Penaja

Tuesday, March 18, 2008

Indahnya Malaysia Baru


Sempena keputusan PRU12 marila hsama-sama kita bina Malaysia Baru yang jauh dari sikap perkauman, tindas menindas, prasangka dan segala yang negatif. Mood rakyat yang telah menolak sikap perkauman kini amat jelas dipamerkan. Walaupun selama ini parti PAS yang sinonim dengan jolokan PARTI ISLAM dan perjuangan Islam, yang di takuti oleh bukan Islam hanya tinggal sejarah. Semasa penamaan calon dan kempen sebelum pilihanraya, saya kerap mengalami situasi berdiri bulu roma, kenapa?, apa tidaknya dalam perarakan calon PAS sebahagaiannya terdapat kaum India yang berugama Hindu, dan Cina yang bersama berteriak dengan rombongan PAS, sama memakai baju T-Shirt PAS untuk Semua, sama berada dalam saf PAS. Kalau sebelum ini kedatangan pemimpin PAS ke mana-mana acara atau program di sambut oleh mereka yang berkopiah putih dengan takbir, tapi kini ditambah dengan gendang serta serunai India dan tarian naga Cina.


Suasana inilah sebenarnya keindahan sebuah negara berbilang kaum yang harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira keturunan dan kepercayaan yang dianuti. Kerana itu adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin Malaysia Baru memastikan keharmonian yang wujud dewasa ini berpanjangan sampai bila-bila

No comments:

Post a Comment