Penaja

Tuesday, June 15, 2010

i-City jam 1 pagi masih sesak..

Bersama famili cuba meninjau-ninjau ke i-City seksyen 7 Shah Alam...menurut kawan-kawan boleh tengok lampu-lampu cantik...bermacam bentuk... Kami bertolak dari Bangi jam 5 singgah makan dan solat maghrib di Jalan Pumbum seksyen 7, barulah meneruskan perjakanan ke i-City yang jaraknya 2km dari surau tersebut. Saya agak tentulah masa ini pengunjung tak ramai, lepas pukul 8 baru orang ramai. Jangkaan saya meleset...saya mengambgil masa lebih 1 jam untu parking di parking bertingkat... Saya berada di situ lebih kuran 1 jam dan bertolak pulang lebihkurang jam 12malam. Yang menghairankan saya kereta yang masuk terlalu ramai berbanding kereta yang keluar...jam 1 pagi masih lagi sesak di i-City..mungkin kebetulan sekolah cuti..