Ini foto kedai kopi Alias yang menjadi stesen saya bila balik kampong. Sebelah kedai Lias ialah lorong menuju ke sekolah JKC Poe Sit. Kini kedai ini hanya tinggal kenangan..
Sebahagian pekan Pulai Chondong di sini musnah dijilat api dalam kebakaran besar di pekan itu malam kelmarin. Kebakaran membabitkan 20 unit rumah kedai dua tingkat melibatkan kerugian mencecah RM1 juta. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.Antara yang musnah dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu ialah kedai emas, kedai kek, kedai telekomunikasi dan kedai gigi palsu. Menurut salah seorang mangsa, Mohd. Faizal Che Musa, 32, beliau menyedari kejadian ketika pulang dari majlis kenduri di kampung isterinya tidak jauh dari situ.
(Foto dati blog dusunbuloh dan Kosmo)
No comments:
Post a Comment