Penaja

Monday, January 26, 2009

Semalam di malaysia, ini empat negeri ku jejaki




Bersama Zainudin Hj Ahmad (Pengarah ILP MUar) meraikan majlis walimah anak beliau Mohd Zakuan Afiq






Semalam 25 Januari 2009 merupakan hari penat buat kami sekeluarga. Saya mendapat jemputan salah seorang ahli keluarga yang berada di Sagil Johor, mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki beliau. Saya bertolak dari Bandar Baru Bangi jam 10pagi dan tiba di tempat kenduri, Institut Latihan Perindustrian Muar jam 12.30 tengah hari, ngam-ngam juadah baru masak, masih panas-panas lagi. Selepas menjamu selera saya ke kaki gunung Ledang, sempat ambil gambar sahaja kerana perlu bergegas ke kampong Dangi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ada majlis pula di kampong sebelah petang. Dari Gunung Ledang ke Jementah, Segamat, melalui UiTM Segamat ke Gemas, melalui Gemencheh dan seterusnya tiba di kampong jam 3 petang. Ianya satu perjalanan yang meletihkan tetapi seronok dapat menjelajahi empat negeri, dari Selangor, negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Saturday, January 24, 2009

xPUOs reunion

Selepas pertemuan yang dirancangkan di TM Resort Port Dickson berjaya di adakan, reunion xPUO7s tidak lagi diadakan. Mengambil sempena majlis perkahwinan anak Tuan haji Rani di perumahan KTM Bangsar, sekali lagi kami berusaha supaya mana kawan-kawan yang kelapangan kita sama-sama ke rumah Hj Rani meraikan anak beliau. Setakat ini sudah 79 xPUOs yang memberi maklum-balas dan IsyAllah akan berkumpul jam 12.30 trngah hari di surau AlHidayah berhampiran dengan rumah Hj Rani.

Thursday, January 22, 2009

Kalau kawin pun apa salahnya...kan mampu

Kisah Akhil Hayy dan Waheeda kantoi dalam panggung wayang telah diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak tertentu hinggakan ke dalam radio Sinar.FM. Memperbesarkan kisah yang belum tetntu sahih adalah tidak adil bagi mereka berdua. Berikut ialah cerita dari Waheeda sendiri dan terpulang kepada masing-masing individu menafsirkannya. Mengikut cerita Waheeda, mereka berdua menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.
#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.
#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.
#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.
#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan

ex Politek Ungku Omar, Ipoh, Reunion

Tuan Haji Rani bakal menerima menantu Ahad 25Januari ini, saya cuba mengumpulkan kawan-kawan lama ex-Poli-UOIp esepecially intake 70an. Setakat ini framai juga yang respons, kebanyakannya dari TM, KTMB, MAS dan Nuklear Bangi (dulu MINT). Jika mendapat sambutan ramai bagus juga buat re-union.

Agenda:
Jam 12 berkumpul di surau AlHidayah, Bangsar,berhampiran rumah Hj Rani
Jam 12.30 bergerak ke rumah pengantin

Kepada kawan-kawan yang terbaca blog ini saya boleh dihubungi melalui:
handfon: 013-361-1155
e-mail:razmij2007@gmail.com atau razmij@yahoo.com