Penaja

Wednesday, June 6, 2018

Trafik sesak musim balik kampong beraya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah pengguna jalan raya di seluruh negara bagi dua hari sebelum menjelang Aidilfitri meningkat kepada 2.2 juta berbanding 1.5 juta pada hari biasa.
Ia berikutan kadar diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus diumumkan kerajaan, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan antara 40 ke 50 peratus akan berlaku pada dua hari berkenaan. Berikutan itu, beliau menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengatur jadual bersesuaian dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mengatasi kesesakan, kita meminta pengguna merancang jadual perjalanan dan keluar awal ke destinasi masing-masing untuk kelancaran aliran trafik,” katanya

No comments:

Post a Comment