Penaja

Wednesday, January 20, 2010

Poligami dan persepsi masyarakat

Poligami memang topik sensitif jika dibualkan, namun kita tidak boleh mengenepikan tajuk ini begitu sahaja. Para isteri akan melompat atau pitam jika suami balik membawa khabar akan berpoligami, minta keizinan. Siapakah isteri misali yang akan membenarkan suami tercintanya berpoligami, tidak sekali-kali, langkah mayat aku dulu. Masa bercinta dulu berjanji sehidup semati, namun bila dah tua, dah hampir menerima cucu, abang ingin menambah cawangan pula. Mana janji sehidup semati abang tu?...
Persepsi masyarakat terhadap poligami sangat huduh, bayangan pinggan mangkuk melayang-layang sebagaimana lagu P Ramlee terbayang-banyang didepan mata. ditambah lagi dengan promosi betapa huduhnya wajah poligami oleh media barat yang prejudis kepada setiap hukum Islam yang diturunkan kepada manusia. Adakah sesuatu yang dihalalkan Allah itu ada yang huduh, teruk, tidak boleh diamalkan oleh manusia yang normal?. Tentu bagi mereka yang percaya kepada Maha Mengetahui Allah akan percaya dan yakin bahawa hukum halal menunjukkan perkara itu baik dan indah untuk amalan penganutnya. Jadi kenapa tanggapan menjadi terbalik terhadap poligami?, kerana penganutnya tidak memahami hakikat keharusan tersebut malah menyalahgunakan halalnya poligami sehingga bayangan kejelikan poligami sangat mempengaruhi masyarakat majoriti termasuk umat Islam sendiri.
Kerana itu lihatlah poligami dari AlQuraan bukan nafsu semata-mata, kajilah amalan poligami sebagaimana dilakukan oleh para sahabat, maka kita akan lihat poligami hari ini terlalu jauh menyimpang dari yang sebenarnya. Mafhum AlQuraan "Kahwinilah perempuan yang baik bagi kamu 2, 3, 4 namun jika kamu khuatir tidak boleh berlaku adil maka satu isteri sajalah". Adakah Rasululllah berpoligami sebelum wafatnya saidatina Khadijah?, renungkanlah...

No comments:

Post a Comment