Penaja

Saturday, September 10, 2016

Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi

BANGI, 9 SEPT: Kerajaan Selangor hari ini menyerahkan sumbangan RM4 juta untuk pembinaan Masjid Al-Umm, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.
Penyerahan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada Penasihat Pembinaan Masjid Al-Umm, Datuk Dr Haron Din diiringi Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, Dr Shafie Abu Bakar di Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9.
Bercakap kepada SelangorKini, Shafie berkata, masjid tiga tingkat di atas tanah seluas dua ekar itu hampir selesai pembinaannya sejak dimulakan pada 10 Disember 2013.
“Dengan sumbangan diberikan, RM2.5 juta daripadanya akan digunakan untuk menyelesaikan baki bayaran kontraktor.
“RM1 juta untuk bayar semula kepada individu yang sebelum ini bermurah hati meminjamkannya kepada kami, manakala selebihnya akan digunakan untuk pembangunan masjid,” katanya.
Beliau berkata, masjid itu dibina dengan kos hampir RM20 juta dengan RM15 juta daripadanya hasil sumbangan orang ramai.
Ia dibina dengan konsep Asia Tengah dan tempatan sementara khubah masjid diilhamkan seperti khubah Masjidil Haram di Makkah.
“Kita mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat tempatan khususnya di Bangi kerana sudi menderma bagi menjayakan pembinaan masjid ini,” katanya

Monday, February 8, 2016

Keluarga cikgu

Adam Niazi
Antara adik beradik saya yang masih ada di Klang Valley ialah Dr Che Razi, yang lain-lain dah balik bermastautin di Kelantan. Atas sebab carrier, pekerjaan Dr Che Razi dan saya masih tinggal di Selangor dan saya menjadi warga Bangi sementara Dr Che Razi menjadi warga Bukit Antarbangsa Ulu Klang. Ditakdirkan keluarga saya ramai yang menjadi pendidik samada guru, penceramah atau pensyarah. Dr Che Razi pensyarah UIAM Gombak, sepupu bonda saya mantan pensyarah UKM Dr Zawawi Abdullah, anak kakak Dr Zuharyati dan suami Politeknik Muazzam, dan abang Dr Zuharyati penyarah Politeknik Kok Lanas, dan ramai lagi yang menjadi pendidik.

Sunday, January 10, 2016

Manis Perjuangan

Sebagai seorang pesara, masa ini seharusnya saya habiskan bersama anak dan cucu. Ramai rakan2 yang bersara sangat terhibur dengan bila dikelilingi anakdan cucu. Saya pun sama cuma saya tak cukup setakat dikelilingi anak dan cucu. Perlu juga ada rakan-rakan untuk sesi teh tarik pagi dan malam. Lebih dari itu, bia sia meningkat dan hampir keenghujung, kesihatan pun mulai menurun. Allah Maha Kuasa takdirnya kita tidak jangka. Dalam kita merasai kita hanya menunggu masa menemuiNya dalam keadaan kurang sehat...Allah memberi sinar baru dengan suntikan semnagt baru dan kesihatan bertambah baik. Alhamdulillah saya ditemukan Allah dengan produk dari MXB, sebuah syarikat yang bagus dan peroduk hebat. Impian saya untuk meneroka diluar dari pagar ank dan cucu terhasil dengan membuat satu bisnes yang santai dan efisyen. Saya bertambah sehat, duit bertambah banyak, rakan2 baru bertambah ramai...Tambah lagi setiap usaha saya berkongsi produk yang menggebirakan saya ini di kenang dan dihargai.....TQ Allah