Beliau berkata, polis Ampang Jaya sebelum ini beberapa kali cuba menjejaki Raja Azmi sejak waran tangkap dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun, dia datang ke IPD Ampang Jaya petang semalam untuk membuat laporan polis terhadap laporan muka depan beberapa media tempatan berhubung kes perceraian Roslin dan terus ditahan, katanya. Jailani datang ke IPD itu untuk cuba membebaskan isterinya, namun usaha itu gagal disebabkan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) sudah ditutup kerana tamat waktu pejabat.
Penaja
Friday, August 20, 2010
Jangan menghukum sebelum sabit kesalahan...
Beliau berkata, polis Ampang Jaya sebelum ini beberapa kali cuba menjejaki Raja Azmi sejak waran tangkap dikeluarkan sebelum ini. Bagaimanapun, dia datang ke IPD Ampang Jaya petang semalam untuk membuat laporan polis terhadap laporan muka depan beberapa media tempatan berhubung kes perceraian Roslin dan terus ditahan, katanya. Jailani datang ke IPD itu untuk cuba membebaskan isterinya, namun usaha itu gagal disebabkan Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) sudah ditutup kerana tamat waktu pejabat.
Wednesday, August 18, 2010
Akibat pergaulan terrrrlalu bebas
Terlanjur setelah berdua-duaan bersendirian samada dichalet, hotel, ruma sendiri, rumah sewa, asrama , ...atau dimana-mana saja, akibatnya lahirlah zuriat yang tidak diingini....lalu dibuang dimana saja, atas rumput, tong sampah, plastik, surat khabar, tepi rumah...oh amat menyedihkan. Semuanya akibat pergaulan bebas, yang kelihatan dibiarkan sahaja oleh pihak berkuasa. Siapa saja bebas berjalan berpasangan, ditaman-taman, membeli belah, atau dimana saja, juga tanpa mengira usia. Akibatnya janji dibuat, bertemu ditempat tertentu, berasmara dana yang akhirnya berlakulah sesuatu yang tidak patut berlaku kepada pasangan yang belum kahwin. Maka tidak hairan jika setiap hari ada saja pembuangan bayi. Semalam di Kuala Terengganu, negeri darul iman (malah dimana saja), seorang bayi lelaki ditemui, masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut. Kebetulan bayi yang ditinggalkan ditepi rumah seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.
Atas dasar kemanusiaan, kesian, perihatin, bayi malang tersebut dikutip oleh salah seorang anak pegawi polis tersebut, terus diselimutkan dengan tuala kerana jika terlambat kemungkinan bayi malang itu akan meninggal dunia disebabkan kesejukan. Bayi lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan sihat serta tidak menangis ketika dibuang. Mungkin dia sedar dirinya terbuang tidak dinginkan oleh kedua-ibubapa....nanti diakhirat aku akan mendakwa mereka dihadapan Allah Rabbul Jalil atas perbuatan mereka...
Monday, August 16, 2010
Ramadhan yang penuh berkat dicemari dengan nafsu buas
Berita Perdana hari ini memaparkan kisa seorang wanita malang di Terengganu bila suaminya sanggup mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur disimbah asid semalam. Dalam kejadian pagi itu, suaminya dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan memohon penceraian dengan suspek. Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa. Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan. Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Pengantin Baru
Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, kembali bergelar isteri apabila selamat diijabkabul dengan lelaki pilihannya, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, di rumah pengantin perempuan di Taman Utama, Bercham, di sini, semalam. gelaran isteri kembali kepadanya pada jam 12.30 tengah hari selepas pasangannya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, menyempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz.
Enam anaknya iaitu empat hasil perkahwinannya dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shakir Hidayahtullah, 9; Muhamad Shariff Hidayatullah; 12 dan Siti Nur Maisarah, 13 serta dua anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel Arif, 16, dan Deanna Sofea, 17, hadir pada majlis itu.
Maizawati berkata, perbezaan umur bukan penghalang bagi dirinya dan Mohd Yassin membina rumah tangga yang diharap kekal abadi.
“Saya sendiri tidak menyangka ini (perkahwinan) akan berlaku. Segala persiapan hanya dilakukan minggu lalu dan bersyukur berkat ketentuan-Nya, semua berjalan lancar dan kami kini bergelar suami isteri,” katanya sebaik selesai majlis itu.
Mengulas mengenai suaminya, Maizawati berkata, beliau terpikat dengan Mohd Yassin yang memiliki sifat penyayang dan suka kanak-kanak.
“Kehadirannya memberi semangat untuk saya dan anak-anak meneruskan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yassin berkata, beliau terpaut hati terhadap kelembutan dimiliki Maizawati sepanjang perkenalan sejak Julai tahun lalu dan tidak menyangka ia berakhir ke jenjang pelamin, walaupun terpaksa menempuhi banyak cabaran dan dugaan.
"Selepas ini, saya mempunyai tanggungjawab lebih berat sebagai seorang suami dan bapa, tetapi saya akan melaksanakannya sebaik mungkin, tambahan pula hubungan dengan anak-anak (tiri) sangat rapat," katanya.
Bapa Maizawati, Zainal Jani, 55, berkata beliau merestui perkahwinan anak perempuannya itu dan berharap semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. (BH100810)