Penaja

Friday, June 1, 2018

PTPTN versus Janji PRU14

(Penjelasan DR Maszlee Malik berkenaan keputusan terkini PTPTN)

Sedikit penjelasan berkenaan penangguhan PTPTN

Kita berjanji mahu menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4000 sebulan. 

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kini kita tahu bahawa bebanan hutang negara yang sebenar telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat oleh pentadbiran UMNO dan Dato Sri Najib Tun Razak. 

Tetapi sekarang, selepas pendedahan terkini yang dibuat oleh Menteri Kewangan, kita mendapat tahu bahawa keadaan hutang negara adalah amat teruk. Kerajaan melalui Jemaah Menteri melihat di sana perlunya janji-janji Pakatan Harapan dilaksanakan mengikut keutamaan dan kepentingan dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Oleh itu, pihak Kementerian memerlukan sedikit lagi masa untuk mencari jalan terbaik bagi menunaikan janji ini. Insha Allah saya akan buat pengumuman yang sewajarnya apabila tiba masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama

No comments:

Post a Comment