Penaja
Tuesday, March 22, 2011
Monday, March 21, 2011
Kutipan tidak rasmi filem-filem Malaysia
Ngangkung mengutip RM8 juta
Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) mengutip 5juta (selepas semingggu tayangan)
Adnan Sempit RM7.8 juta.
Lagenda Budak Setan (LBS) RM4.34 juta
Papadom mengutip (RM3.5 juta).
Zombie Kampung Pisang mengutip RM2.8 juta
LBS mengutip RM4.34 juta
Woo Hoo (RM4.2 juta).
Saturday, March 19, 2011
Cu citer...cu citer..HKLBR daaa
Saya menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah melalui DVD (Original) yang dibeli dan ditonton melalui skrin TV LCD 42 inci. Saya dan keluarga tidak ke panggung atas sebab kesuntukan masa. Walaupun hanya menonton dengan skrin sekecil 42 inci, kami sekeluarga tetap ketawa sampai keluar air mata dengan adegan-adegan lucu dalam cerita Si Mamat ni. Apalagi kalau menonton dipanggung yang sudah pasti gamat segamatnya. Menurut Mamat movie garapan beliau ini adalah filem antitahyul-mahyul.
"Saya memang antitahyul. Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul. Apabila kita dapat musibah, kita juga kena terima dengan fikiran terbuka," katanya pada majlis di Perak.
Orang ramai akui, impak tayangan filem itu sangat hebat. fenomena HKLBR boleh didengar dimana-mana, dalam bas, dalam train, budak sekolah, dipejabat, kedai kopi dan dimana sahaja orang bersembang akan keluar, ate?.., cu citer cu citer..., oh solay solay..., husainnnnn....sambil goyang tangan macam usop. Rasanya selain dialog cerita-cerita P, Ramlee yang sememangnya lagenda perfileman tanah air, inilah antara wayang yang meninggalkan impak yang besar dalam masyarakat Malaysia.
Sepanjang 95 minit tayangan, kami sekeluarga gelak berdekah-dekah kerana sangat terhibur dengan jalan cerita, lakonan serta dialog yang bersahaja dalam loghat Perak yang menjadi loghat semulajadi Mamat. Sebagai anak jati Perak, memang patut Mamat mempromosi loghat beliau. (Saya sudah mengenali Mamat ...juga keluarga Datuk Lat, lama dulu semasa keluarganya tinggal berjiran dengan saya di Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak.)
Para pendokong HKLBR, Awie sebagai Husin, Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Shy8 (Usop), Zami Ismail (Pak Abu), Delimawati (Kak Limah), Man Kadir (Pak Jabit), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), semuanya berjaya menonjolkan aksi yang kita boleh ketawa sampai senak perut. Mamat nyata semakin bijak mengadun elemen seram dan humor, malah ia jauh lebih lucu daripada beberapa filem komedi tempatan yang sedang dan pernah ditayangkan tahun ini. Bukan setakat Hantu Kak Limah, beberapa lagi ‘spesies’ hantu turut diselitkan seperti Hantu Nang Nak, Hantu Kopek Panjang (orang Kelantan panggil Hantu kopek lanjut), Hantu Salji (Yeti) dan Hantu Mesir.
Kecohnya bermula bila Husain balik dari Singapura, ternampak kak Limah, dengan rambut mengerbang, termenung dijendela mengadap ke langit. Selepas itu hantu Kak Limah bermaharajalela di dalam kampung, dia akan mengusik bukan saja atas katil orang, tetapi juga dalam dewan orang ramai sehingga ke dalam jamban. Selain itu adegan Pak Abu, Usop (bekas penari kebudayaan lumpuh - mangsa lenyek mesin bajak), Abi Hurairah serta bomoh Jawa dan Siam yang berlari pecut macam Rabuan Pit selepas terserempak Hantu Kak Limah, sangatlah melucukan sampai ada batuk-batuk..
Mamat juga memberi ‘tribute’ kepada rakan-rakan seni beliau dalam bidang filem dan muzik, seperti pengarah dan karyawan filem yang lain. Kita boleh mendengar lagu-lagu merdu seperti Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Cinta Kristal, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Di Ambang Wati berkumandang dalam filem ini, selain nama-nama karyawan seni diselitkan dalam dialog. Nama-nama besar seperti Razak Mohaideen, Shuhaimi Baba, Rosyam Nor, Hassan Mutalib, Afdlin Shauki dan Aziz M Osman diungkapkan dalam dialog-dialog HKLBR ini. Antara yang kelakar juga dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini bila penduduk kampong pisang turut bersama beramai-ramai dengan lagak tari poco-poco bersama Kak Limah menyanyikan lagu seramnya - "Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas..."
Saya tak pasti berapa kutipan yang diperolehi oleh filem berbajet kecil Mamat ini, dengar-dengarnya melebihi 8juta. Kalau betul Mamat telah melakar satu rekod baru dalam perfileman tanah air. Tahniah Mamat.
Thursday, March 10, 2011
Akibat pencemaran alam sekitar
Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam. Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga. Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup. Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum. Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu. Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar. Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup
Friday, January 28, 2011
Saturday, December 11, 2010
Uniform Galeri membeli belah untuk persekolahan


Sabtu lalu 4 Disember sebuah lagi stor jualan keperluah persekolahan telah diuka di Bandar Baru Bangi. Sesuai dengan tema Bandar Baru Bangi Banndar Ilmu, kewujudan banyak kedai buku dan keperluan sekolah dialu-alukan. Bertempat di kawasan perniagaan yang baru dibuka usahasama PKNS dengan Glomac ia sangat sesuai kerana lokasi ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan di Bandar Baru Bangi. Kedai ini telah diusahakan oleh saudara Roslan yang banyak pengalaman dalam perniagaan kedai buku dan peralatan sekolah. Selain dai Uniform Galeri ini beliau telah mempunyai cawangan di Bangi Utama dan Puchong.
Perasmian Uniform Galeri Glomac Bangi ini telah dirasmikan oleh Datok Abd Karim, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4/5 Bandar Baru Bangi dimana sdr Roslan merupakan ahli PPS4/5.
Wednesday, December 8, 2010
Maal Hijrah 1432

Wednesday, November 24, 2010
Technology update: Android operating system
Android is a mobile operating system initially developed by Android Inc., a firm purchased by Google in 2005. Android is based upon a modified version of the Linux kernel. Google and other members of the Open Handset Alliance collaborated to develop and release Android to the world. The Android Open Source Project (AOSP) is tasked with the maintenance and further development of Android. Unit sales for Android OS smartphones ranked first among all smartphone OS handsets sold in the U.S. in the second and third quarters of 2010, with a third quarter market share of 43.6%.
Android has a large community of developers writing application programs ("apps") that extend the functionality of the devices. There are currently over 100,000 apps available for Android. Android Market is the online app store run by Google, though apps can be downloaded from third party sites (except on AT&T, which disallows this). Developers write in the Java language, controlling the device via Google-developed Java libraries.
The unveiling of the Android distribution on 5 November 2007 was announced with the founding of the Open Handset Alliance, a consortium of 78 hardware, software, and telecom companies devoted to advancing open standards for mobile devices. Google released most of the Android code under the Apache License, a free software and open source license.
Tuesday, November 9, 2010
AlSultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama,” kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.
Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 Nov ini, katanya. (Bernama)
Sunday, November 7, 2010
Technology: HSDPA
High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) is a mobile telephony protocol, also referred to as 3.5G (or usually call it "the next step for 3G") technology, which provides a smooth evolutionary path for UMTS-based 3G networks allowing for higher data transfer speeds, up to 14.4 Mbit/s per cell in the downlink and 2 Mbit/s per cell in the uplink.
An evolution of the W-CDMA standard, HSDPA achieves the increase in the data transfer speeds by defining a new W-CDMA channel: a high-speed downlink shared channel (HS-DSCH) that operates in a different way from existing W-CDMA channels and is used for downlink communications to the mobile.
