"Saya memang antitahyul. Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul. Apabila kita dapat musibah, kita juga kena terima dengan fikiran terbuka," katanya pada majlis di Perak.
Orang ramai akui, impak tayangan filem itu sangat hebat. fenomena HKLBR boleh didengar dimana-mana, dalam bas, dalam train, budak sekolah, dipejabat, kedai kopi dan dimana sahaja orang bersembang akan keluar, ate?.., cu citer cu citer..., oh solay solay..., husainnnnn....sambil goyang tangan macam usop. Rasanya selain dialog cerita-cerita P, Ramlee yang sememangnya lagenda perfileman tanah air, inilah antara wayang yang meninggalkan impak yang besar dalam masyarakat Malaysia.
Sepanjang 95 minit tayangan, kami sekeluarga gelak berdekah-dekah kerana sangat terhibur dengan jalan cerita, lakonan serta dialog yang bersahaja dalam loghat Perak yang menjadi loghat semulajadi Mamat. Sebagai anak jati Perak, memang patut Mamat mempromosi loghat beliau. (Saya sudah mengenali Mamat ...juga keluarga Datuk Lat, lama dulu semasa keluarganya tinggal berjiran dengan saya di Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak.)
Para pendokong HKLBR, Awie sebagai Husin, Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Shy8 (Usop), Zami Ismail (Pak Abu), Delimawati (Kak Limah), Man Kadir (Pak Jabit), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), semuanya berjaya menonjolkan aksi yang kita boleh ketawa sampai senak perut. Mamat nyata semakin bijak mengadun elemen seram dan humor, malah ia jauh lebih lucu daripada beberapa filem komedi tempatan yang sedang dan pernah ditayangkan tahun ini. Bukan setakat Hantu Kak Limah, beberapa lagi ‘spesies’ hantu turut diselitkan seperti Hantu Nang Nak, Hantu Kopek Panjang (orang Kelantan panggil Hantu kopek lanjut), Hantu Salji (Yeti) dan Hantu Mesir.
Kecohnya bermula bila Husain balik dari Singapura, ternampak kak Limah, dengan rambut mengerbang, termenung dijendela mengadap ke langit. Selepas itu hantu Kak Limah bermaharajalela di dalam kampung, dia akan mengusik bukan saja atas katil orang, tetapi juga dalam dewan orang ramai sehingga ke dalam jamban. Selain itu adegan Pak Abu, Usop (bekas penari kebudayaan lumpuh - mangsa lenyek mesin bajak), Abi Hurairah serta bomoh Jawa dan Siam yang berlari pecut macam Rabuan Pit selepas terserempak Hantu Kak Limah, sangatlah melucukan sampai ada batuk-batuk..
Mamat juga memberi ‘tribute’ kepada rakan-rakan seni beliau dalam bidang filem dan muzik, seperti pengarah dan karyawan filem yang lain. Kita boleh mendengar lagu-lagu merdu seperti Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Cinta Kristal, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Di Ambang Wati berkumandang dalam filem ini, selain nama-nama karyawan seni diselitkan dalam dialog. Nama-nama besar seperti Razak Mohaideen, Shuhaimi Baba, Rosyam Nor, Hassan Mutalib, Afdlin Shauki dan Aziz M Osman diungkapkan dalam dialog-dialog HKLBR ini. Antara yang kelakar juga dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini bila penduduk kampong pisang turut bersama beramai-ramai dengan lagak tari poco-poco bersama Kak Limah menyanyikan lagu seramnya - "Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas..."
Saya tak pasti berapa kutipan yang diperolehi oleh filem berbajet kecil Mamat ini, dengar-dengarnya melebihi 8juta. Kalau betul Mamat telah melakar satu rekod baru dalam perfileman tanah air. Tahniah Mamat.
No comments:
Post a Comment