Penaja

Saturday, February 6, 2010

jijik membaca media...

Akhir-akhir ini saya rasa begitu jijik membaca media arus perdana yang mensensasikan perbicaraan DS Anwar atas pertuduhan liwat terhadapnya. Demi untuk melariskan jualan media kita membesar-besarkan episod memalukan sesorang muslim tak kira siapa sahaja individu tersebut. Rasululullah melarang keras memalukan manusia lain hatta jika kita melindungi aib orang lain nanti dihari akhirat Allah akan melindungi aib kita. Apa yang terjadi hari ini aib DS Anwar di bentangkan semau-maunya oleh media perdana. Sesorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahan. Sekarang ini kes tersebut masih dalam prosiding mahkamah, mengapa diaibkan begitu sekali...Saya harap sahabat-sahabat janganterikut-ikut dengan media perdana, membicarakan samada Anwar betul atau Saiful betul...itu bukan kerja kita, dikhuatiri bahan perbincangan yang tidak tepat akan menzalimi asesuatu pihak. Biarkan mahkamah sahaja yang menentukan.

1 comment:

  1. Saya mencadangkan agar diadakan solat hajat perdana atas tujuan semoga Allah menzahirkan siapa yg teraniaya dan siapa yang menganiaya dalam kes ini. Semoga yang terniaya bertambah bersemangat untuk menghadapi ujian yang melanda dan yang menganiaya segera sedar dari kesilapan.

    ReplyDelete