Penaja

Wednesday, December 26, 2007

my family gathering





Individu membentuk keluarga, keluarga membentuk masyarakat dan masyarakat membentuk negara. Kelompok keluarga, saya satukan atas jenama KFD singkatan Kesatuan Famili Hj Samek bin Dagang. Dagang adalah payung yang menaungi Hj Samek dan anak cucunya. Kini Hj Samek telah meninggalkan kami anak cucu cicitnya. Semasa hayat Almarhum, beliau amat menyukai hubungan akrab antara ahli keluarganya dengan menziarahi mereka apabila berpeluang. Jadi setelah beliau dijemput menemui Tuhannya, saya menyambung kesukaan beliau dengan menyatukan semua anak cucunya dalam satu kesatuan, KFD.

Setiap 25 Disember, saban tahun kami adakan perhimpunan tahunan yang dihadiri semua keluarga Hj Samek dan 2 tahun sekali kami akan berhimpun secara ekslusif 3 hari 2 malam diluar Kuala Pilah. Pilihan kali ini pilihan kami di Chalet Sri Pengkalan Balak, Sg Tuang, Pengkalan Balak, Melaka. Disini program yang diatur berjalan lancar dengan kehadiran ahli melebihi 80%, masing-masing enjoy dengan penyertaan dalam berbagai aktiviti.

SESUNGGUHNYA DUNIA INI SUNGGUH INDAH BILA SETIAP INDIVIDU, SETIAP KELUARGA DAPAT MENGERATKAN UKHUWAH DAN SALING MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN