Penaja

Thursday, January 28, 2010

Ayam golek PD ada di resoran koboi

Sesiapa pergi ke PD melalui pekan bukan melalui bulatan Telok Kemang akan terjumpa restoran ayam golek koboi. Agak menyelerakan, dan harga yang murah mungkin antara ciri-ciri yang menarik pelanggan menjamu selera di sini. Semasa saya tiba bersama anak buah, dalam jam 12 tengahari masih belum rama pengunjung yang datang makan tengahari. Namun tak sampai 10 minit baru orang ramai kelihatan memenuhi semua kerusi yang ada.

Wednesday, January 27, 2010

Melaka syurga seafood


Makanan laut memang sedap dan menyelerakan. Kesempatan berada di Melaka selama beberapa hari saya bepeluang ke Umbai yang berdekatan dengan bandaraya Melaka ini menjamu selera dengan ikan bakar dan makanan laut yang lain. Memang disini dibangunkan khas untuk pelancong dan kelihatan begitu menarik. Kedatangan saya pada waktu malam jadi tidak nampak suasana laut yang indah..

Melaka memang sepatutnya kreatif dengan anugerah pentai dan hasil laut sebagai pakej pelancongan yang lengkap dan tersendiri. Tidak haoranlah bila saja triba musim cuti hari minggu atau cutiam laluan masuk ke Melaka semua sesak pintu masuk tol terutama Air Keroh

Wednesday, January 20, 2010

Poligami dan persepsi masyarakat

Poligami memang topik sensitif jika dibualkan, namun kita tidak boleh mengenepikan tajuk ini begitu sahaja. Para isteri akan melompat atau pitam jika suami balik membawa khabar akan berpoligami, minta keizinan. Siapakah isteri misali yang akan membenarkan suami tercintanya berpoligami, tidak sekali-kali, langkah mayat aku dulu. Masa bercinta dulu berjanji sehidup semati, namun bila dah tua, dah hampir menerima cucu, abang ingin menambah cawangan pula. Mana janji sehidup semati abang tu?...
Persepsi masyarakat terhadap poligami sangat huduh, bayangan pinggan mangkuk melayang-layang sebagaimana lagu P Ramlee terbayang-banyang didepan mata. ditambah lagi dengan promosi betapa huduhnya wajah poligami oleh media barat yang prejudis kepada setiap hukum Islam yang diturunkan kepada manusia. Adakah sesuatu yang dihalalkan Allah itu ada yang huduh, teruk, tidak boleh diamalkan oleh manusia yang normal?. Tentu bagi mereka yang percaya kepada Maha Mengetahui Allah akan percaya dan yakin bahawa hukum halal menunjukkan perkara itu baik dan indah untuk amalan penganutnya. Jadi kenapa tanggapan menjadi terbalik terhadap poligami?, kerana penganutnya tidak memahami hakikat keharusan tersebut malah menyalahgunakan halalnya poligami sehingga bayangan kejelikan poligami sangat mempengaruhi masyarakat majoriti termasuk umat Islam sendiri.
Kerana itu lihatlah poligami dari AlQuraan bukan nafsu semata-mata, kajilah amalan poligami sebagaimana dilakukan oleh para sahabat, maka kita akan lihat poligami hari ini terlalu jauh menyimpang dari yang sebenarnya. Mafhum AlQuraan "Kahwinilah perempuan yang baik bagi kamu 2, 3, 4 namun jika kamu khuatir tidak boleh berlaku adil maka satu isteri sajalah". Adakah Rasululllah berpoligami sebelum wafatnya saidatina Khadijah?, renungkanlah...

Avatar mengutip hampir RM2 Bilion di US sahaja...wow

1. Avatar: Terbitan 20th Century Fox (kutipan 5minggu USD491,767,000)
2. The Book of Eli: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 1minggu USD31,615,000)
3. The Lovely Bones: Terbitan Paramount Pictures (kutipan 6minggu USD17,527,000)
4. Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel Terbitan 20th Century Fox Distribution (kutipan 4minggu USD192,592,000)
5. Sherlock Holmes: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 4minggu USD180,018,000)
6. The Spy Next Door: Terbitan Lionsgate (kutipan 1minggu USD9,700,000)
7. It's Complicated: Terbitan Universal Pictures (kutipan $88,224,000)
8. Leap Year: Terbitan Universal Pictures (kutipan 2minggu $17,529,000)
9. The Blind Side: Terbitan Warner Bros. Pictures Distribution (kutipan 9minggu USD226,774,000)
10. Up in the Air: Terbitan Paramount Pictures (kutipan 7minggu $62,833,000)

Sunday, January 10, 2010

US masih jakun hak asasi manusia

Memakai jilbab mengakibatkan seorang gadis Muslimah digeledah seluruh tubuhnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandara Dulles, Washington Selasa lalu.Layanan tidak profesional itu merupakan insiden terbaru sejak Amerika Syarikat dilanda Islamphobia, 9 September 2001 lalu.Nadia yang ditemui pemberita menganggap tindakan para pegawai terbabit memalukannya."Peristiwa itu sangat memalukan dan membuatkan saya tidak selesa," dipetik dari suatu akhbar arus perdana Washington, Detroit News.Menurut Nadia, segala barang peribadinya seperti beg pakaian, telifon bimbit serta komputer riba turut digeledah, disebabkan prasangka Islamophobia tersebut."Saya cuma berdiam (diri) kerana tidak mahu menimbulkan masalah."Tetapi, saya orang Amerika, bukan warga negara asing, mengapa negara saya memperlaku saya seperti ini," jelasnya.Dilaporkan Pengarah Eksekutif Majlis Persaudaraan Amerika-Islam (CAIR) Nihad Awad turut menganggap insiden yang menimpa Nadia Hassan sebagai suatu diskriminasi terhadap Umat Islam di Amerika Syarikat."Banyak perempuan yang mengenakan pakaian longgar dan gaun pangjang, tetapi mereka tidak diperiksa sedemikian rupa, seperti yang dialami Nadia," jelasnya."Satu-satunya alasan untuk kes ini kerana Nadia seolah Muslim(ah)."Dilaporkan Nihad Awad turut menulis suatu surat kekesalan kepada pengarah bahagian Pentadbiran Pengangkutan dan Keselamatan (TSA) Gale Rossides.Dalam surat terbuka tersebut, beliau mempertikai cara TSA melayani Nadia Hassan disebabkan berprasangka pada Islam."Jika kebijaksanaan (profesionalisme) itu benar-benar diterapkan, apakah berlaku (penggeledahan tubuh badan) bagi semua yang memakai simbol keagamaan," dipetik dari surat Nihad Awad."...seperti penganut Sikh yang memakai serban yang khas, (begitu juga bagi) biarawati dan kaum agamawan Yahudi Ortodoks; atau (penggeledahan tubuh badan) ini hanya dikenakan pada Muslim sahaja."Sehingga hari ini, dilaporkan pihak berwajib tidak memberi keadilan hak kepada Nadia Hassan

Teknologi baru

Pengeluar-pengeluar televisyen kini membiayai pengeluaran televisyen tiga dimensi (3D) untuk jualan pada masa depan. Set-set televisyen itu dijangka menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan tahun ini. Syarikat-syarikat pengeluar televisyen utama seperti Sony Corp, Panasonic Corp, LG Electronics Inc dan Samsung Electronics Co Ltd menunjukkan minat dalam pengeluaran televisyen tersebut. Presiden Panasonic, Fumio Otsubo menyatakan semalam, pihaknya menganggap televisyen 3D sebagai bisnes terbarunya.
“Saya berpendapat. faktor paling penting yang akan berlaku ialah televisyen 3D,” katanya.
“Dengan televisyen 3D dan produk-produk berkaitan dengannya, termasuk perakam kamera dan peralatan menyunting, kami akan memperkukuhkan operasi televisyen dengan menjadikannya salah satu faktor untuk menentang Samsung,” katanya pada satu sidang akhbar di Pertunjukan Pengguna Elektronik di Las Vegas. Syarikat itu menganggap Samsung dari Korea Selatan sebagai saingan utama dalam pengeluaran televisyen 3D

Saturday, January 9, 2010

Kehebatan Dikon D3S

ISO performance: ISO 12800 as standard, expandable
Large pixel pitch: the 12.1-megapixel
New and improved D-Movie function
Image sensor cleaning: assured protection
EXPEED: Nikon’s comprehensive approach to quality digital images
Lateral chromatic aberration reduction: edge-to-edge sharpness
Picture Control: custom-tailored tone and color
Speed and readiness throughout the workflow
9-frames-per-second* shooting rate in FX-format, 11 fps* in DX crop
Scene Recognition System: enlightened accuracy and intelligence
51-point AF: fast and accurate subject acquisition

Newly added image area of 1.2x crop (30 x 20) format with approx. 8.4 megapixels.
Multiple exposure operation that can be repeated by designating the function to the bracketing button.
Electronic virtual horizon that is available in Live View shooting.
Extended menu banks that stores up to four combinations of exposure mode, shutter speed and aperture value. Versatile in-camera Retouch Menus, including RAW processing to enhance your images without using a computer.
Compatible with HDMI (High-Definition Multimedia Interface) output.
Type C connector (mini size) is employed.
With the optional GPS Unit GP-1, location information such as latitude, longitude, altitude and time are automatically recorded to each image’s EXIF data.
The Time Adjustment feature, which adjusts your camera’s time zone, is also available using the GP-1.
Exclusive Nikon Software — Nikon Transfer and ViewNX software packages (supplied) for a range of basic photo browsing and editing operations; Capture NX 2, Camera Control Pro 2, and Image Authentication Software (all optional) enable more advanced operation and image editing.