering membela penjenayahSetiap kenakalan yang dilakukan oleh Notti harus melepasi skala kenakalan yang dipakaikan dipergelangan tangannya. Notti ditemani oleh peguamnya Jinbara sepanjang dia menjalani hukuman di dunia manusia sebagai penasihat untuk terus melakukan kenakalan. Namun, sepanjang perjalanan hukumannya, Notti mula jatuh cinta pada seorang lelaki yang dijumpai di tiga tempat yang berbeza iaitu Aziz. Dapatkah Notti bersama cinta sejatinya iaitu Aziz dan mencari hala tuju hidupnya sendiri?‘Jin Notti’ turut menampilkan Bob Lokman sebagai Jin Samsu, Adibah Noor sebagai Sofea Jin, Acappan sebagai Jingam, Hafidzuddin Fazli sebagai Nesti, Corie sebagai Taiko, Sazzy Falak sebagai Zulu, Sheila Mambo sebagai Ibu Zulu, Betty Benafe sebagai peguam bela dan David Teo sebagai ketua kongsi gelap (gua.com)
Friday, September 25, 2009
Fredo Flybits akhirnya dikurniakan hidayah
Fredo kini membuat persembahan di kelab Goldhill, Bandar Manjalara. Selepas bergerak sendirian, dia berjaya menghasilkan empat album solo.
Mengenai pertukaran agamanya, Fredo bersyukur kerana Allah memberi petunjuk kepadanya untuk memeluk agama Islam pada 1996. "Sayu rasa hati setiap kali mengingatkan pengalaman memeluk agama Allah itu. Selama beberapa tahun, Suzy mengajar saya berpuasa. Dia juga bertanggungjawab membawa saya memeluk Islam di Kota Bharu dan kami berkahwin pada 23 Julai 1996 selepas 10 tahun bercinta. "Saya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketika itu, saya tidak tahu beliau boleh bertutur bahasa Arab, Inggeris, Tamil dan Urdu. Beliau bertanya dalam bahasa Inggeris, adakah saya mahu tinggal bersamanya? "Beliau bersungguh-sungguh hendak mengajar mengenai Islam tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaannya kerana bertugas di Kuala Lumpur," katanya.Hasil perkahwinan Fredo dan Suzy, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Danny Mohd Amani, enam tahun setengah. "Saya jatuh cinta dengan Suzy selepas dia membuat permintaan lagu, Rinduku Meneruskan Percintaan di atas wang kertas pokok pisang sewaktu saya membuat persembahan di Ampang Park (Spring Park) pada 1986."Hidup saya begitu indah sekarang. Rutin hari raya pertama, ziarah bapa mentua (Mustapha) di Subang Jaya dan nenek Suzy, Rahimah Alias di Shah Alam. Kemudian kami akan menziarahi pusara arwah anak sulung kami, Adam di Pulau Pinang yang meninggal dunia pada 1999," katanya (Petikan Harian Metro)
Thursday, September 24, 2009
Corrie Lee jalani kehidupan muslim sejati
Thursday, September 17, 2009
Hobi pelik
>Johnny Depp (pelakon): membeli rangka burung merpati, juga turut mengumpul serangga dan kelawar dan membelanjakan RM58,000 untuk membeli baju hujan milik penulis terkenal, Jack Kerouac
>Demi Moore (pelakon): gemar mengumpul anak patung porselin dan antik, memiliki satu rumah khas untuk menyimpan koleksi anak patungnya,
>Quentin Tarantino (pengarah filem): gemar mengumpul pelbagai jenis papan permainan yang berkaitan dengan siri televisyen seperti I Dream of Jeannie (1965), The Dukes of Hazzard (1979) dan The A-Team (1983).
>Nicole Kidman (pelakon): suka mengumpul wang syiling dan memiliki koleksi syiling zaman Judean
> Tom Hanks (pelakon): memiliki koleksi mesin taip dan beliau terlalu gilakan hobinya hingga sanggup membelanjakan wang besar untuk membawa mesin taip antik dari seluruh dunia ke kediamannya.
> Angelina Jolie(pelakon): memiliki koleksi pisau antik.
> Michael Jackson (penyanyi): memiliki koleksi alat muzik Mesir dan juga kereta kuda. Namun barangan peribadinya kini menjadi koleksi ramai. Baru-baru ini sarung tangan yang pernah dibalingnya kepada penonton konsert dijual lebih dengan harga RM145,000.
> Claudia Schiffer (Supermodel): tertarik kepada serangga dan beliau sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli lukisan dan juga serangga yang dikeringkan dan digantung di dinding rumahnya.
> Kiefer Sutherland (pelakon TV): memiliki koleksi 28 gitar baru dan klasik Gibson yang disimpan di studio rakaman miliknya untuk menjadi sumber inspirasi kepada kumpulan baru.
Galeri Lagenda: Ibrahim Pendek
Sewaktu bekerja di situ, beliau tinggal serumah dengan seniman S. Sudarmaji dan bermula ketika itulah beliau telah mendapat peluang berlakon dalam beberapa buah filem sebagai pelakon tambahan.Ini berterusan sehinggalah beliau mendapat peluang lebih besar berlakon di dalam filem 'Panggilan Pulau' dengan memegang watak 'Ramli' bersama P. Ramlee, S. Kadarisman dan Normadiah pada tahun 1954. Selepas itu, kerjaya lakonan beliau terus berkembang dan sesuai dengan karektor beliau yang kelakar, beliau telah diberi peluang berlakon di dalam beberapa buah filem lain, antaranya seperti 'Anakku Sazali', 'Kipas Hikmat', 'Pusaka Pontianak', 'Siti Muslihat' dan beberapa filem di bawah arahan P. Ramlee seperti 'Ali Baba Bujang Lapok' dan 'Nasib Labu-Labi'.
Sewaktu berlakon dalam filem 'Ali Baba Bujang Lapok', pihak Universal International, Hollywood, yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan lakonan beliau dalam filem tersebut.Dari saat itulah pihak Universal International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood.Bermula detik indah itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem 'The Spiral Road' pada tahun 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem-filem keluarannya. Salah satu adegan lakonan Ibrahim Pendek dalam filem Hollywood 'The Spiral Road' sekaligus mencipta sejarah menjadi pelakon Melayu pertama berlakon di Hollywood. Tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.
Setelah tertutupnya Studio Jalan Ampas di Singapura beliau meneruskan kerjaya beliau di Kuala Lumpur dan berlakon di dalam beberapa buah filem lagi antaranya 'Keluarga Si Comat', 'Penyamun Tarbus', 'Setinggan' dan 'Serampang Tiga'. Filem terakhir beliau adalah 'XX Ray' arahan Aziz M. Osman pada tahun 1992. Selepas lama menyepi dari dunia lakonan, beliau banyak menghabiskan masa dengan perniagaan menjual makanan di sekitar tempat tinggalnya di Cheras, Kuala Lumpur. Para pengunjung gemar membeli Nasi Lemak yang dijual oleh beliau. Walaupun banyak menerima tawaran berlakon, beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kesihatan beliau yang tidak mengizinkan dan beliau bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.
Bagaimanapun, beliau sempat menghabiskan sebuah telemovie (VCD) dan ia juga merupakan lakonan terakhir beliau bertajuk 'Selamat Hari Jadi Abah'.Antara filem-filem yang pernah dibintanginya adalah 'Panggilan Pulau', 'Kipas Hikmat', 'Anakku Sazali', 'Ali Baba Bujang Lapok', 'The Spiral Road', 'Siti Muslihat', 'Nasib Do Re Mi', 'Pusaka Pontianak', 'Raja Bersiong', 'Keluarga Si Comat', 'Penyamun Tarbus', 'Setinggan', 'Da Di Du', 'Serampang Tiga Mata', 'Sikit Punya Gila' dan 'XX-Ray'.
Bagaimanapun, beliau telah mengembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 71 tahun pada 25 November, 2003 pada pukul 9 pagi ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri, selepas menjalani pembedahan di bahgian perut di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu akibat penyakit buah pinggang, paru-paru berair dan sesak nafas.Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.
sumber: MStar
Galeri lagenda: Mokhtar Dahari
Kebanyakan generasi muda sekarang tidak berpeluang menyaksikan aksi 'SuperMokh' di atas padang. Datuk Mokhtar Dahari atau 'SuperMokh' adalah lagenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berasal dari Selangor.
Datuk Mokhtar Dahari.
Gelaran 'SuperMokh' yang diterimanya itu juga adalah kerana kehebatannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Beliau juga telah mewakili Malaysia selama 13 tahun iaitu dari 1972 hingga 1985.
Mokhtar telah dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Kuala Lumpur, hasil perkahwinan Dahari Abeng dan Maimon Sadikin. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970).
Ketika beliau berusia 15 tahun, Mokhtar telah dihadiahkan sepasang but bola yang hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE pada ketika itu.
Beliau amat menghargai pemberian itu sambil berkata: "Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."
Dengan kasut itulah beliau menempa nama sebaris dengan wira-wira bola sepak negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mula mewakili pasukan Selangor dalam saingan Piala Burnley. Beliau juga pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco dan Kwong Yik Bank.
Beliau telah berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina. Salah seorang anaknya, Mohamad Redza, juga mengikuti jejak langkah ayahnya apabila pernah mewakili negeri Selangor.
Mokhtar merupakan pemain yang memiliki bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang beliau mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar yang lebih terkenal dengan jolokan 'SuperMokh' diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki 'SuperMokh' banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari bekas penjaga gol negara, mendiang R. Arumugam, pernah patah ketika cuba menampannya. Malah penyerang ternama negara ini juga bijak dalam membaca gerakan lawan dan meloloskan diri dari kawalan pertahanan pihak lawan.
Mokhtar telah membuat penampilan di padang bola sebanyak 167 kaps (penampilan), menjaringkan 117 gol dalam saingan Piala Malaysia dan 125 gol antarabangsa.
Mokhtar Dahari menjulang Piala Malaysia pada tahun 1979 setelah berjaya menewaskan Singapura.
Mokhtar merupakan seorang pemain yang sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia tidak pernah jemu berlatih sehingga sudah sebati dengan dirinya.
Ketika berada dalam skuad kebangsaan, Mokhtar masih gigih berlatih apabila gemar mengawal bola sambil mengelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Malah beliau juga tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan beliau seorang idola paling diminati.
Perjalanan karier 'SuperMokh'
Karier Mokhtar sebagai pemain bola sepak bermula pada 1970 di mana ketika itu beliau telah terpilih untuk mewakili Selangor ke pertandingan bola sepak bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Turut bermain bersamanya ketika itu adalah Santokh Singh dan Reduan Abdullah.
Mokhtar yang juga dikenali dengan gelaran 'SuperMokh' merupakan penyerang yang amat berbahaya apabila melepaskan rembatan.
Pada tahun 1971, Mokhtar telah mewakili Selangor dalam pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak) di Kuching Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
Pada tahun 1972, buat pertama kalinya beliau beraksi untuk pasukan utama Selangor dalam perlawanan persahabatan menentang kelab Hitachi dari Jepun pada Februari. Pada bulan April beliau turun dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pertama dalam kariernya menentang Perak dan bermain di posisi sayap kiri.
Beliau menjaringkan gol pada minit ke-29 hasil umpanan Rahim Abdullah untuk membantu Selangor menang 3-0. Dalam tahun yang sama, beliau telah mewakili Malaysia buat pertama kalinya dalam Piala Jakartaraya (Piala Kemerdekaan Jakarta) pada bulan Jun.
Mokhtar juga telah bermain bersama skuad Malaysia di pra Piala Dunia di Seoul pada tahun 1973. Beliau juga telah bermain dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka menentang Kuwait dan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-1. Mokhtar juga telah membantu Selangor mengekalkan Piala Malaysia dengan menewaskan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir.
Pada tahun 1974, Mokhtar telah mencipta rekod peribadinya sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol sekaligus ketika menentang Filipina di Sukan Asia di Tehran, Iran sekaligus membantu negara memenangi pingat gangsa.
Karier Mokhtar memuncak pada tahun 1975 apabila beliau mewakili pasukan Malaysia menentang pasukan gergasi England, Arsenal F.C. Dalam perlawanan tersebut Malaysia telah menewaskan Arsenal 2-0 di mana kedua-dua gol tersebut dijaringkan oleh Mokhtar. Selepas perlawanan itu, Mokhtar khabarkannya telah menerima tawaran dari pasukan Arsenal untuk bermain dengan mereka.
Mokhtar terus mempamerkan kehebatannya apabila menjaringkan dua gol untuk membantu Selangor menewaskan Singapura 3-0 dan sekali gus muncul sebagai juara Piala Malaysia bagi kali ke-19. Malah beliau telah mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka. Mokhtar juga telah mendapat kecederaan lutut ketika mewakili PKNS menentang Pemuda Umno di peringkat suku akhir Piala FAM. Beliau terpaksa menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti.
Pada tahun 1977, setelah pulih daripada kecederaan lutut beliau kembali beraksi mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor. Beliau juga membantu Selangor mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia.
Lebih membanggakan, beliau telah menjaringkan satu gol ketika Malaysia menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir untuk pingat emas Sukan Sea pertama beliau. Mokhtar telah menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976 di atas kejayaannya itu.
Bagaimanapun, aksi 'SuperMokh' yang tidak dapat dilupakan oleh para peminatnya ialah apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England B yang pada ketika itu di bawah bimbingan Bobby Robson pada tahun 1978. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-1.
Jersi asal pemain lagenda, Mokhtar Dahari (10) dipamerkan di Riveira Sports Bar. - foto THE STAR oleh MOHD SAHAR MISNI
Pada tahun yang sama juga, beliau telah memenangi Piala FAM pertamanya bersama PKNS malah turut membantu Selangor bangkit dari ketinggalan 2-0 kepada Singapura untuk menang 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pada tahun 1979, Mokhtar buat pertama kalinya mengetuai barisan Selangor selepas mengambil alih jawatan ketua pasukan daripada Soh Chin Aun lalu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas Singapura. Buat pertama kali juga, rentangan sepanduk tertulis 'Super Mokhtar' gelaran yang kekal hingga kini, terpampang di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, Mokhtar telah membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak antarabangsa pada tahun yang sama.
Tetapi, pada tahun berikutnya Mokhtar menarik balik keputusan persaraan antarabangsa untuk beraksi di Pestabola Merdeka di mana Malaysia muncul naib johan selepas tewas kepada Maghribi dalam perlawanan akhir.
Pada tahun 1981, Mokhtar telah menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia. Kad merah tersebut dilayangkan oleh pengadil Othman Omar. Kegagalan Malaysia di pertandingan pra Piala Dunia di Kuwait mendorong Mokhtar mengumumkan persaraannya pada peringkat antarabangsa buat kali kedua.
Mokhtar telah mengetuai pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai oleh Diego Maradona dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1982. Selangor tewas 2-1.
Pada tahun 1985, Mokhtar kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan di mana Malaysia tewas 2-0 dan beliau mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa untuk kali ketiga dan terakhir.
Timbalan Menteri Kebudayaan Bulgaria, Ivan Tokadjien teruja melihat lukisan wajah lagenda pemain bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari, ketika melawat ke Galeri Seni Negara, Kuala Lumpur. - foto BERNAMA
Pun begitu, beliau masih meneruskan kariernya dalam pertandingan domestik. Ketika bermain bersama Selangor pada tahun 1986, beliau telah membantu Selangor menjadi juara Piala Malaysia menewaskan Johor 6-1 pada perlawanan akhir. Beliau juga telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir tersebut. Mokhtar akhirnya mengumumkan persaraannya dari bola sepak peringkat negeri dan menghadiahkan jersi nombor 10 miliknya kepada Raja Muda Selangor.
Tetapi, seperti masa-masa yang lalu dan atas desakan peminat, Mokhtar menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi. Pada tahun 1988, Mokhtar telah bersara dari bola sepak peringkat negeri dan menyertai Kwong Yik bank, kehadirannya membawa kelab itu menjadi juara Liga Dunhill Selangor.
Mokhtar disahkan menghidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989 dan berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut, namun pulang ke Malaysia tanpa sebarang perubahan.
Pada hari Khamis, 11 Julai 1991, Mokhtar Dahari telah meninggal dunia pada jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya, akibat penyakit yang dihidapinya itu.
Sumber: MStar
Sunday, September 13, 2009
Menghitung langkah yang tepat
Saturday, September 12, 2009
Galeri Lagenda - Lata Mangeshkar Asha Bosle
Lata memulakan karier pada tahun 1942, dan telah menyanyi untuk lebih dari 980 judul film Bollywood. Walaupun sebagian besar lagu yang dibawakannya berbahasa Hindi, Lata dapat menyanyi dalam 20 bahasa daerah di India. Lata adalah puteri sulung dari 5 bersaudara yang semuanya penyanyi. Asha Bhosle adalah salah seorang adiknya yang sukses sebagai penyanyi, selain adik laki-laki bernama Hridayanath Mangeshkar dan dua bersaudara Usha Mangeshkar-Meena Mangeshkar. Pada bulan March 2001, Lata Mangeshkar menerima Penghargaan Bharat Ratna yang merupakan penghargaan tertinggi bagi warga India. Malah Guinness Book of World Records memasukkan namanya dari tahun 1974 hingga 1991 sebagai penyanyi yang memiliki jumlah rekaman terbanyak di dunia.
Mangeshkar telah merekam lebih dari 25,000 lagu yang dibawakannya secara solo atau duet dalam 20 bahasa di India antara tahun 1948 dan 1974, 30,000 judul lagu antara 1948 dan 1987, menurut Guinness Book edisi tahun 1987. Walapun beberapa sumber rujukan mendukung angka total lagu yang pernah dibawakannya, sejumlah sumber justru mengklaim Asha Bhosle, adiknya sebagai penyanyi playback dengan jumlah lagu terbanyak di dunia.
Dalam tempoh 64 tahun, anak kelahiran Goa, India itu sudah merakamkan hampir 10,000 lagu Hindi (tidak termasuk bahasa lain) dan selayaknya dimasukkan dalam Guiness Book of World Records.
Daripada filem terawal seperti Kiti Hasaal dan Badi Maa, suara Lata terus menghiasi filem Bollywood terbitan tahun ini, Rang De Basanti lakonan Aamir Khan yang dilaporkan menerima pencalonan untuk Golden Globe Awards, kali ini.
Sepanjang tempoh itu juga, Lata sudah meminjamkan vokalnya untuk puluhan aktres terkenal India seperti Nutan, Dimple Kapadia, Hema Malini, Saira Banu, Asha Parekh, Sharmila Tagore, Mumtaz, Sridevi, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Kajol hinggalah Kareena Kapoor.
MENYINGKAP KISAH ASHA BHOSLE
Asha Bhosle dilahirkan di Sangli pada 8 September 1933 dan berusia 75 tahun. Asha adalah penyanyi wanita India yang dikenal sebagai penyanyi playback dalam film Bollywood.
Karier sebagai penyanyi profesional dimulai sejak berusia 11 tahun pada tahun 1943. Lagu pertamanya adalah "Chala chala navabala" untuk film bahasa Marathi, Mazhe Bal yang dinyanyikan bersama adik laki-laki dan saudara perempuannya. Lata Mangeshkar adalah kakak kandung Asha. Asha Bhosle adalah penyanyi serba boleh. Selain menyanyikan musik film, ia juga menyanyikan lagu berirama pop, ghazal, bhajan, musik tradisional India, lagu daerah, qawwali, Rabindra Sangeet, dan Nazrul Geeti.
Dia telah bernyanyi dalam hampir semua bahasa yang ada di India, dan juga bahasa Inggeris. Pada ulang tahunnya yang ke-60, Asha Bhosle menerbitkan buku berisi daftar lagu yang pernah dirakamnya.
Semuanya ada 10.700 lagu berbahasa Hindi, namun penerbit tidak bisa memperoleh data lagu-lagu dalam bahasa lain yang pernah dinyanyikannya. Dalam wawancara, Bhosle sendiri mengaku telah menyanyikan sekitar 12.000 judul lagu. Walaupun demikian, sumber-sumber lain meragukan catatan rekor Guinness Book, dan menyatakan Bhosle lebih banyak merakam lagu daripada Mangeshkar. Bhosle sendiri mendakwa telah merekam lebih banyak lagu dibandingkan penyanyi lain di dunia, sejumlah 12.000 lagu.
LATAR BELAKANG ASHA BHOSLE
Asha dilahirkan di Goar, sebuah desa kecil di Sangli, Maharashtra. Kedua orang tuanya adalah orang Marathi yang menggemari musik. Ayahnya bernama Deenanath Mangeshkar, seorang penyanyi klasik dan aktor kelahiran desa Mangeshi di Goa.
Ketika Asha berusia 9 tahun, ayahnya meninggal dunia. Keluarganya pindah dari Pune ke Kolhapur, sebelum akhirnya menetap di Bombay. Asha dan kakak sulungnya, Lata Mangeshkar mulai menyanyi dan main film untuk menghidupi keluarga.
Lagu film yang pertama dibawakan Asha Bhosle adalah Chala chala nav bala untuk film berbahasa Marathi berjudul Majha Bal (1943). Datta Dawjekar adalah komponis untuk film tersebut. Karier sebagai penyanyi film Hindi dimulai dari lagu Saawan aaya untuk film produksi tahun 1948, Chunaria karya Hansraj Behl.
Asha menikah pada usia muda, 14 tahun. Dia telah berkahwin lari bersama Ganpatrao Bhosle yang saat itu berusia 31 tahun. Ganpatrao adalah sekretari pribadi Lata Mangeshkar. Asha memulai karier menyanyi dalam film Chunaria berkat dorongan suami. Bhosle selanjutnya mendapat dua lagu untuk film Raat Ki Rani (1949). Pernikahannya ternyata tidak berumur panjang. Setelah berpisah dengan suami, Asha sendirian mengasuh dua anak sambil mengandung anak ketiga bernama Anand.
Sebagai sumber nafkah, Asha meneruskan kariernya sebagai penyanyi playback. Lagu-lagu untuk peran utama wanita dalam film-film besar waktu itu didominasi oleh penyanyi playback seperti Geeta Dutt, Amirbai, Shamshad Begum, Zohrabai Ambalewali, dan kakak Asha sendiri, Lata Mangeshkar. Ketika penyanyi playback ternama tidak mahu menyanyikannya, lagu-lagu itu baru menjadi bagian Asha Bhosle, misalnya lagu-lagu untuk peran wanita nakal di filem, dan lagu-lagu untuk filem kelas dua. Pada tahun 1950-an, Asha Bhosle sudah menjadi penyanyi playback yang paling banyak menyanyikan lagu di Bollywood, walaupun sebagian di antaranya untuk film kelas B dan C yang diproduksi dengan biaya murah. A. R. Qureshi(Alla Rakha Khan), Sajjad Hussain, dan Ghulam Mohammed adalah pencipta dari lagu-lagu yang dibawakannya waktu itu, dan sebagian besar di antaranya tidak ada yang sukses.
Nama Asha Bhosle mulai menjulang naik setelah bernyanyi untuk film Sangdil (1952) yang dibintangi Dilip Kumar. Pencipta lagunya waktu itu, Sajjad Hussain. Selanjutnya, sutradara Bimal Roy memberinya kesempatan untuk bernyanyi dalam film Parineeta (1953). Lagu "Gore gore haathon mein" dari film Parineeta (1953) adalah lagu hit pertama untuk Bhosle. Raj Kapoor memintanya untuk berduet bersama Mohammed Rafi dalam Nanhe Munne Bachche untuk film Boot Polish (1954).
Pada tahun 1956, komponis O. P. Nayyar memberinya kesempatan bernyanyi dalam C.I.D. (1956) yang diproduksi oleh Guru Dutt. Bhosle masuk dalam deretan penyanyi sukses setelah membawakan lagu yang diciptakan O. P. Nayyar dalam film Naya Daur. Kerja sama O. P. Nayyar dan Bhosle menghasilkan berbagai lagu terkenal. Setelah namanya dikenal, Bhosle baru diberi kesempatan membawakan lagu-lagu karya Sachin Dev Burman dan Ravi.
Pada tahun 1966, karier Asha Bhosle melonjak lagi setelah berduet bersama Mohammad Rafi dalam film laris Teesri Manzil yang musiknya ditangani R. D. Burman. Kerja sama Asha dan R. D. Burman menghasilkan sejumlah lagu hit sepanjang tahun 1970-an dan berakhir dengan perkawinan.
Sepanjang tahun 1960-an hingga 1970-an, Asha adalah penyanyi playback untuk Helen yang waktu itu penari Bollywood paling terkenal. Piya Tu Ab To Aaja dari film Caravan), O Haseena Zulfon Wali dari fim Teesri Manzil, dan Yeh Mera Dil dari Don adalah beberapa judul lagu yang pernah dibawakan Bhosle pada tahun 1970-an.
Dalam film Umrao Jaan (1981) dan Ijaazat (1987), Bhosle menyanyikan lagu berirama ghazal, dan memenangi National Film Award untuk Penyanyi Playback Terbaik. Karier Asha Bhosle terus berlanjut hingga tahun 1990-an, termasuk dalam film Rangeela pada tahun 1995. Pada tahun 2005, Bhosle berusia 72 tahun dan masih menyanyi untuk film berbahasa Tamil, Chandramukhi, dan lagu pop Lucky Lips untuk film Lucky yang dibintangi Salman Khan.
LATAR BELAKANG LATA MANGESHKAR
Lata Mangeshkar dilahirkan pada 28 September, 1929 di Indore, Madhya Pradesh dalam sebuah keluarga Maharashtrian Brahmin. Ayah Lata bernama Dinanath Mangeshkar dan ibunya pula bernama Shudhmati.
Lata adalah anak tertua dari beberapa orang adik beradik. Lata ada seorang adik lelaki Hridayanath Mangeshkar dan tiga adik perempuan iaitu penyanyi Asha (Bhosle), Usha dan Meena. Antara tiga orang ini, Asha menjadi pesaing Lata dalam karier muziknya.
Karier muziknya berlangsung sejak kecil lagi bila mana ayahnya Dinanath adalah seornag penyanyi klasik dan aktif di dalam teater. Detik permulaan Lata berjinak dalam bidang nyanyian bermula dari usia 5 tahun lagi di dalam sebuah pementasan di mana ayahnya juga turut terlibat.
Selain bakatnya diasah ayahnya, Lata juga telah mendapat pendidikan muzik dari penyanyi klasik terkenal Aman Ali Khan.
Permulaan kerjaya seninya tidak menetu. Tidak ada tanda-tanda yang Lata akan menjadi begitu terkenal sekali kerana kesilapannya memilih filem yang lemah dan salah.
Namun tahun 1942 merupakan tahun yang amat bermakna bagi Lata. Tahun itu juga, filem "Kit Haaal" diterbitkan. Filem itu merupakan filem pertama Lata menjadi penyanyi latar tapi malangs ekali lagu nyanyiannya diedit begitu teruk hingga tidak termasuk
Lata berusia 13 tahun ketika ayahnya meninggal dunia dan sebgaai anak tertua, beban menanggung keluarga terletak di bahunya. Lata cuba berlakon dalam watak kecil-kecilan dalam filem-filem seperti Pahili Mangalagaur (1942), "Maajhe Baal" (1944), "Chimukla Sansar" (1943), "Gajabhau" (1944), "Jeevan Yatra" (1946), "Chhatrapati Shivaji" (1952) dan "Badi Maa" (1945).
Sekitar tahun 40an tidak begitu memberangsangkan karier Lata. Kemerduan suaranya yang halus tidka menepati citarasa pada waktu itu yang lebih suka pada suara milik penyanyi Noor Jahan misalnya. Lata terpaksa menerima hakikat yang dia masih tidak diterima ramai.
Hingga tahun 1947, barulah nama Lata melonjak apabila menyanyikan lagu "Pa Lagoon Kar Jori Re" dalam filem "Aap ke Sewa Main" (1947). Lata turut menyanyi dalam banyak filem di tahun-tahun berikutnya namun hitnya yang paling terkenal ialah pada tahun 1949 dalam lagu "Aayega Aanewaala".
Peristiwa pemisahan India dan Pakistan banyak membantu merancakkan lagi dunia seni Lata. Ramai produser dan artis meninggalkan Bombay dan berhijrah ke Lahore. Antara yang turut berbuat demikian ialah Noor Jahan, Ratu penyanyi latar waktu itu.
Ini membuka peluang kepada Lata untuk lebih menonjolkan kebolehan dirinya dalam bidang penyanyi latar. Permintaan juga tiba-tiba meningkat dengan begitu mendadak dan akhirnya pada awal tahun 50an, Lata telah dikenali sebagai penyanyi latar filem-filem Bollywood.
Antara pengaraf muzik yang selalu mengambil Lata menyanyi ialah Shankar-Jaikishan dan Anil Biswas. Antara filem terkenal yang menyajikan kemerduan suaranya ialah "Mahal", "Barsaat", "Ek Thi Ladki" dan "Badi Bahen."
Untuk tiga dekad seterusnya Lata Mangeshkar telah menakluki dan menduduki takhta Ratu penyanyi latar filem Bollywood.
Terlalu banyak lagu dendangan Lata yang popular, antarnya ialah "O Sajna Barkha Bahaar Aayee" dari Parakh (1960), "Aaja re Pardesi" dari Madhumati (1958), "Itna na Mujhse Tu Pyaar Badhaa" dalam Chhaya (1961), "Allah Tero Naam" dalam filem "Hum Dono" (1961), "Ehsaan Tera Hoga Mujh Par" dari "Junglee" (1961) dan "Yeh Sama" dalam filem "Jab Jab Phool Khile" (1965).
Lata juga telah bekerja dengan pengarah muzik yang terkenal seperti S.D. Burman dan R.D. Burman, Shankar /Jaikishan, Salil Chowdhury, Madan Mohan dan C. Ramchandra. Hanya seorang pengarah muzik yang tidak mengakui kehebatan Lata iaitu O.P. Nayyar.
Namun kejayaan Lata tidak berjalan selancar yang disangka. Persaingan di antara Lata dan adiknya Asha Bhosle. Dan disebabkan masalah isu royalti, lata juga enggan berduet dengan penyanyi Mohd. Rafi.
PERSAINGAN SIHAT ANTARA LATA-ASHA
Antara Lata dan Asha, kedua-duanya sama hebat. Suara Asha lebih sesuai untuk lagu bercorak pantas dan kabaret seperti dalam fielm Yaadon Ki Baraot, Hare Rama Hare Krishna, Caravan, Dil To Pagal Hai dan Thokshak. Kalau dulu suara Asha mengiringi tarian Helen, suaranya masih lagi relevan hingga kini.
Meskipun kemunculan penyanyi filem pelapis seperti Alka Yagnik, Kavita Krishnamurthy dan Sundhini -Chowhan, suara Lata dan Asha tetap ada permintaan