Penaja

Wednesday, March 23, 2011

Elizabeth Taylor lagenda hollywood

Screen legend Elizbeth Taylor the violet-eyed film goddess whose sultry screen life was often upstaged by her stormy personal life, died Wednesday at age 79. She died of congestive heart failure at Cedars-Sinai Medical Center, where she had been hospitalized for about six weeks, publicist Sally Morrison said. Taylor had extraordinary grace, fame and wealth, and won three Oscars, including a special one for her humanitarian work. But she was tortured by ill health, failed romances and personal tragedy.

Her eight marriages — including two to actor Richard Burton and a lifelong battle with substance abuse, physical ailments and overeating made Taylor as popular in supermarket tabloids as in classic film festivals.

Taylor disclosed in November 2004 that she had congestive heart failure. But she still periodically dismissed reports that she was at death's door, saying she used a wheelchair only because of chronic back problems that began at age 12 when she fell from a horse.

The London-born actress was a star at age 12, a bride and a divorcee at 18, a screen goddess at 19 and a widow at 26. She appeared in more than 50 films, and won Oscars for her performances in "Butterfield 8" (1960) and "Who's Afraid of Virginia Woolf?" (1966), in which she starred opposite Burton.

Thunderbolt.....penyambungan terkini berkelajuan 20Gbps




Anda pernah dengar dan guna port VGA, DVI, HDMI, IDE, Sata, eSata, USB, 1394 firewire, kini terdapat "port" terbaru yang sudah pun digunakan dalam MacBook Pro bermula 24 Februari 2011 bernama Thunderbolt. Thunderbolt dibangunkan oleh Intel dengan kerjasama Apple. Pemacu Thunderbolt menggabungkan data-data daripada dua punca dan mengasingkan kembali untuk digunakan oleh alat-alat tertentu. Pada asalnya interface Thunderbolt direka berdasarkan keperluan fiber optik tapi terpaksa mengambil kira masih ramai pengguna selesa dengan dawai tembaga (copper), maka dibangunkan juga untuk keperluan dawai tembaga (copper wire) dengan kelajuan 10Gbps dan boleh dipasarkan dengan harga yang lebih murah berbanding fiber.

Monday, March 21, 2011

Kutipan tidak rasmi filem-filem Malaysia

Ngangkung mengutip RM8 juta
Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) mengutip 5juta (selepas semingggu tayangan)
Adnan Sempit RM7.8 juta.
Lagenda Budak Setan (LBS) RM4.34 juta
Papadom mengutip (RM3.5 juta).
Zombie Kampung Pisang mengutip RM2.8 juta
LBS mengutip RM4.34 juta
Woo Hoo (RM4.2 juta).

Saturday, March 19, 2011

Cu citer...cu citer..HKLBR daaa

Saya menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah melalui DVD (Original) yang dibeli dan ditonton melalui skrin TV LCD 42 inci. Saya dan keluarga tidak ke panggung atas sebab kesuntukan masa. Walaupun hanya menonton dengan skrin sekecil 42 inci, kami sekeluarga tetap ketawa sampai keluar air mata dengan adegan-adegan lucu dalam cerita Si Mamat ni. Apalagi kalau menonton dipanggung yang sudah pasti gamat segamatnya. Menurut Mamat movie garapan beliau ini adalah filem antitahyul-mahyul.

"Saya memang antitahyul. Kalau kita nak jadi masyarakat maju, kita jangan percayakan sangat dengan tahyul. Apabila kita dapat musibah, kita juga kena terima dengan fikiran terbuka," katanya pada majlis di Perak.

Orang ramai akui, impak tayangan filem itu sangat hebat. fenomena HKLBR boleh didengar dimana-mana, dalam bas, dalam train, budak sekolah, dipejabat, kedai kopi dan dimana sahaja orang bersembang akan keluar, ate?.., cu citer cu citer..., oh solay solay..., husainnnnn....sambil goyang tangan macam usop. Rasanya selain dialog cerita-cerita P, Ramlee yang sememangnya lagenda perfileman tanah air, inilah antara wayang yang meninggalkan impak yang besar dalam masyarakat Malaysia.

Sepanjang 95 minit tayangan, kami sekeluarga gelak berdekah-dekah kerana sangat terhibur dengan jalan cerita, lakonan serta dialog yang bersahaja dalam loghat Perak yang menjadi loghat semulajadi Mamat. Sebagai anak jati Perak, memang patut Mamat mempromosi loghat beliau. (Saya sudah mengenali Mamat ...juga keluarga Datuk Lat, lama dulu semasa keluarganya tinggal berjiran dengan saya di Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak.)

Para pendokong HKLBR, Awie sebagai Husin, Johan Raja Lawak (Abi Hurairah), Shy8 (Usop), Zami Ismail (Pak Abu), Delimawati (Kak Limah), Man Kadir (Pak Jabit), Sofi Jikan (Wak Joko), Kamarul Yusoff (Chomprak Chawatbesiwat), semuanya berjaya menonjolkan aksi yang kita boleh ketawa sampai senak perut. Mamat nyata semakin bijak mengadun elemen seram dan humor, malah ia jauh lebih lucu daripada beberapa filem komedi tempatan yang sedang dan pernah ditayangkan tahun ini. Bukan setakat Hantu Kak Limah, beberapa lagi ‘spesies’ hantu turut diselitkan seperti Hantu Nang Nak, Hantu Kopek Panjang (orang Kelantan panggil Hantu kopek lanjut), Hantu Salji (Yeti) dan Hantu Mesir.

Kecohnya bermula bila Husain balik dari Singapura, ternampak kak Limah, dengan rambut mengerbang, termenung dijendela mengadap ke langit. Selepas itu hantu Kak Limah bermaharajalela di dalam kampung, dia akan mengusik bukan saja atas katil orang, tetapi juga dalam dewan orang ramai sehingga ke dalam jamban. Selain itu adegan Pak Abu, Usop (bekas penari kebudayaan lumpuh - mangsa lenyek mesin bajak), Abi Hurairah serta bomoh Jawa dan Siam yang berlari pecut macam Rabuan Pit selepas terserempak Hantu Kak Limah, sangatlah melucukan sampai ada batuk-batuk..

Mamat juga memberi ‘tribute’ kepada rakan-rakan seni beliau dalam bidang filem dan muzik, seperti pengarah dan karyawan filem yang lain. Kita boleh mendengar lagu-lagu merdu seperti Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Cinta Kristal, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Di Ambang Wati berkumandang dalam filem ini, selain nama-nama karyawan seni diselitkan dalam dialog. Nama-nama besar seperti Razak Mohaideen, Shuhaimi Baba, Rosyam Nor, Hassan Mutalib, Afdlin Shauki dan Aziz M Osman diungkapkan dalam dialog-dialog HKLBR ini. Antara yang kelakar juga dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ini bila penduduk kampong pisang turut bersama beramai-ramai dengan lagak tari poco-poco bersama Kak Limah menyanyikan lagu seramnya - "Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas..."

Saya tak pasti berapa kutipan yang diperolehi oleh filem berbajet kecil Mamat ini, dengar-dengarnya melebihi 8juta. Kalau betul Mamat telah melakar satu rekod baru dalam perfileman tanah air. Tahniah Mamat.

Thursday, March 10, 2011

Akibat pencemaran alam sekitar

Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam. Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup. Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum. Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu. Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar. Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup