Penaja

Wednesday, August 6, 2008

Too much politics

Disana sini samada dikedai kopi maupun dipejabat topik utama dewasa ini adalah politik bermula dari Anwar BN, PAS, DAP, PKR, Pilihanraya kecil bla, bla...bla..yang paling menyedihkan yang bercakap tu tak masuk pun mana-mana parti politik tetapi menghabiskan 3 suku usia berbincang pasal politik. Terlalu banyak kita ni dipengaruhi oleh AREA OF CONCERN yang tidak memberi apa-apa impak walau sebanyak mana pun kita berbincang dan bercakap. Kenapa tidak kita tukar taju kepada macam mana cara untuk menyatupadukan ummah dengan cara aktif dalam NGO atau persatuan-persatuan tempatan yang banyak berselerak di tempat masing-masing. Fikirkan macam mana untuk mengatasi gejala sosial yang makin galak di tempat kita supaya diunia kita aman dan ceria. Tiada lagi kes-kes jenayah merosakkan kepentingan awam, seperti mencuri penutup longkang, ragut, mencuri besi penghadang jalan dan sebagainya. Kita sama fikirkan juga bagaimana cara untuk marapatkan hubungan antara kaum, antara berbagai agama dan kepercayaan. Sifat curiga antara kaum penting diatasi jika mahu Malaysia terus aman dan ceria

No comments:

Post a Comment