Penaja

Sunday, June 17, 2018

musim beraya penuhi kewajiban ukhuwwah

Pertama dihari raya ialah memilih tema sut pakaian, tidak seperti tahun-tahun baru merdeka, selepas 60 tahun merdeka corak berpakaian hari raya ada tema. Walaupun bukan wajib tetapi berpakaian sedondon memeriahkan suasana beraya. Bagi yang lahir 50an 60an kemeriahan hari raya bile bersilaturrahim, mengunjungi saudara mara, namun bagi mereka yang lahir selepas 70an sedikit berbeza dengan tambahan teknologi media massa. 

Mengumpulkan saudara mara sahabat handai lebih mudah semasa perayaan hari raya dan walimatul urus berbanding masa-masa lain. Ketika 2 event ini, berkumpul dan berfoto beramai boleh dilakukan untuk simpanan kenangan


Kewujudan teknologi selfi dan wefi membolehkan foto dirakam bersama jurufoto...tidak perlu mencari jurufoto khas untuk merakan foto

Antara momen yang baik untuk direkod ialah pertemuan sahabat dan saudaramara yang jarang dan sukar berjumpa


Wednesday, June 6, 2018

Trafik sesak musim balik kampong beraya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah pengguna jalan raya di seluruh negara bagi dua hari sebelum menjelang Aidilfitri meningkat kepada 2.2 juta berbanding 1.5 juta pada hari biasa.
Ia berikutan kadar diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus diumumkan kerajaan, baru-baru ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan antara 40 ke 50 peratus akan berlaku pada dua hari berkenaan. Berikutan itu, beliau menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengatur jadual bersesuaian dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mengatasi kesesakan, kita meminta pengguna merancang jadual perjalanan dan keluar awal ke destinasi masing-masing untuk kelancaran aliran trafik,” katanya

Tuesday, June 5, 2018

Babak paling romantik dalam filem Melayu....

Babak Tengku Nila melamar Puspawangi 

Nombor patriotik

Menteri Pengangkutan mempamerkan nombor Malaysia 1-9999 yang telah dibuka tender
Anda peminat nombor pilihan 1-10, atau nombor kembar 11, 22, 55, AKU8055, terkini JPJ telah membuka tender untuk nombor khas Malaysia1 hingga MAlaysia 9999. Bagi yang berduit, minat dan mampu peluang ini pasti tidak dilepaskan.

Petua: Khasiat daun sireh


Bagi mereka yang sering mengalami masalah penglihatan yang kabur dan penat boleh cuba menggunakan daun sirih sebagai penawar. Caranya mudah hanya merebus daun sirih itu lalu diletakkan di sekitar mata. Tidak perlu tekap, hanya mengambil wap haba dikeluarkan sirih itu untuk menyegarkan mata yang kuyu dan lesu.

ruangkan masa kita bersama AlQuraan dan sertai World AlQuraan Hour Lagi 2 hari


Monday, June 4, 2018

Berita baik bagi pemandu kereta balik berya ke KB

RAUB, BENTA, SEMPADAN GUA MUSANG. LIPIS.

PENGGUNA
KENDERAAN KERETA

Jika kereta rosak waktu malam
Kedai pula tutup..
Kami menyediakan khidmat formen runner
Utk baiki :-

-HOSE AIR BOCOR
-PLUG KONG
-BELTING PUTUS/TIMING BELT
-TAYAR PECAH/TAYAR BOCOR
-OVER HEATING
-BRAKE JEM
-RADIATOR BOCOR
-BATERY OUT
-ALTENATOR
-TOWING/CARRIER
DLL lagi kerosakan yg anda alami  ketika dalam perjalanan, kami akan cube ikhtihar utk membantu, membaiki kenderaan anda supaya anda dpt meneruskan perjalanan utk sampai ke destinasi yg ingin dituju.

Terutama kawasan sempadan Raub -Benta- Lipis - sempadan gua musang
Dan kwsn yang brhmpiran

Waktu kami beroperasi
6.00 pm- 6:00pagi

Upah???
Kami hanya mengambil harga barang sahaja...upah seikhlas hati...sbb niat nak membantu kepada yg memerlukan..
( jika kami tidak dpt selesaikan masalah kenderaan anda, anda tidak perlu membayar apa_apa, #ikhtihar_tawakal

Jika kecemasan memerlukan bantuan boleh hubungi kami..
No - 0142100051 (sokri)
No - 0129908585 (azdy)

Forward utk yg memerlukan nanti

Top 10 Jenama di Malaysia


Sunday, June 3, 2018

Sebelum memandu ke kampong....tolong cek

Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar.  Yg baharu ada  RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yg harga RM175.

Sebenarnya kita selalu kena tipu dgn kedai tayar. Mereka yang tidak jujur dalam perniagaan akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu.

Semoga dapat manfaat bersama.             
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan;

1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum
               Bebanan
       H = Had Maksimum
              Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju
        300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
    Tercatat Di Sisi Tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.

SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga info ini memberi manfaat

Iftar 2 Jun 2018/17Ramadhan 1439 di Karngkraft

Bersama ribuan warga Shah Alam bersila menunggu waktu maghrib untuk berbuka



Diadakan juga rakaman Astro Oasis TMJ Tazkirah Malam Jumaat menyambut lebaran

Sempat wefi dengan personaliti TV Sdr Amin Idris




Saturday, June 2, 2018

Gambus melonjak di Indonesia

Kegemparan terkini di Indonesi dan sedang merebak ke negara lain sampai ke Korea, musik gambus didengar oleh peminat muzik dan lagu melalui youtube. Alunan musik gambus dengan musik pop dan dangdut yang digabungkan. Gambus yang hampir tenggelam kembali hidup.
Dengan nama band gambus Sabyan, aliran muzik ini kembali menggema.

Tak hanya enak didengar, tapi juga, yang menjadi sorotan karena band ini terdiri dari personel anak-anak muda. Tak hanya itu, sang vokalis, Khoirunnisa atau dikenali dengan Nisa juga memiliki paras yang cantik dan suara yang merdu walaupun masih bersekolah dan belum mencapai umur 19 tahun
Setiap kali lagu-lagu dari Sabyan diupload di akun Youtube, videonya selalu ditonton lebih dari puluhan juta kali. Salah satunya, lagu berjudul Rohman Ya Rohman yang diupload pada awal tahun 2018. Video ini ditonton lebih dari 44 juta kali. Dari akun Instagram resmi mereka, @sabyan_gambus, grup ini terdiri dari enam orang dengan Nissa sebagai vokalis utamanya. Menariknya, Sabyan diisi oleh anak-anak muda
.




Friday, June 1, 2018

PTPTN versus Janji PRU14

(Penjelasan DR Maszlee Malik berkenaan keputusan terkini PTPTN)

Sedikit penjelasan berkenaan penangguhan PTPTN

Kita berjanji mahu menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4000 sebulan. 

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kini kita tahu bahawa bebanan hutang negara yang sebenar telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat oleh pentadbiran UMNO dan Dato Sri Najib Tun Razak. 

Tetapi sekarang, selepas pendedahan terkini yang dibuat oleh Menteri Kewangan, kita mendapat tahu bahawa keadaan hutang negara adalah amat teruk. Kerajaan melalui Jemaah Menteri melihat di sana perlunya janji-janji Pakatan Harapan dilaksanakan mengikut keutamaan dan kepentingan dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan rakyat.

Oleh itu, pihak Kementerian memerlukan sedikit lagi masa untuk mencari jalan terbaik bagi menunaikan janji ini. Insha Allah saya akan buat pengumuman yang sewajarnya apabila tiba masanya nanti, sebelum berakhir tempoh 100 hari pertama

Senarai smartphone terkini di Malaysia

Bagi yang hobi menukar smartphone berikut adalah senarai smartphone dan harga terkini..dengan 0 GST kemungkinan harga masih boleh di turunkan. Yang penting dalam membeli smarthone pilih keperluan bukan kemahuan. Contohnya bagi yang suka selfy keutamaannya kamera front mestilah branded lens dan pixel yang munasabah, saiz storan juga kena besar sekurang-kurangnya 32 Gigabyte tanpa external storage. Lebih cantik jika 64Gbye tetapi harga pun besar. RAM jangan lupa, bila pixel besar, storan besar sekurang-kurangnya RAM 4GByte. CPU cuba dapatkan 2Ghz ke atas.

Kemunkinan OS terbaru Android Oreo 8.0 ke atas. Bagi saya kalau OS generasi -1 atau -2 pun ok. Tiada perbezaan besar antara Marshmellow, Nouget dan Oreo. Brand pulak persaingan sengit smartphone China dan Korea memberi manfaat kepada pengguna dari segi harga dan performance. Saya dulu peminat Samsung Galaxy Note, sekaang berindah kepada brand Cina Oppo dan Xiomi. Saya tidak meminati Huawei kerana Huawei menggunakan Processor sendiri Kirin sementara lain-lain brand menggunakan Snapdragon.

Kalendar penting Jun 2018


Nak balik raya....sila rujuk kemudahan PLUS