Penaja

Wednesday, March 23, 2011

Thunderbolt.....penyambungan terkini berkelajuan 20Gbps




Anda pernah dengar dan guna port VGA, DVI, HDMI, IDE, Sata, eSata, USB, 1394 firewire, kini terdapat "port" terbaru yang sudah pun digunakan dalam MacBook Pro bermula 24 Februari 2011 bernama Thunderbolt. Thunderbolt dibangunkan oleh Intel dengan kerjasama Apple. Pemacu Thunderbolt menggabungkan data-data daripada dua punca dan mengasingkan kembali untuk digunakan oleh alat-alat tertentu. Pada asalnya interface Thunderbolt direka berdasarkan keperluan fiber optik tapi terpaksa mengambil kira masih ramai pengguna selesa dengan dawai tembaga (copper), maka dibangunkan juga untuk keperluan dawai tembaga (copper wire) dengan kelajuan 10Gbps dan boleh dipasarkan dengan harga yang lebih murah berbanding fiber.

No comments:

Post a Comment