Penaja

Thursday, May 31, 2018

Selamat berangkat sahabat

Sahabat saya satu sekolah dari Kota Bharu sampai Kuala Lumpur, Allahyarhamah Hajah Radhiah Abd Samad, telah menerima panggilan Ilahi pagi Ahad 27May 2018. Allahyarhamah mantan Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan. Beliau dizaman persekolahan terkenal dengan kepetahan bercakap dan pernah dinobatkan sebagao Johan pemidato Piala Perdana Menteri peringkat Nasional bagi sekolah-sekolah berasrama penuh. InnalilLahi wainna ilaiHi rajiun, semoga Allah mengumpulkan Allahyarhamah bersama para solihin

Monday, May 28, 2018

Perodua AXIA





Ini kali Lah bersama Perodua


Sejarah OSTelefon Pintar Android



Telefon moden dikenali dengan smartphone, telefon pintar atau lebih jelas telefon berkomputer. Kalau telefon kuno versi  Alexander Graham Bell atau telefon bodoh kerana hanya tahu menyambung  dan menghubungi percakapan dua parti sahaja. Belum pandai sambung secara dail atau sambungan otomatik. Perkembangan yang pantas dari telefon bodoh kepada telefon otomatik, telefon tanpa wayar, telefon antarabenua hingga keada kemunculuan telefon cellular yang menggunakan frequnesi tinggi melebihi 1800Megaheartz. Dari telefen bersaiz besar hingga telefon bersaiz kecil dan nipis.

Bila wujudnya computer, banyak usaha dilakukan untuk mengisi telefon menjadi pintar seperti computer. Usaha awal oleh nokia, blackberry di ikuti Apple dengan kewujudan iPhone. Appe iphne mendahului saingannya Symbian , blackberry, Microsoft Wndows Mobile dan lain2 dengan munculnya telefon pintar yang disenangi oleh pengguna dengan iphone operating system IOS.  IOS menjadi model  bila wujudnya Android yang seiras IOS. Android Inc diasaskan di Palo Alto, Caliphornia pada tahun 2003. Pengasnya yang diketahui ramai seperti Andy Rubin, Rich Sears dan beberapa orang lagi genius computer. Seawal pembinaan Andorid hanya target untuk dilengkapkan ke dalam Digital Camera namun beralih arah untuk membina telefon pintar. Kerana kekangan kewangan Rubin dan kawan2 akhirnya menjual Android kepada google pada 2005, yang merasakan Androin boleh maju dan sukses. Rubin sendiri menyertai google untuk terus membiina Android ketahap yang ada sekarang dimana sudah memasuki  siri ke 8, Oreo.
Smartphone Symbyan OS

Microsoft Wndows phone
Smartphone Blackberry OS

Smartphone Iphone IOS 

Catatan perkembangan
February 2011 Android 2.3 Gingerbread
October 2011 Android 4.0 Icecream Sandwich
November 2012 Android 4.2 Jellybean
Oktober 2013 Andrioid 4.4 Kitkat
November 2014 Android 5.0 Lollypop
March 2015 Android 6.0 Marshmellow
August 2016 Android 7.0 Nouget
August 2017 Android 8.0 Oreo

Menghampiri nisfu Ramadhan

Ramadhan semakin laju perjalanannya, sudah menghampiri separuh perjalanan. Hari ini singgah di stesen ke 12....entah dapat ramai penumpang atau tidak. Keberkatan Ramadhan sangat rugi dibiarkan berlalu dengan sedikit pengisian, kerana hanya dibulan ini markah diberi berganda. Hanya mereka yang menyedari, memahami, melakukan sungguh sungguh kebajikan dan amalan wajib dan sunat akan mendapat keberkatan dan pahala yang banyak.

Menghampiri setengah perjalanan juga bermakna menghampiri lailatulQadar, malam hadiah berganda dari Allah. berganda sekurang-kurangnya 1ribu kali ganda bahkan lebih dari itu. Salam sehingga terbit fajar. Terpenting dengan tamatnya bulan Ramadhan sijil yang sangat beharga ialah TATTAQUN

Saturday, May 26, 2018

Kereta terlaris di Malaysia 2017

Kita lihat terlebih dahulu 20 jenama kenderaan yang paling laku dijual oleh para jurujula kenderaan di seluruh Malaysia setakat bulan sept 2017 yang lalu.

Berikut adalah senarainya,

  1. Perodua - 151,580
  2. Honda - 78,742
  3. Proton - 56,297
  4. Toyota - 49,319
  5. Nissan - 20,759
  6. Mercedes - 8,971
  7. Isuzu - 8,064
  8. BMW - 7,633
  9. Mazda - 7,002
  10. Mitsubishi - 5,057
  11. Ford - 4,691
  12. Volkswagen - 4,605
  13. Subaru - 3,479
  14. Hino - 3,455
  15. Kia - 3,254
  16. Hyundai - 3,192
  17. Fuso - 1,584
  18. Peugeot - 1,517
  19. Mini - 731
  20. Lexus - 650
  21. Volvo - 644

5 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia


1. HONDA EX-5
Seperti Yamaha Lagenda tadi, tidak dapat dipastikan asal maksud abjad EX, tetapi nombor 5 di hujung boleh ditafsirkan sebagai varian Honda Cub kelima selepas unit awal C100, disusuli C50, C70, C90 dan C100EX yang juga dikenali sebagai EX5 untuk pasaran Malaysia.Walaupun tanpa maksud signifikan, penggunaan abjad EX yang sinonim dengan awalan perkataan 'extreme' dan sebutan 'ee-ex-five' sangat mudah disebut, dan juga sedap didengar, sekali gus menjadikan nama EX-5 kekal relevan hingga hari ini.


2. MODENAS KRISS
Diilhamkan daripada senjata seni bela diri nusantara. Selain mudah disebut, penggunaan nama Kriss bagi moped praktikal keluaran Modenas dengan jelas dapat menggambarkan status syarikat itu sebagai pengeluar motosikal nasional. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat patriotisme pemiliknya

3. SUZUKI PANTHER
Alamilah kehebatan Panther, pecutannya umpama seekor haiwan liar yang tangkas untuk membolehkannya mencabar setiap saingan."
Ayat di atas yang dipetik daripada risalah promosi Suzuki Panther itu tepat sekali menggambarkan kehebatan jentera 2-lejang 150cc tersebut yang dikatakan mudah menghambat pesaing terdekatnya ketika itu, Yamaha RX-Z. Ironinya jentera Yamaha itu pula yang jadi idola remaja dulu dan sekarang


4. YAMAHA LAGENDA
Tidak diketahui dari manakah asal ilham nama moped 100-115cc 4-lejang Yamaha ini? Apa yang pasti, penggunaan nama Lagenda sedikit sebanyak melonjakkan imej moped 4-lejang Yamaha bersesaran rendah itu setanding moped pesaing yang bersesaran lebih tinggi seperti Honda Wave 125



5. YAMAHA 135LC
Diilhamkan daripada singkatan 'Liquid Coolant', yakni teknologi asing dalam segmen moped ketika motosikal itu dilancarkan dengan sesaran enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Yamaha Malaysia lebih minat berterus terang mengenai kehebatan dan keunikan jentera mereka berbanding cawangan Yamaha di negara serantau seperti Indonesia dan Vietnam yang masing-masing menggunakan nama-nama pelik seperti Yamaha Jupiter MX dan Yamaha Sniper.

(ketahui lanjut berkenaan motorsikal di link: https://pandulaju.com.my/

Stesen TV di Indonesia

Stasiun/stesen televisi utama nasional yang masih berkonsepkan
free-to-air terrestrial di Indonesia adalah;
TVRI, 
RCTI, 
SCTV, 
MNCTV, 
antv, 
Indosiar, 

Lain-lain stesen

MetroTV, Trans TV, Trans7, tvOne, GTV, Kompas TV, NET., RTV, dan iNews. 

Televisi terestrial analog di Indonesia saat ini disiarkan menggunakan sistem PAL-B/G dengan suara NICAM stereo.

Best small car, below 1500 cc

10 of the best small cars you can buy today
  • Nissan Note 1.2 DIG-S Acenta. ...
  • Renault Clio 1.5 dCi 90 Dynamique Nav. ...
  • Audi A1 1.4 TFSI 125 Sport. ...
  • Mini 1.5T Cooper Chili Media 5dr. ...
  • Ford Fiesta 1.0T 100 Ecoboost Zetec 5dr. ...
  • Volkswagen Polo 1.2 90 Match. ...
  • Hyundai i20 1.2 84 SE 5dr. ...
  • Skoda Fabia 1.2 TSI 90 SE.

10 Hari pertama Ramadhan 1439

Sedar tak sedar umat Islam sudah berpuasa Ramadhan hari ke 10 pertama. Begitu cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. Hari hari yang berpuasa akan menjadi saksi pengabdian kita kepada Allah Subhanahu waTaala. Pengisian Ramadhan yang kita buat samada bernilai kepada kita disisi Allah pun kita tidak tahu. Yang penting bagi kita usaha dan ikhtiar bersungguh sungguh dan selebihnya kita berserah pada keadilanNya. Sekitar lembah Klang kita dapati pengisian hebat warganya dengan memenuhi surau masjid solat tarawih, membaca AlQuraan bertadarus dengan ahli jamaah atau dengan keluarga, infaq, zakat dan memberi makan gelandangan adalah pengisian yang cukup baik. Di surau saya selain berbuka dan morey disediakan juga rak infaq yang memberi peluang ahli jamaah bersedeqah berkongsi rezqi dengan yang tidak bernasib baik...Alhamdulillah rak penuh dan berkurang menandakan ada yang infaq dan ada yang terima dan membawa pulang untuk keperluan keluarga.